Friday, 11 December 2009

Baru Aku Tahu

Salam.

Hari rabu lepas (9/12/09), kawan aku orang malaysia yang paling awal belajar di Lugano ni pegi berviva atau dalam kata lain "mempertahankan" thesis. Aku sebagai orang malaysia pun hadir memberikan sokongan moral supaya supervisornya takut nak tanya soklan (aku tipu je ni).

Yang menariknya, kawan lelaki kepada kawanku ni dah siap-siap bawa bunga bagi kat kawanku sebelum dia masuk viva. Jadi aku dengan penuh rasa ingin tahu bertanya la kat kawan lelaki kawanku ni. Aku tanya kenapa bagi bunga awal-awal, kan belum tentu lulus. Kemudian dia balas (tapi aku translate ke bahasa melayu la ek)," Kalau di Italy bila dah kena panggil viva tu maksudnya dah lulus, sebab kalau supervisor tak nak bagi lulus dia tak bagi pergi viva".

Aku balas, "tapi kalau di Malaysia, kalau pergi viva tak tentu lulus.." belum sempat aku sambung dia balas balik,

"tapi kalau benda tu jadi di Italy, dah lama supervisor tu mati....".

Oooh. Aku angguk paham.

ciao ciao, arridiverci.

Wednesday, 18 November 2009

Pokok Musim Luruh

Salam,

Sebenarnya dah lama nak letak post pasal pokok musim luruh ni, tapi sibuk dengan benda-benda studies. Lagipun aku ambik course semester ni berkenaan HCI tapi lebih kepada seminar. Maksudnya; student kena cari tajuk berkenaan ngan HCI, cari relevant information, pastu tulis satu paper berkenaan tajuk tu. So end of semester nanti akan ada presentation pasal topic masing-masing. So course ni ambik masa kat nak cari information dan baca paper-paper tu, ngan nak menulis, dan kena review paper-paper student lain yang ambik course tu. Tapi, dapat la aku belajar macamana nak review paper dan macamana selalunya conference hebat-hebat review paper untuk conference tu. Okay, dah cukup dah alasan sibuk, so mari kita tengok pokok-pokok musim luruh.


Ini dalam perjalanan balik dari uni selepas beli ayam halal. Hujan masa ambik gambar ni tapi pasal sidewalk tu penuh daun gugur, aku ambik je la gambar pasal esok dah kena sapu semua ni.


Kalau time autumn ni, hampir semua pokok akan luruh daunnye kecuali pokok iklan salem and hedges zaman aku kecik-kecik dulu.


Tanda-tanda dah nak masuk autumn: sila lihat pada daun pokok, kalau kuning hampir nak autumn, kalau merah dah autumn..hehe rekaan je ni.


Kalau pokok tu ada daun warna merah dan warna kuning, pokok tu pokok takda jam. Pokok tu tak tau dah masuk autumn ke belum :P


Penuh daun-daun macam ni kat taman permainan kanak-kanak. Macam tengok lantai orang kawin gaya perhiasan raja-raja..heh


Pemandangan dari tingkat 5 depan pintu rumah aku. Dah ada snow dah kat puncak gunung tu tapi kalau tengok real nampak dekat je gunung-gunung tu.


Itu la gambarnya. Tak banyak pasal time autumn ni bagi orang kita bole diibaratkan seperti musm tengkujuh pasal hampir tiap-tiap hari hujan, dengan cuaca mendung sampai matahari pun tak nampak bersinar. Tapi kalau kat UK lagi teruk kot mendungnya. So bersyukur la aku dapat duduk kat negeri orang yang mataharinya masih bersinar selang 4-5 hari time antumn ni.

ciao ciao..bourna giornata

Monday, 16 November 2009

Kotak Kiriman dari Keluarga

Salam,

3 bulan lepas, keluarga aku ada menghantar bekalan makanan dari Malaysia ke sini. Di negara orang puteh ni tak banyak pilihan makanan so mak aku pun kesian dan hantar la serba sedikit serbuk-serbuk masakan dan paling utama adalah maggi. So mari kita lihat apa yang ada dalam kotak ini sampai mengambil masa sampai 3 bulan untuk sampai ke tangan aku di Lugano, Switzerland.

Inilah kotaknya setelah 3 bulan dalam perlayaran

Kotak dari pandangan atas. Takde sebarang kerosakan walaupun dah berlayar selama 3 bulan.

Aha..ada sedikit lubang di situ..camne nak claim kat dorg ni? :P

Setelah kertas kuning untuk mencantikkan kotak di buka..sama je rupanya macam kotak lain :D

Di dalam kotak ada plastik..untuk keselamatan diri, kata aziz satar hehe. Ini supaya dalam kotak tak basah kalau kena air, jadi ini plastik untuk keselamatan makanan.

buka la baru tau apa kat dalam. Buka laa

Ada note untuk aku. Tulisannya berbunyi "al kisahhhhh, al kisah kotak ini seberat 15 kilogram.."

Ini la dia isi dalam kotak. Cuba teka apa lagi yang ada dalam kotak itu. Hadiahnya adalah lawatan ke bangunan baru FSKTM!! :D

Ikan bilis yang takde dijual di sini. Masalahnya aku tak tau nak masak apa pakai ikan bilis..hehe

Kurma konon-kononnya berharap kotak ni sampai sebelum hari raya..tapi tidak kesampaian :(

Amplang, keropok sabah yang sedap dan bikin lidah gatal. Cantik sudah dia punya bungkusan. Siapa2 mau cuba contact aku. :)

Satu-satunya teh pekat dari sabah. Di sini, teh ada macam2 tapi semua tak pekat so tak rasa teh tapi rasa gula je lebih

Ketibaan kotak ini aku sambut dengan gembira sambil berpeluh2 mengangkut dari pos opis ke rumah dalam musim nak sejuk ni. Aku terpikir kotak ni hancur pasal dah dekat 2 bulan lebih tak sampai2. Aku pun putus harapan dah bila pikir kotak ni mesti dah takde rupa. Tapi aku silap bila dapat kotak ni. So lepas ni bole la hantar pakai laluan air yang lebih murah dari udara.

ciao ciao, bourna giornata...

Monday, 19 October 2009

Hari Mengutip Barang

Salam..

Hari tu aku pegi mengutip barang-barang yang dibuang oleh tuan-tuannya yang dah tak nak kat barang-barang tersebut. Banyak juga benda yang dorang buang sampaikan membukit kat tempat sampah tu (Kat sini efficient, tong sampah takde kat depan rumah, 3-4 jenis tong sampah, kongsi ramai2). Mula2 tu tak perasan bole ambik. Takut seh karang dorang tangkap kata "these things is not for youuuu, it's for Ahmad Albaaabbb", ceh terlawak la pulak padahal dorang tak reti pun cakap english.

Sepanjang aku mengutip benda-benda tu dari jam 11 sampai jam 1 pagi, dengan sejuknya, dengan aku lupa nak pakai cap tutup telinga, banyak jugak la benda aku ambik. Since rumah aku kecik berbaloi la dengan benda yang aku pigi cilok tu. Jadi aku ambik, meja ada roda satu tapi papannye kecik so aku ambik papan yang panjang sikit so bole buat meja study. Dah ambik meja tu kena la ambik kerusi kan, so kerusi aku cilok dua, pasal nak ukur dulu selesa ke nak duduk. Karang duduk macam kat kerusi meja makan aku. Sakit bontot wehhhh duduk kerusi besi kusyen dah nipis.


Kedudukan meja yang aku letak berhampiran dengan katil dan bole tengok tv sambil buat kerja

Lagi yang aku ambik, rak kasut, ngan jemuran baju yang portable tu. Barang2 tu elok lagi cuma jemuran baju tu dah berkarat. Rak kasut tu dah buruk la tapi jenis plastik takpe laaa. Janji bole letak kasut dan jimat space.


Meja dan kerusi yang berjaya dicilok sebelum orang lain cilok.

Bila tengok barang2 yang dorang buang tu rasa mcm nak ambik semua. Dorang buang TV yang lama, besar samapi 30 inci tapi gedabak la sebab bukan flat screen. Lagi dorang buang rangka basikal, aku ingatkan nak ambik tapi disebabkan kat sini upah nak baiki sebarang benda amat mahal better tak payah la. Karang bikin penat mengangkat jer pastu tersimpan kat dalam rumah. Dah la aku pun takde masa nak buat sendiri. So kebanyakan benda yang dorang buang tu kebanyakkannya masih bole guna tapi kena baiki la sedikit. Sampai vaccuum machine tu tak taula berapa banyak yang aku jumpa.


Rak kayu tu aku nak tunjuk..bukan rice cooker tu atau kettle masak air tu

Di sini, hanya ada dua hari jer masa untuk dorang buang semua barang yang dorang dah tak nak. Satu masa awal summer ngan satu lagi akhir summer. Kawan aku cakap hari tu time awal summer lagi banyak barang yang dorang buang. Jadi aku mengharap summer tahun depan ada la lagi barang berguna untuk aku kutip. Iyer la nak beli memang mahal kat sini ni. So kita tunggu dah lihat la yerrrr.

Ciao ciao, bourna giornata.

Monday, 5 October 2009

Dalam Dingin Subuh

Aku dah bangun. Awal hari ni aku bangun. Lepas solat subuh langsung tak ada rasa mengantuk. Hari ni hari isnin. Selalunya kalau hari isnin, hari orang bermalas-malasan. Bukan bermaksud aku malas, tapi aku takut nanti kerana terasa malas aku pun menyahut panggilan katil, tilam dan bantal. Bertambah seronok lagi sekarang dah nak sejuk. Aircond ori wa cakap sama luuuu. Heh.


So what is my problem??

Terasa banyak sangat kerja nak buat tapi produktivinya sangat2 la sedikit. Hai laa. Macam nak kena pegi bercuti dulu ni. Tapi nanti karang lepas balik bercuti sama jugak, tak tinggi pun produktivinya. Kekadang tu terasa lagi banyak kerja aku boleh buat time di Malaysia dulu. Kalau kat sini jam 3 dah lapar padahal jam 12 dah makan. Ish ish ish aku agak aku ni rindu nak makan nasi lemak pagi2 kot. Baru la perut tu tahan. Dah la sini takda teh 'o' ais limau bancuh sendiri. Balik2 cappucino yang kecik tu minum tak puas. Camne la nak tahan sejuk??



So untuk minggu ni, aku kena siapkan satu paper. Tak banyak pun mukasuratnya. Dapat 4 ke 5 mukasurat pun dah ok. Aku takut nanti karang aku tulis, tulis, tulis, orang lain tak paham. Heh. Biasa la kalau orang melayu dah menulis. Bunganya lagi banyak dari isi. Harap2 la aku tak lagi menulis macam tu. Dulu time mula2 buat master memang macam tu la aku tulis. Ntah, silap2 aku sendiri pun tak paham kalau baca benda yang aku tulis tu sekarang. Tapi tak apa. Berusaha dan berusaha lagi.


Tapi memang aku terasa macam nak bercuti. Hmm nak pegi mana ye??

p/s: gambar-gambar tiada kaitan dengan ini cerita..heh

Ciao Ciao..bourna giornata

Thursday, 24 September 2009

Lembaran dan Kerja

Salam

Lama tak update blog. Asik malas je nak tulis. Kengkadang tu ada rasa nak tulis tapi rasa macam tak significant pulak kalau di tulis. lol

Hari raya hari tu, sedih la sikit. First time beraya dengan orang putih ni. Dulu pernah beraya tak balik kampung tapi masih lagi ada kawan-kawan orang malaysia. Budaya dan makanan tu masih lagi sama jadi tidak la terasa jauh dari keluarga. Beraya dengan orang putih yang kita susah nak paham bahasa dorang ni, memang teringat dekat keluarga. Terpikir juga kalau masa-masa sebelum hari raya di malaysia, memang muka aku ni ada di bazaar ramadhan jalan masjid india tu. Macam-macam aku beli kalau di situ tapi di sini, alahaiii, satu belanja pun aku tak keluar. Memang jimat sungguh tapi memang tak terasa hari raya dah nak dekat.

First hari raya tu, takde ke mana-mana pun. Pegi rumah si ina makan nasi ayam. Ada bihun, nasi impit ngan kuih raya (biskut kacang je punnn). Pas tu balik tidur jap. Petangnye pegi rumah osman makan nasi tomato. Esoknya dah start buat keje balik..best kan raya aku.

Cerita pasal kerja (maksud kerja tu buat hal yang berkaitan ngan phd la..paham sendiri k) pulak. Setakat ni so far so good. Takde problem besar setakat ni. Bersyukur dulu dr.s suka marah2 aku pasal selalu mengelat. Skrang ni baru la sedar sikit, dengan fabio pun selalu sibuk ulang alik glasgow dengan lugano. So memang kami-kami phd student under dia ternanti2 kan bila dia balik. Semua berebut nak jumpa dia. Kalau dulu, dr.s yang panggil, takdenyer aku nak pegi jumpa. haha betul tak noris. (hanya aku dan noris je tau pasal dr.s ni)

Aku ada gambar masa pergi jungfrau dengan grindelwald ari tu. Baru ambik dari Osman. Tapi gambar raya aku tak ambik. Ada gak kat kamera Osman. Time ambik gambar dengan imam masjid ngan jemaah2 lain. Nanti lain kali aku minta gambar tu..tapi memang berkurun la kalau aku nak minta.

Ciao..ciao..bourna giornata


Monday, 31 August 2009

ESSIR & TREC

Salam..

Masa menaip post ni, aku ada di Padova, Italy. Esok akan bermulalah European Summer School in Information Retrieval (ESSIR). Terasa kerdil je bila jumpa nama2 besar dalam bidang IR ni. BTW, InsyaAllah akan di ceritakan pengalaman sembang dengan orang2 otai ni.

3 hari lepas punya cerita. Disebabkan group IR kami involved dengan TREC09 so deadline untuk topstories news headline adalah pada hari Sabtu lepas. Memang banyak pengalaman aku dapat bila involved ngan projek ni. Lagi2 pasal time ngan planning management. Yang teknikal plak, dapat play around dengan server untuk group IR yang kami panggil bowmore. Even pakai server yang ada 18 g memori pun, indexing documents yang TREC bagi, makan masa sampai 4-5 hari nonstop.

Selain yang best mmg ada gak yang tak best. Macam aku kena siapkan part aku sampai pkul 2 pagi dua hari berturut2. Dah la pose. Dorg ni pulak mana kisah ko pose ke tak, hehe. Sib baik iman kuat lagi, kalau tak dah tak pose dah.

Ok..rasanya tu je la update untuk kali ini. Nanti bila dah tangkap gambar Padova ngan amik gambar kt Osman tu baru la aku updata ngan gambar sekali.

ciao ciao, bournajournata.

Thursday, 13 August 2009

Trip to centre of Switzerland

Last week, dengan tidak di rancang, osman ajak aku berjalan2 makan angin dekat centre of Swiss. Aku plak jenis yang tak baca pape pun pasal Swiss ni plus busy ngan xcode, java, mysql, lemur, terrier utk keje research, terpinga-pinga la bila Osman call ajak jalan2. Then bila tanya exactly nak pegi mana, dia ckp first day, St Moritz, 2 jam lebih jauhnya dari lugano naik keta. St Moritz ni sangat la dekat ngan Davos, tempat ketua2 negara selalu bersidang. Tapi trip pegi sini sehari je tak bermalam pun kat St Moritz. Niat asal tu nak cari snow bila banyak cakap2 orang kat situ even summer pun ada snow.

Dalam perjalanan nak ke St. Moritz. Kat atas tu Istana Bellinzona

View yang kami nampak sepanjang perjalanan ke St. Moritz

Aku mmg dah awal2 bagitau aku tak tau pape ni. Main ikut si Osman je, bini dia la confident kata ada snow siap bawa slider utk anak dia. Lagipun kami sewa kereta ari tu, dapat keta audi quattro model baru lagi. Haha bergaya sekejep even kereta sewa. Then bila sampai St. Moritz, satu snow pun takde, bukan kate snow je ais pun takde. Kesian kat anak Osman, dari lugano sampai St. Moritz asik cakap nak main snow, nak main snow. Sebab takde snow, kami pun jalan2 pusing2 kat town St.Moritz ngan kat tasik. Tasik ni klu time winter akan beku sampai bole iceskating. Nak gak rasa iceskating kat tasik yang luas mcm laut tu tapi kena tunggu winter la ek.


View di Tasik St. Moritz. Banyak gambar si Osman yang ambik. Aku plak pakai kamera iPhone ni je. Tak dapat nak zoom bagi nampak dekat.

Abih kat St Moritz, kami pun balik lugano. Esok harinya baru la gerak pegi Interlaken. Pastu dalam rancangan nak pegi Grindelwald je tapi tak seronok la dah sampai sana tak pegi Jungfraujoch. Aku bila dgr nama2 ni pening la sekejap pasal tak tau la apa ada kat situ kan. Yang aku tau Interlaken je, tanah antara dua tasik, tasik thun ngan tasik brienz. Plan mula2 tu nak duduk dua hari semalam je tapi terlajak gak sehari. Kenapa terlajak? Nanti next entry aku bagitau kenapa. So aku bagi gambar preview dulu supaya korang bole agak kenapa kami extend sehari lagi.

Interlaken

Grindelwald

Jungfraujoch

Kalau aku lambat post next entry tu maknanya aku tak ambik lagi gambar2 kat Osman. Lagipun skrang ni tengah sibuk ngan participation kami under Fabio's group kat dalam TREC09. Klu jadi benda yang kitaorg buat ni, InsyaAllah bole la ke States nnt.

Ciao, ciao, buona giornata.

Thursday, 23 July 2009

I.Will.Survive



Lagu ni best sikit kot versionnya dari penyanyi asal. Saja letak kat sini. Takda kaitan kepada sesiapa pun kecuali kepada sesiapa yang ingin terasa. Ciao ciao.

Tuesday, 21 July 2009

New Blog Template

Aku tukar template blog ni pasal nak pakai template yang ada 3 column. Dulu pakai 2 columns pastu sesak kat sebelah kiri dengan macam-macam info. So skrang ni ideanya adalah kat sebelah kiri untuk blog link, dan kat sebelah kiri untuk segala maklumat blog ini dan sedikit link-link hiburan kalau rajin nak tambah.

Cerita terbaru aku kat sini macam postgrad yang lain, dah masuk bab-bab coding dah. Baru je dua minggu lepas dapat iPhone 3.0 untuk diprogramkan. Skrang ni masih lagi belajar features kat dalam ni. Hopefully dapat buat function yang aku nak.

Selain cerita iPhone, takda cerita lain yang menarik. Cerita jalan-jalan jelajah eropah pun takde pasal aku tak jalan-jalan mana-mana pun walaupun sekarang ni dah musim panas. Probably aku tries luang masa pegi mana2. Ok tu je la nak cerita.

Ciao..ciao, avidirvici.

Wednesday, 8 July 2009

Some of Santiago de Compostela Pics


Pakcik ni pikir bila dia nak dapat degree


Cathedral

octopus..bergerak-gerak lagi ni
My accommodation while stayed at Santiago


Apartment untuk burung...studio sahaja




Old Town Santiago Map







These were some pics taken during my research trip to University of Santiago de Compostela, Spain. This place is famous because of its cathedral and the Christian ways of pilgrim. University of Santiago de Compostela (USC) is among the first university in Spain, and most of the students there enrolled in USC because it's histories and traditions. I had good time there, especially in terms of foods where Santiago also well known for variety of cheap, fresh seafoods.