Monday 29 February 2016

29 Februari 2016

29 Februari..Tarikh yang cuma muncul 4 tahun sekali.

Paling best sapa-sapa yang lahir 29 Februari. Sekali sambut birthday, sambut untuk 4 tahun. Yang tak bestnya bila time kecik la. Kalau orang tanya bila birthday, kena tunggu 4 tahun baru boleh sambut. 

Aku pernah tanya kawan kenapa ada 29 Februari. Kawan aku ni orang Australia. Masa tu dia buat post doc. Aku buat PhD. Dia cakap basically untuk genapkan putaran setahun, bumi berputar 365 dan 1/4 hari. Since tak dapat nak letak 1/4 hari tu, pencipta calendar kumpulkan jadi satu hari untuk 4 tahun. Pasal tu la wujud 29 Februari.

Bila aku tanya balik apsal kena bulan februari. Bukan bulan lain. Iye la bulan Mac ke, April ke. Ape yang best sangat kat februari sampai dorg tambah sehari kat februari. Yang ni dia tak dapat jawab. Aku masih mencari-cari jawapan untuk ini.

Sapa yang tau sila la komen yer.

Monday 22 February 2016

Kelas Saham & Sate Tanjung Karang

Hujung minggu lepas aku pegi kelas saham. More on kelas latihan untuk memantapkan lagi kefahaman berkenaan teknik pelaburan saham. Terima Kasih diucapkan kepada mentor dan otai-otai yang tolong kami yang baru nak menceburkan diri ke dalam pelaburan saham ni.

Dalam kelas tu, of course aku belajar something new. Selain dari perkara asas yang sering ditekan, satu lagi benda baru yang aku terlepas pandang adalah buy signal dan sell signal. Macamana nak tau signal-signal ni. Semuanya ada dalam candlestick pattern. Lima candlestick pattern yang berguna untuk aku tau adalah bullish engulfing, bullish harami, piercing, hammer, dan morning star. Candlestick pattern ni bagi tau posisi harga saham dalam chart. Bila dah keluar signal-signal ni, standby la untuk beli atau jual. Selagi tak keluar, boleh hold dulu asalkan tak langgar stop loss.

Frankly, main saham ni more on emosi. Bila dah beli, berharap la saham naik, takut saham jatuh. Bila saham jatuh taknak berharap saham tu boleh naik balik. Memang susah bermain dengan emosi ni. Hati kena jadi kental, jantung kena kuat, otak kena cepat berfungsi tapi yang penting kena releks.

Balik dari kelas saham tu aku terus drive ke Kuala Selangor, pickup anak dan bini aku. Dorang gi jalan-jalan Kuala Selangor dengan mentua aku. Malam tu pulak adik ipar aku ajak makan sate Tanjung Karang. Aku ikutkan jer la. Tak tau la ape istimewanya makan sate kat Tanjung Karang ni.

Sib baik adik ipar aku cakap kalau sate tu biasa-biasa jer, dia tak ajak datang makan sate kat Tanjung Karang. Order pulak sate besar 25 cucuk, kami pulak 7 orang dewasa 2 budak-budak. Ish mana nak cukup, aku sorang jer klu makan sate nak 15-17 cucuk. Sekali dia hidang punya la besar sate tu. Fuuuhhh aku makan 6 cucuk dah kenyang. Pastu tak abis lagi secucuk, aku gak yang kena makan. Tapi sate dia memang terbaik lah. Yang kureng sikit kuah kacang satu tu. Tak boleh lawan kat Kajang.

Balik dari Tanjung Karang ke Klang adalah makan masa 1 jam. Sampai jam 11 malam. Masuk bilik terus tidur.

Friday 19 February 2016

Jangan Gagal Merancang

"Gagal untuk merancang, merancang untuk gagal"

Rasanya hampir semua orang pernah dengar ayat ini. Aku first dengar ayat ni dalam bahasa English,

"Fail to plan, plan to fail".

Ayat ni sebenarnya beri motivasi kat aku untuk sentiasa merancang atau plan ahead. Dengan merancang awal kita dapat pastikan apa kerja yang perlu dibuat, macamana nak buat, bila nak buat, dengan sapa kita kena buat kerja tu dan sebagainya. Dengan merancang kita dapat optimum kan masa. Masa kita 24 jam jer sehari so tak dapat tidak itu jer la masa yang kita ada dalam satu hari.

Memang betul kita ni manusia selalu dipengaruhi oleh emosi dan mood. Kalau time rajin tu semua kerja siap. Bila time malas, rancang la macamana pun semua kerja tak jadi. Belum lagi kalau kena marah dengan bos ke, kereta rosak ke, rumah berselerak ke. Tapi point yang penting kat sini, even kalau kita takde mood. Takkan la hari-hari takde mood yer dak. Takpe la kalau skip sehari dua tak dapat siapkan kerja. Yang penting, bila ada plan, bila mood dah ada, kita dapat siapkan kerja kita.

Plan ni serupa juga dengan target. Kalau kita takde target, kita tak fokus dan kita tak tau kita nak apa sebenarnya. Ramai penceramah motivasi, penceramah business selalu tekan kan kena ada target yang jelas. Kalau misalnya target kita nak kaya. Itu tak cukup jelas. Kena jelas kaya tu nak duit ke, nak rumah ke atau sebagainya ikut target kita. Kata orang kalau nak minta sesuatu kena la clear kita nak minta apa.

Ok tu jer la. Saja nak update blog. Aku terpikir sebenarnya adakah kawan aku ni punya business plan dan target yang jelas since aku tak nampak dan dia pun tak pernah ajak bincang. Hopefully dia ada plan dan target.

Ciao Ciao



Monday 15 February 2016

Cuti-Cuti Terengganu

Cuti Chinese New Year hari tu aku bawa family ke Terengganu. Cuti 4 hari tu. Lama tu kalau ke mana-mana. Kalau duduk rumah jer time cuti tu mau la brain dead. Nak buat apa pun tak jadi. So aku plan siap-siap bawa family plus mentua aku gi Terengganu.

Why Terengganu? First, aku saja nak berjalan. Second, kakak ipar aku duduk sana. Alang-alang berjalan better ziarah kakak ipar aku ni sekali. Pasal tu la aku bawa mentua aku. Third, aku saja pilih Terengganu pasal nak jalan kat situ tak ramai orang. Kira boleh la releks-releks. Tak tempuh trafik jem.

Malangnya, hari pertama gerak dah kena jem dekat tol Gombak. Aku gerak gi Terengganu hari Sabtu, jam 10 pagi. Kena jem kat Gombak sampai la ke Bentong. Hampar 2 jam setengah kena jem. Bini aku cakap kalau bukan nak jalan-jalan, putus asa dah ni nak pegi Terengganu. Hahaha

Lepas Bentong jalan clear. Sampai Terengganu selepas Maghrib sebelum Isyak. Sampai2 jer Terengganu, hujan dan angin kuat. Aku jadi risau pulak tengok angin kuat macam tu. Rasanya kalau kat KL ni banyak pokok tumbang kalau angin kuat macam tu.

Esoknya kami pun jalan-jalan ke bandar Terengganu. Destinasi pertama, Kampung Cina. Bini nak tengok-tengok kain. Sampai-sampai jer Kampung Cina, banyak kedai tutup. Memang la tutup dah Tahun Baru Cina. Gi pulak Kampung Cina. Nasib la ada gak kedai bukak. Tak tau la kedai cina ke tidak. Yang jaganya orang Melayu.

Kat Kampung Cina ni jalan jem pasal dekat dengan Pasar Payang. Ramai orang parking jauh gila dari Pasar Payang sebab penuh parking. Jem kat area situ macam jem kat Melaka. Kami plan lepas gi Kampung Cina nak singgah Pasar Payang tapi bila dah jem dengan ramai orang tu cancel la. Gi la tempat lain.

Lepas solat semua nak singgah la ke Pantai Batu Burok. Saja nak lepak-lepak tengok laut. Tapi angin kat sini, Masya Allah kuatnya. Kena pulak sampai sana hujan renyai-renyai. Hujan tu tak kisah la tapi angin tu. Dah rasa macam duduk UK pulak. Hujan kejap-kejap. Angin kuat. Huuu memang macam winter.

Besoknya, kami pun balik. Aku saja nak balik awal tak nak kena jem kat Bentong, Karak, ngan Gombak. Kalau kena jem kat situ, sengsara wei. Nasib baik balik hari tu jalan clear. Ada la jem sikit kat Gombak.

Next cuti macam nak pegi ke Selatan pulak. Kena note jugak keadaan cuaca. Kena cuaca macam kat Terengganu jadi tak best berjalan bila hujan ni.

Thursday 4 February 2016

Tukar MyKad Sebab Aku Gemuk

Lama dah aku nak tukar mykad aku ni. Rasanya mykad aku ni last aku tukar lebih kurang 10-15 tahun lepas. Hari tu nak buka bank akaun Hong Leong, mykad aku tak dapat baca. Akhirnya pegawai kat kaunter tu cakap "Encik tukar mykad dulu la encik. Dah cuba berapa kali tak dapat ni." Sedih aku. Mykad aku kena rejek.

Hari Sabtu bulan Januari ntah berapa hari bulan aku pun bawa la bini aku sekali tukar mykad. Mykad bini aku pun dah lama, kena tukar baru. Gambar muka kat mykad bini aku tu sangat la innocent. Muka budak. 

Gambar muka kat mykad lama aku pulak sangat ganas. Kalau ada orang tengok gambar tu semua komen "apsal muka ko garang sangat ni" atau pun "ish muka macam orang baru keluar penjara". hehehe

Proses tukar mykad sekarang ni sangat mudah. Kudos to Jabatan Pendaftaran Negara. Hari Sabtu pun buka opis. Proses nak tukar mykad sangat senang. Ambik nombor giliran. Tunggu kena panggil. Serah mykad lama. Thumbprint ibu jari kiri dan kanan. Kalau nak tukar alamat bagitau pegawai kat kaunter tu. Bayar cas tukar mykad. Tunggu pulak nak ambik gambar. Ambik gambar dan selesai.

Since aku buat tukar mykad ni hari Sabtu, aku kena tunggu hari Isnin untuk ambik mykad baru aku. Ada orang bagitau kalau buat masa waktu bekerja (Isnin-Jumaat) tunggu sekejap je dah siap. Oh..aku tukar kat Putrajaya. Kalau tukar kat cawangan, aku dengar seminggu gak baru siap disebabkan cawangan hantar ke Putrajaya kemudian Putrajaya hantar balik ke cawangan mykad yang dah siap. Tapi yang ini aku dengar-dengar jer. So tak sahih. Tapi sape-sape yang dekat dengan Putrajaya, tukar kat sana jer la, lagi senang dan cepat.

Sementara tunggu mykad aku siap, aku dapat la benda ni. Dokumen Pengenalan Sementara.

Kalau aku kurus. Aku tukar lagi mykad

Muka budak ganas baru nak UP