Wednesday, 24 December 2008

Luzern and Bern, Switzerland

Minggu lepas kami sume (aku, Azlina, Osman and wife, Siti dan anak dia, Husna) pegi ke Bern. Kami pegi sana pasal Embassy Malaysia panggil students untuk sesi kenal2 mcm tu la. So event tu dorang buat hari minggu, jadi kami pun gerak hari sabtu, and tinggal semalam kat sana. Pagi sabtu tu kami gerak dalam jam 9 dan singgah sekejap kat Luzern.

So gambar2 kat atas tu dalam perjalanan ke Luzern. Since rail train ni lalu celah2 gunung, Osman and family dia sume pening, termasuk la Husna yg umur 3++ tahun. Aku sorang jer yang tak tidur time tu, so sebab tak wat pape aku pun ambik la gambar2 dari dalam train.

Kat Luzern kami detour jap dalam 3 jam. Gambar kat atas tu kat tempat monumen singa, wajib tgk klu sampai kat Luzern. Kat sini jumpa la orang m'sia yang dah lama tinggal kat Luzern. Mcm biase la, ambik contact number dorg, mana la tau klu2 ada hari sampai balik kat Luzern ni. Then dalam jam 2, kami pun gerak gi Bern. So ada la dalam sejam lagi perjalanan naik train. Tapi rail dia dah elok dah takder la kona kiri, kona kanan..hehe klu nak mabuk free sila la naik train dari Lugano ke Luzern.

Since kami sampai dah dekat nak maghrib, pas check in kat hotel, kami pun jejalan la kat sekitar Bern. Since sini malam kedai sume dah tutup, and weather dia pun lagi sejuk dari Lugano, kami jalan2 jer la tgk2 lampu Xmas. Gambar kat atas tu gambar depan bangunan parlimen Switzerland. So the next day, kami kuar awal dalam jam 8.30, jejalan lagi tgk bandar Bern.

So kuar2 hotel jer, takde keje lain ambik gambar..haha. Gambar clock kat atas tu, adalah tempat di mana Bern diasaskan. And kawasan kat situ dah pun diwartakan sebagai World Heritage (yang macam kat Penang tu). So kat situ mmg kedai2 dalam bangunan yang dah berkurun. So kami pun jalan lagi sambil ambik gambar..hehe

So hari tu kejenye jalan2 sambil ambik2 gambar. Then dalam pkul 12 kitaorg pun gerak gi Embassy tapi aku lupa plak nak ambik gambar bangunan embassy tu. Embassy tu dekat jer dengan old town Bern. Time kitaorg sampai tu dah ramai dah org kat situ. Aku plak igtkan student dari swiss jer yang datang tapi dia panggil gak student dari France ngan German. Embassy bgtau dorg nih masih kena report kat Embassy Malaysia kat Swiss. Kiranya dalam dorg ni dalam kawasan jajahan Embassy Malaysia kat Swiss la kot.

Kat tengah2 tu Duta Malaysia kat Bern ni. And datuk ni peramah jugak orangnya. Aku pulak banyak sembang2 ngan wakil Malaysia Tourism kat sini tapi dia based kat Frankfurt (betul ke eja nih) German. Dia pun baik gak. Rupe ada iras Syed Hamid Albar...haha then nama dia pun Syed gak tapi Syed Yahya laa. Kira kembar nama la. Baiknyer dia nih, siap jemput tido rumah klu sampai gi Frankfurt. And gambar last skali aku nak letak gambar si Husna..asik2 gambar kita org jer ek..mana aci mcm nih..hehe

Si Husna nih umur jer 3++ tahun tapi belum fasih bercakap. Kalau dia bercakap pun bahasa italy jer yang kuar pastu campur2 sikit ngan melayu..haha..payah nak paham aper dia cakap...klu nak air dia ckp aqua..kalau dia boring nyanyi lagi italy sama lagu merdeka..haha..mmg kelakar tgk si Husna nih. So itu jer la trip g Bern tapi singgah sekejap kat Luzern. So next trip tak tau lagi ke mana..aku klu rasa boring2 kat sini mungkin pegi Milan kot since dekat jer dalam 1 jam setengah naik train. Sapa2 nak tgk gambar2 lain aku upload nanti kat dalam facebook. Taip jer nama aku pasti dapat punya aku pun facebook. Ok ciao ciao.

Tuesday, 9 December 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Rasanya ramai orang akan pakai tajuk ini untuk post yang dekat2 dengan raya korban. Kat sini aku beraya dengan cuaca sejuk..huhu..sungguh tak best sampai bibir pun nak pecah2. Kat sini pas sembahyang raya takder pulak dorang buat korban. Lepas sembahyang tu ramai berkumpul sesama dorg untuk sembang2. Ada yang g minum kat kedai (sini panggil bar) untuk sarapan kot.Aku ngan geng mesia yg lain pegi rumah azlina..dia buat makan2 yang simple sambil kitaorg bersembang pasal next trip. Tu jer la hari raya aku kat sini. Balik dari rumah azlina pun dah pukul 3.30pm. Maghrib pkul 4.20 lebih kurang..so mmg takder buat aktiviti pape laa


aah gambar pun lupa nak ambik..aku lupa nak bawa kamera ngan bateri hdpon aku kong setelah call mak aku ngan awek aku..hehe


Tapi ader gambar len pulak..gambar grafiti paling lawa aku pernah tgk..mcm iklan nike pun ada...

side tepi..side tengah sikit..mcm tak center la pulak ek


Tuesday, 2 December 2008

Circus, Snow and Florence

Ok ok dah lama tak update. Minggu lepas ader sarkas show kat area rumah aku. Aku tak tau ader sarkas nih, time aku nak pegi beli groceries la aku ternampak khemah2 sarkas nih. So aku pun pegi la tgk dari luar...tiket dia 20chf paling murah..huhu tak jadi la nak tgk. Jadi ambik gambar dari luar jer la.

Hari jumaat lepas, snow turun kat sini. Best jugak tgk snow turun. Lebat pulak tu. Tapi nasib baik suhu tak turun mendadak, at least masih ok la tak sejuk sgt. Takder la aku menggigil kat luar tu. Pasal ini first time tgk snow, mmg kena ambik gambar...hehehe

seronok gak bila snow turun, sume jadi putih. Tapi satu jer tak best, kasut basah..maksud aku kat dalam kasut basah..ntah dari mana air tu masuk..mmg tak best bila berjalan. Rimas jer rase.
Then petang jumaat tu aku pegi Florence, Italy. Naik train dekat 5 jam, dekat pkul 12 mlm baru sampai Florence pasal aku transit jap kat Milan. Ape ade kat Florence? Market macam pasar malam kat M'sia..hehe..being tipical Malaysian, aku mmg suke tgk market dia. Mcm2 barang jual terutamanya barang kulit. So tgk la gambar2 nih ek..


So mmg experiences yang menarik jalan2 kat Florence nih. Tengok bangunan dia berukir penuh seni, mmg cantik sgt. Then kebanyakan bangunan dorg nih dah berkurun2 duduk kat situ. Ada yang dari zaman Roman ngan Medieval lagi..then satu yg menarik kat sini kebanyakannye pandai ckp english tak mcm kat Lugano..I wonder why???