Saturday, 24 September 2011

Majlis Akad Nikah

UPDATE

Aku tanya kawan aku orang Nigeria pasal nikah ni. Dia ni kira power la dalam bab-bab agama ni. So bila aku tanya pasal nikah ni dia cakap tak semestinya kena jabat tangan pak kadi tu. Janji saksi dari keluarga lelaki dah wali dari keluarga perempuan setuju. Sekali la dengan lelaki dan perempuan pengantin tu. Kena setuju. Pastu kadi tu akan sebut la pasal nikah ni. Yang lelaki kena ikut. Pastu selesai la. Dah nikah. Pasal mahar atau mas kawin tu. Tok kadi akan tanya nak bagi apa. Bila nak bagi. So kalau nak bagi cincin. Bole bagi sekarang atau bagi kemudian kalau cincin tu belum ada lagi. Memang simple la tak macam di tempat kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Aku baru balik dari majlis akad nikah kawan aku. Namanya Ola, perempuan, orang Syria. Nama laki dia Tamim, rasanya orang Syria gak. Cuma Ola tinggal di Italy, laki dia tinggal di German. Asal yang sama cuma bahasa bercakap lain-lain. Tapi dorang tetap cakap arab. Dorang ni asal jer Syria, tapi dah bermastautin di Italy and German. Kira macam orang jawa di Malaysia la.

Ni first time aku attend majlis akad nikah cara orang Syria. Sangat berlainan dengan cara kita di Malaysia. Plan asal tu aku nak attend gak kawin civil Ola ngan Tamim. Tapi ntah kenapa semalam tak dapat tidur awal. Tidur jam 3, bangun jam 6. Ingatkan mata ni dapat la tahan mengantuk. Dekat jam 7 aku tertido balik. Jam 10.30 baru aku terbangun. Tu pun bangun terkejut. Janji nak pegi civil wedding tu jam 11. Try gak la kelam-kabut mandi, tunggu bas. Last-last terlepas boat jam 11.15. Pikir-pikir kalau naik next boat memang tak sempat. Cuba gak call Ola tapi memang la dia tak dapat nak angkat call kan. Dah dia yang kawin. Dia pun tengah sibuk dengan risau pasal kawin dia. Sib baik la Ola call balik pastu arrange pegi rumah dia untuk majlis akad nikah.

BTW, rumah Ola ni kat Campione di Italia. Bole ikut jalan darat dengan jalan tasik. Klu nak tunggu bas lambat sangat. Naik boat lagi cepat cuma dah terlepas tak boleh nak buat apa.

Kalau nak bezakan akad nikah dorang dengan kita, kalau silap-silap tengok boleh rasa macam ajaran sesat pulak. Not really sesat la kan tapi berumpaan nya. Pastu pulak aku sibuk ambik gambar so mungkin ada salah aku gak. Kemudian dorang ni semua pakai bahasa arab. Aku sepatah tak paham. Cumanya aku tak perasan pun bila akad nikah dorang ni. Aku bukan duduk belakang wei. Dah aku ambik gambar memang la duduk kat depan-depan kan. Alih-alih dah kahwin. Selesai. Pelik pulak aku. Tapi memang aku nak tanya la esok kat Tamim, laki si Ola, bila akad nikah tu tadi.

Ok. Entry ni memang intended to be short. Aku akan update nanti bila dah process gambar-gambar nikah dorang ni. Esok majlis kahwin pulak kat Bellinzona. Aku nak tengok pulak camna budaya majlis kahwin dorang ni.

Wednesday, 21 September 2011

Hari Rabu dan Radio

Aku terbangun jam 1 pagi hari rabu. Tido jam 11 malam di hari selasa. Bangun awal tapi takde mood nak buat kerja. Last-last buka website manga. Baca manga langsung tak sedar masa. Alih-alih dah subuh la. Lepas subuh cuba-cuba nak buat kerja. Last-last mata mengantuk, kerja ntah ke mana.

(* baik punya rhythm kat atas ni)

Bangun tido jam 10 pagi hari rabu. Jalan kaki pegi opis lepas mandi. Sambil hisap sebatang rokok, dipegang kat tangan kiri. Sampai opis mengeliat dulu dua tiga kali. Perrgghhh rasa macam nak sambung tido lagi. Kehkehkeh

(* eeh makin banyak rhythm ni..okay no more rhythm)

Pas dah sampai opis tu relek-relek jap. Baca blog orang lain. Baca email. Tengok-tengok facebook. Pastu bukak radio online. Dengar radio malaysia kat oversea ni. Radio sini tak paham aku wei.

Lepas blog aku baca jurnal pulak. Tetiba kat radio kuar lagu raya...

"eeeehhh, radio ni. ko ingat puasa sebulan raya pun sebulan keeee??? raya dah abis laaaaaaa.."

terus terbantut baca jurnal. La ni takde mood la pulak nak sambung baca. Ni semua radio punya kerja.

Monday, 19 September 2011

Kisah Bola

Aku rasa di Malaysia ni..boleh kata hampir semua rakyat Malaysia ada team EPL yang dorang sokong. Sapa yang tak kenal Liverpool, Everton, Manchester United (Man U), Manchester City (Man City), Arsenal, Chelsea. Teams ni klu sebut kat Malaysia, memang susah la nak percaya kalau ada orang tak kenal especially kalau lelaki. Kalau dulu time aku sekolah, sapa yang tak kenal teams tu memang terus kena cop kaki bangku. Padahal yang kenal pun tak semestinya pandai main bola. Sepak bola pun ke lautttt... Pasal tu la peminat EPL dari Malaysia ni kira terror, cakap jer lebih, suruh main bola tak sampai 5 minit..."pancit"..hahaha

Cerita pasal bola, teringat kisah pasal budak-budak kat masjid di KK. Aku rasa time tu bulan puasa. Iye lah cerita ingat-ingat lupa. Mungkin time matriks kot. Aku ni baru lepas wuduk. Nak naik solat la. Nampak budak-budak lelaki tengah main kat tangga. Tengah aku melintas tu, ada la budak tu cakap..aku jadi "nistelrooy". Aku dengar dah nak gelak. Dalam kepala terpikir. Hebat budak sekarang. Kecik lagi dah kenal Ruud van Nistelrooy. Aku dulu dalam umur dorang, player bola yang aku kenal pun si Matlan Marjan.

Dulu sebelum EPL famous pasal susah nak tengok kat tv, player liga malaysia memang famous. Sapa tak kenal Hassan Sani, Matlan Marjan, Henry Anjun, Abdullah Awg Adi, dah ramai lagi la. Tu baru kira player Sabah. Belum lagi player Semenanjung. Dulu beli newspaper, benda pertama nak baca bahagian belakang. Bahagian Sukan. Memang power la player dulu. Macam si Matlan. Kalau dribble memang power aar. Bole score 2 biji tu lawan England. Dulu time kecik-kecik, menjadi impian wei nak main bola full-time. Bole jadi famous satu Malaysia. Boleh dapat bini artis wei. Player Malaysia dulu sapa yang tak kawin artis?? Boleh bilang dengan jari sapa yang tak kawin artis. Yang kawin dengan artis ramai. Hahaha. Kalau player zaman-zaman Mokhtar tu lain la kan. Tu zaman team Jepun jadi budak belasahan.

Tapi kalau cerita pasal player Malaysia zaman sekarang. Aku pun tak kenal. Publisiti kurang kot. Yang paling famous pun tuu yang kawin si Rita tu. Tu pun famous pasal kawin tak dapat restu. Haha bukan famous pasal bola. Memang la berkait. Kalau dia tak main bola tak kenal la dia dengan si Rita tu kan. Time aku kecik dulu stadium selalu penuh. Tapi kena berdiri la. Tak dapat nak duduk. All standing kat stadium Likas. Ada section tempat duduk tapi tiket mahal la. Nak masuk stadium sesak beb. Tapi seronok ooo..berdiri dekat dengan pagar dekat padang. Siap bekal air dari rumah. Bawa keropok segala time half time bole makan dekat tepi pagar. Haha

Ni la kisah dulu pasal bola. Budak-budak sekarang tak merasa la benda-benda macam ni. Ntah-ntah pegi stadium pun tak pernah. Setakat stadium UPM tu hari-hari bole pegi. Tu belum cerita kisah aku main bola. Sekali dengan time aku main ragbi. Yer aku main ragbi even badan kecik. Energy berlebihan agak nya dulu time sekolah. Semua benda aku nak join. Tapi sekarang dah takde dah energy macam tu. Yer laaa dulu time muda. Makan semua cukup. Sekarang ni kalau nak makan kena masak sendiri..hahaha

* aku baru tau team sabah pernah lawan man u, zaman aku baru lahir. Nak tau lebih lanjuk klik link ini.
** dulu brand sports ni banyak. takde la asik-asik nike dengan adidas jer. Korang tau ke pasal brands lotto, mizuno, diadora, mikasa, kappa ngan hi-tec?? Famous tu dulu..

Monday, 12 September 2011

Kesibukkan Selepas Raya



Memang sangat sibuk sekarang ni. Baru lepas review paper untuk WSDM'12. Paper banyak sangat cacing-cacing nak dipahamkan. Err ni bukan cacing betul tau. Cacing ni merujuk pada mathematical derivation. Banyak sangat dia letak. Hampir 3 page dari 8 page cacing. Sakit kepala nak pahamkan pastu nak direview pulak. Takpa. Dah submit pun review. Beressss.

Sekarang ni tengah betulkan draf proposal. Hari tu dah submit. Fabio dah suke. Tinggal nak betulkan grammar dengan figure yang tak berapa nak betul. Pastu nak re-shape pulak proposal ni ke paper. Nak hantar ke CAMP'12. Ni masih belum beres lagi. Mungkin lusa siap la kot. Nak re-shape tu, aku agak-agak mungkin sampai akhir minggu depan siap ler.

Pastu nak run 2 experiments lagi. Yang ni design dah ada. Applicationnye belum siap. Pastu kalau sempat buat experiments segala ni, nak hantar paper ke apa tah. Dah tak ingat. Tapi deadline sama dengan CAMP'12. 1 October.

Benda lain nak buat. Slide presentation proposal. Aishhhh...banyak pulak kerja ni bila dah list. Ok then. Lain kali aku update. Tengok la gambar mana yang ada aku letak kat sini.

Pics taken time bulan puasa nak pergi beraya di Plymouth bersama Saiful, Noris, Aisyah and warga melayu di Plymouth.



eeehhhh..baru teringat..better buat peraduan kan??? so pada sapa-sapa yang tahu, sila namakan tempat-tempat dimana gambar-gambar ini diambil. Pemenang akan dapat hadiah berupa pakej pelancongan ke tempat-tempat didalam gambar dengan semua perbelanjaan ditanggung sendiri oleh peserta. Selamat berjaya meneka gambar-gambar tersebut. Kehkehkeh....

Sunday, 4 September 2011

Kisah Rambut Seorang Pelajar PhD

Post lepas janji nak letak gambar kan..

TADAAAaaaaa....


KehKehKeh..lihat lah rambutku..berubah kannnnnn..

dari post lepas aku perasan..style rambut aku complete satu pusingan dari pendek biasa-biasa, panjang berserabai, kemudian panjang sampai boleh diikat rambut tu..sampai la ke minggu lepas, aku terbotakkan kepala..semua style rambut ni dalam tempoh 3 tahun..dari start buat PhD sampai la ke sekarang.

pada sapa yang nak tau di mana gambar-gambar ni diambil..sila la baca lagi..kalau tak nak baca pun takda sapa halang..heh


***baca sambil tengok gambar dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah..klu tak ikut aturan, sendiri tanggung la eeehhh***

- gambar ambik kat Malaysia, kalau tak silap dekat Medan Mara. Time ni rambut smart pasal masih kerja dan baru dapat cuti belajar.

- gambar ambik kat Florence, Italy, dekat dengan butik Salvatore Ferragamo. Rambut baru simpan tapi belum berapa nak panjang.

- gambar ambik kat Venice, Italy, nak balik ke bilik sewa jauh kat hujung Venice. Rambut dah start serabai. Tapi tetap nak simpan rambut.

- gambar ambik kat Paradiso, Lugano, tengah tunggu final Euro 2010, Spain lawan Holland. Rambut baru potong tapi nak simpan balik.

- gambar ambik kat rumah wak nin di Limerick, Ireland, tengah tunggu bas pergi Dublin. Flight dari Dublin pegi Milan. Antara gambar aku berambut paling panjang.

- gambar ambik kat puncak Jungfraujoch, Alps, pergi sekali dengan Othman family. Rambut dah panjang. Selalu ikat tapi time ni getah ikat rambut putus.

- gambar ambik kat Centro, Lugano, masa carnivale. Tengah tengok anak Othman, Husna berbaris. Time ni rambut baru nak simpan.

- gambar ambik kat train station balik dari Fox Town, boring-boring tangkap gambar sendiri. Time ni rambut baru nak panjang. Tapi masih kemas.

- gambar untuk apply visa pegi US. Time ni rambut panjang sampai boleh ikat ke belakang.

- gambar ambik kat dalam Ice Palace di Jungfraujoch. Rambut tak ikat pasal getah ikat rambut putus.

- gambar terbaru ambik kat Plymouth. Melawat Noris sambil sambut raya. Dah takda rambut dah time ni.

- gambar ambik di Faido time barbeque dengan MUSILY. Time ni memang dah malas nak simpan rambut. Nak rambut pendek sama macam time kerja dulu.

- gambar ambik di Plymouth kali pertama melawat Noris. Time ni rambut dah panjang di belakang. Rambut depan kira pendek lagi pasal kalau di tarik tak sampai ke mulut pun.

- gambar ambik masa naik train ke Jungfraujoch. Panjang kan rambutku..hehehe

- gambar ambik kat building di Cliff of Moher, Ireland. Rambut tengah panjang. Kena pulak angin tiup. Baru feel..hehe

- gambar ambik kat Cliff of Moher, Ireland. Terasa seperti rocker pulak rambut mengerbang macam tu. Masa tu hantu kak limah belum keluar lagi yer.

- gambar ambik depan kedai jam di Limerick, Ireland. Rambut tengah ikat kemas punya.

- gambar terkini rambut botak beraya di rumah Noris di Plymouth. Time ni tengah makan-makan sebelum melawat rumah student malaysia yang lain.


Amacam, hebat tak kisah dan sejarah rambut aku ni..macam rockers tak jadi, hantu kak limah sikit lagi kalah kalau bertanding rambut. hahaha. bila dah botak ni, sejuk jer kepala. siap bole joke dengan family. ni rambut baru balik umrah. umrah kat Milan dengan London. Hehehe