Tuesday, 26 June 2018

Perfume Bandung Malaysia: Photoshoot Raya

8 Jun hari tu, adik ipar aku merangkap founder Perfume Badung Malaysia rancang nak buat photoshoot sempena hari raya untuk team member Perfume Bandung Malaysia. Aktiviti ni lebih kepada nak buat material untuk promote dan branding jenama kami. Disebalik tu jugak nak perkenalkan team member dan juga orang belakang tabir yang menggerakkan bisnes kami. 

Sesi photoshoot

Aksi photoshoot
Action jer lebih

with the whole team of Perfume Bandung Malaysia

bersama staf perempuan..ini idea Nasrul

tengok gambar sendiri

Berangan nak jadi wizard

Tuesday, 12 June 2018

Perfume Bandung Malaysia: Hulurkan Kasihmu



2 Jun lepas team company yang aku co-founded, Perfume Bandung Malaysia rancang nak buat amal sikit. Nak bagi sedekah, sedikit barang-barang basah keperluan dan juga bagi baju-baju yang disedekahkan oleh client-client Perfume Bandung Malaysia.

Cadangannya nak buat amal ni nak disasarkan kepada golongan kurang berkemampuan di sekitar Meru, Klang dan juga nak sedekah kat golongan gelandangan di KL. Boleh dikatakan seperti CSR gak la.







Benda ni bagi pengalaman baru buat aku. Nampakla bila kami bagi sedekah ni, orang kurang berkemampuan ni amat menghargai. Dari riak muka pun nampak dorang bersyukur dan berterima kasih bila ada orang memberi sumbangan.

Tapi untuk golongan gelandangan pulak, dorang seperti kurang menghargai sumbangan kami. Siap boleh pilih-pilih lagi nak sumbangan apa. Pada pandangan peribadi aku la, mungkin disebabkan ramai sangat yang bagi dorang bantuan sampai dorang pun dah start demand dan tak nak sumbangan tu. Tapi aku pun tak boleh salahkan golongan gelandangan ni sebab ramai sangat orang bagi pakaian dan makanan. Gelandangan ni bukannya ada tempat nak simpan pakaian banyak-banyak. Lepas tu kalau semua bagi makanan, berapa banyak gelandangan ni boleh makan kan. So memang kena ada gerak kerja yang selarasla antara NGO-NGO yang nak menyumbang ni.

Cuma pengalaman ni amat berharga la untuk aku. Dapat menghargai betapa aku ni tak susah. Masih cukup makan pakai. Ada bumbung masa nak tidur. Cukup serba serbi walaupun tak mewah. Mudah-mudahan rezeki yang aku perolehi diberkati dan aku dapat serba sedikit bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Amin