Tuesday, 19 October 2010

Dah balik Lugano dah

Salam..

Aku sangat malas nak tulis blog..probably kena jadi macam Noris. Setiap hari summarize aktiviti-aktiviti yang di tempuhi kat dalam blog. Agaknya Noris bole keep everything in check tak bila tulis blog ni.

Aku tau "beliau" (klu org kampung aku, "beliau" ni maksudnya parents k) aku tu mmg baca blog aku. Tapi aku ni jer kot yang jenis jarang nak update. Ntah la. Kadang-kadang ada jer cerita, tapi mungkin sifat lelaki kot. Ada mood nak bercerita bila cerita tu cerita lawak, cerita bola yang kebanyakan lelaki rasanya dah ambil tau, atau cerita-cerita yang "tu". Sendiri paham sudah. Cerita serious2 ni, jarang la kot lelaki nak cerita kat blog. Bukan takda, tapi jarang, mungkin kadang2 atau pun mungkin sedikit jer.

Okay.

Perkembangan aku. Aku dah balik Lugano daaahhh...rumah tak kemas, keje makin banyak, time tido tak adjust lagi, makan pun tak tentu hala lagi. Tu jer la kot yang utama. Yang remeh temeh ni nanti la aku pikir. Haa baru ingat, nak kena renew permit@permesso, kalau tak jadi la aku pendatang haram kat Lugano ni.

ciao ciao

arrivederci