Monday, 21 November 2016

Menerima Berita Baik

..... truuut...truuut...
..... truuut...

"Hello..."

"Hello..boleh saya bercakap dengan Encik Azri?"

"Yer bercakap"

"Saya S dari Company B yang interview Encik minggu lepas.."

"OK"

"Untuk makluman, Encik Azri berjaya dalam sesi interview minggu lepas dan Company B menawarkan jawatan seperti yang Encik pohon. Bila Encik boleh lapor diri?"

"Hmmm..sekejap ya, saya tengok schedule saya dulu.."

"Kalau 1 Dec boleh tak lapor diri?"

"1 Dec, should be okay.."

"Sebelum lapor diri, boleh tak Encik datang ke ofis kami untuk tandatangan dulu kontrak?"

"Boleh.."

"Bila Encik boleh datang?"

"Nanti saya hubungi awak semula, boleh?"

"Boleh Encik, terima kasih.."

"Sama-sama.." Klik.

Baru pagi tadi aku dapat panggilan dari Company yang aku pergi interview hari tu. Company tu terima aku berkerja dengan Company mereka. Sekarang ni aku kena sort out kerja-kerja yang perlu dibereskan sebelum aku lapor diri ke Company ni.

Sunday, 20 November 2016

Diberhentikan Dan Pilihan

Minggu lepas, my former bos bagitahu yang aku diberhentikan dari berkerja di company dia. Alasan yang dia bagi adalah disebabkan oleh company financial yang dalam keadaan gawat. Aku terima jer la penjelasan bos tu, since it is widely known current economy is not that good. Company pun setahu aku tak dapat projek or job lain kecuali yang currently tengah berjalan yang dijangka abis tahun depan. Lepas projek yang sekarang ni, memang tak ada projek masuk. 

Minggu ni pulak minggu busy dari isnin sampai la jumaat hari tu. Aku attend interview, jumpa potential Phd supervisor bincang berkenaan topic research, attend meeting innohub, mak mentua masuk hospital, daftar tadika amirah, dan baiki rumah. Memang tak menang tangan.

Lepas diberitahu aku diberhentikan, aku plan beberapa pilihan. Sambung balik Phd, Cari kerja yang flexible supaya Phd aku tak sekerat jalan. Pilihan kerja tu, join Uber dan Grab. At least ada duit masuk untuk tampung belanja. Ada kawan bagi contact company ada kerja kosong. Aku apply and company tu panggil interview. Dapat ke tidak, aku tawakal sebab aku dah buat yang termampu.

Aku pernah cerita tentang seorang kawan si A yang nak JV buat bisnes dengan aku. Dia ada contact aku semula berkenaan projek bisnes tu. Since aku dah tak keje, aku terpikir why not jalankan. Cuma masalahnya dia nak jalankan projek bisnes tu dibawah Innohub dan dia tengah cari orang untuk lead projek tu. Dan orang yang dia approach tu aku. Aku bincang dengan kawan aku F, dia bagi pendapat dari tak buat apa-apa, ambik jer la apa yang ada sekarang ni. 

Aku masih belum decide betul yang mana pilihan aku nak buat. Yang pasti aku memang nak sambung Phd. Aku agak reluctant bila ada involvement dengan Innohub. Aku bukan against Innohub. Innohub ni program yang baik untuk yang nak jadi entrepreneur. The problem is because duit geran Innohub in under UPM dan birokrasi tu masih menebal. Aku cuma bagi syarat kat A, kalau nak aku lead, aku demand gaji up sikit dari yang akan ditawarkan plus duration dipendekkan kepada 3 bulan sebelum aku ready untuk continue. Aku demand macam ni sebab aku nak tengok dalam tempoh 3 bulan tu, bolehkan gaji aku dibayar dan juga feel aku dengan program Innohub. Lagi satu untuk menilai samaada projek bisnes A ni boleh jalan ke tidak.

3 bulan tu aku rasa adalah tempoh yang cukup untuk aku nilai banyak perkara untuk aku ambil tindakan selanjutnya samaada teruskan ataupun buat benda lain yang mendatangkan faedah.

Wednesday, 2 November 2016

Makan Angin di Putrajaya

Bila umi OT, kami makan angin di Putrajaya





Sambil lompat-lompat di dataran depan Masjid Putra. Makan angin la sangat..hehe