Fuhhhhhh....aku kena semalam. Huddle Yes aku tak dapat signal. Asik kelip-kelip jer. Pelik la pulak selalunya kelip-kelip merah tu kejap jer sebab huddle tu nak cari signal. Sekali baru la aku sedar, aku ada tukar password kat Yes Portal. So untuk korang-korang semua yang selalu lupa password samada kat Portal atau Huddle Router, kat sini aku nak bagi cara-caranya.
Untuk ubah password kat yes portal rasanya semua orang tau. Bila masuk jer dalam portal tu, klik la ke login dan masukkan username dan password. Kalau tak dapat masuk boleh la klik forgot password. Nanti sistem yes akan hantar email semasa register dan dari situ boleh la proceed untuk tukar password untuk login ke dalam yes portal. Masalahnya bila dah tukar password untuk login ke portal, kita kena setup semula huddle tu. Tu la yang aku kena semalam. Huddle kelip-kelip jer pastu baru teringat tadi tukar password portal.
Untuk setup ataupun reset Huddle tu pulak kenala taip ni http://192.168.1.1 yang akan link ke setup page untuk router. Kat sini pun page tu minta password untuk login. By default password page ni adalah "admin". Tapi hari tu aku dah ubah password aku. Sampai kesudah aku tak ingat ape password aku. Last-last aku kena buat hard reset kat Huddle tu sendiri. Yang hard reset aku tulis kat bawah.
Lebih kurang macam ni la bentuk page untuk setup router Huddle tu |
Lepas dah masuk tu bolehlah reset kan semula Huddle jadi factory reset. Bila dah resetkan jadi factory reset, Huddle tu akan berkelip-kelip sebelum benda ni turn off sendiri. Sekejap jer pastu dia turn on balik.
Time ni semua wifi name ngan password yang pernah kita setup dulu kat huddle akan hilang dan perlu untuk disetup semula. So letak la wifi name yang korang nak dengan password yang korang suka. Cuma pastikan la dah setup baru ni, kena ingat password kalau tak kena buat semula dari mula.
Pastu cuba la untuk connect ke internet pakai laptop atau handphone. Kalau dapat connection dan boleh buka facebook, buka youtube tu kira dah berjaya la tu.
OK
Untuk hard reset Huddle ni, sebenarnya senang jer. Pastikan Huddle korang tu masih on dan berkelip-kelip. Lepas tu tekan kat power button tu dalam lebih kurang 30 saat. Masa tekan kat power button tu perhatikan kelip-kelip merah tu, nanti warna kelip-kelip merah tu akan bertukar kuning dan tidak berkelip. Tak lama lepas tu, Huddle tu akan turn off sendiri dan akan turn on balik. Bila Huddle tu dah turn on, bolehlah connect ke Huddle tu dan masuk semula ke page untuk setup router. Time ni semua password dah tukar ke default "admin". Lepas tu boleh la tukar apa yang nak tukar dan test semula connection.
Step ni memang aku buat semalam dan berjaya. Kalau tak berjaya tu korang kena cari la cara lain sebab aku dapat buat cara ni. Cara lain aku tak tau. Kalau aku pernah hadap problem lain yang memerlukan cara yang berlainan, aku post kat blog aku ni.