Thursday, 19 August 2021

Counter Offer - Continue

Sambung lagi cerita counter offer ni..

Lepas dah agreed dengan offer company R, aku kena pulak resign dari company A. Sebenarnya susah juga nak resign dari company yang kita baru masuk tak sampai sebulan. Aku risau jadi bad impression kat company A ni jer. Iyer la baru masuk, pastu resign. Tak sempat nak kenal sangat dengan staf-staf company A ni pun. Yang aku kenal pun, new staffs yang join dari company lama aku masuk ke company A. Staff asal company A memang aku tak kenal sangat.

Tapi aku ni kira bernasib baik la juga sebab dalam contract company A tu stated dalam tempoh probation, each parties boleh terminate contract by giving one week notice. Then aku pun pikir aku tak breach contract and aku follow contract tu so aku pun bagi written one week notice for resignation. Hantar emel ke big bosses and direct superior. Pastu malas nak pikir dah. Aku pun masa tu pikir nak siapkan report yang dah assign kat aku before aku resign.

Esoknya, direct superior aku tanya napa nak resign. Aku direct jer la dapat better offer kat tempat lain. Big bosses pun tanya. Aku jawab direct jer. Aku pun bagitau dorang, company R ni aku dah reject banyak kali tapi still datang dengan improve offer. One of the big bosses siap nak counter offer lagi. Dia whatsapp tanya apa yang dia boleh offer supaya aku stay. Tapi aku reject awal-awal sebab aku tak nak pening kepala, hahaha. Nanti terperangkap lagi bila bagi figure dia boleh meet karang aku yang jadi serba salah. Aku cuma bagitau, aku dah tak dapat nak refuse offer company R. Dia pun paham dan respect decision aku. 

So at the end, aku serve notice seminggu. Siapkan report, siapkan presentation slide, masuk meeting dengan tuan punya contract, lepas tu ada la dalam 2-3 hari free tak buat apa-apa sebab kerja yang important dah siap. Tolong2 team member yang ada problem and tolong kemas, pasang server baru kat bilik server. Then sekarang ni, dah kerja kat company R. Mostly banyak masa kena study balik la sistem-sistem dorang ni for the time being. Kalau ada cerita2 menarik aku post la kat sini nanti.


Saturday, 14 August 2021

Counter offer

Sambung balik cerita kerja..

Kalau tak silap aku dekat hujung minggu first week tu, company R yang aku reject tu call balik aku, minta aku reconsider decision aku reject offer dorang. Aku pun explain, aku dapat offer kerja lain, pakej pun lebih kurang sama pastu dekat dengan rumah. Orang HR tu faham tapi dia counter offer pulak. Dia tanya sekarang ni kena pegi office ke? Aku bagitau ya. Dia counter kalau accept offer company R, tak perlu gi office until further notice (sebabkan Covid dan PKP). Tapi sebab aku dah accept offer company A, aku malas dah nak pikir lagi. Aku reject lagi company R ni.

Then dalam awal minggu, HR company R ni call lagi kalau dia offer improve salary + work from home, adakah aku akan consider? Aku bagitau siap-siap, aku tak nak sebab aku dah accept offer company A.  HR company R ni dah sampai tahap merayu minta aku consider counter offer company R. Aku dah pelik tapi masa tu aku fikir, "eh biar la..bukan problem aku pun..aku dah reject kot". Pada aku, counter offer yang HR company R ni propose memang tak berbaloi pun. Sekali lagi aku reject company R ni. Then selang 2 hari kalau tak silap, technical manager company R ni pulak call.

Kali ni technical manager tu pulak counter offer. Aku reject jugak. Alasan aku, buat apa kerja stress-stress kalau pakej tu tak berbaloi. Tak lama lepas tu dia call lagi, kali ni dia cakap dia dah bincang dengan chairman (masa tu aku tak tau pun dia bincang dengan chairman sebab dia cuma sebut dato). Technical manager counter offer aku dengan tanya soalan aku nak pakej macamana? Aku minta masa untuk fikir sebab aku memang tak nak accept offer company R ni plus aku fikir sepatutnya company R ni kalau nak aku kerja dengan dorang, company R ni patutnya offer pakej yang aku takkan tolak awal-awal dulu.

Lepas tanya kawan-kawan, bincang dengan bini, pikir pros and cons, kawan aku pun ada bagi suggestion berapa gaji sepatutnya aku minta, aku pun bagilah figure yang aku nak sekali dengan pakej yang aku nak. Technical manager tu cuma cakap, "kalau kami boleh meet apa yang encik minta, harap encik jangan reject la." Lebih kurang macam tu la bunyinya. Aku pulak jadi gelabah. Aku cakap sebab tu la awal-awal lagi aku tak nak bagi figure sebab kalau dapat meet, aku pulak yang tersepit. Tapi aku pun masa bagi figure tu dah pikir takkan la dorang nak meet figure yang aku bagi tu sebab agak tinggi. 

Rasanya dalam 2-3 hari juga kot, technical manager tu call balik bagi tau company R setuju dengan apa yang aku minta. Ahhh sudah, aku pulak yang tersepit. Aku minta masa kat technical manager tu, balik bincang dengan bini. Bini pulak cakap ikut la aku nak pilih mana. Aku pun pikir-pikir balik, dah alang-alang kerja stress, better dapat pakej setimpal dengan stress. So aku pun agree dengan offer company R ni. Problemnya pulak nak resign dengan company A. 

Ni aku cerita kat post lain la eh..nantikan sambungan...


Wednesday, 4 August 2021

Happy Birthday Azra' Aqilah

 


Happy Birthday anakku Aqilah yang ke 3 tahun. Tak terasa sekejap jer dah besar. Lagi-lagi sekarang ni musim Covid, tak dapat nak keluar rumah. Lagi la tak sedar anak membesar depan mata.

Dari tak pandai cakap, lambat duduk, berjalan pun lambat. Sekarang ni mulut petah. Tapi tak paham sangat apa Aqilah ni cakap sebab tak berbutir. Mungkin sebab kakak Amirah cakap laju, dia pun nak cakap laju.

Aqilah ni creative dan pandai main sendiri. Sebab selalu sangat mandi kolam, dah pandai menyelam dah. Tapi tengok handphone pun lama. Entah kenapa Aqilah ni kalau makan tak berapa ikut timing. Kalau dah minum susu, makan biskut jadi kenyang. Nasi tak nak makan. Kalau time dia lapar terus bagi nasi ok la. Kekadang kan tak sempat nak order atau masak. Kesian tengok dia lapar bagi jer la susu dengan biskut. Tapi lepas tu kenyang dah dia, tak nak makan nasi.

Cuma Aqilah ni tak pandai lagi ABC, atau kira 123. Sebab lama tak sekolah kot. Macam kakak dia dulu, umur 3 tahun dah boleh dah sikit-sikit. Ni pun masih lagi hisap jari. Bukan time nak tidur jer. Kadang-kadang time bosan hisap jari. Tambah lagi kalau rambut panjang suka tarik-tarik rambut depan. Kalau rambut dia pendek, dia cari rambut kakak. Hahaha. Lain anak lain tebiatnya. 

Ayah doakan anak-anak ayah jadi anak yang solehah, dengar kata, beradab, cerdik dan pintar, dan jadi anak yang membanggakan ayah dan umi. Amiin

Tuesday, 3 August 2021

Tawaran Kerja

Bulan Mei aku pulun cari kerja.

Bulan Jun, alhamdulillah aku dah dapat offer kerja.

Dapat 2 offer, satu as Senior Technical Engineer satu lagi Senior System Analyst. 2 offer ni pakejnya lebih kurang sama in term of salary, medical benefits dengan cuti. Aku pulak yang pening kepala nak pilih yang satu. Pikir punya pikir, akhirnya aku pilih yang paling dekat dengan rumah. Kenapa? Umur dah macam aku ni, traveling pergi dan balik kerja ni boleh jadi satu sebab stress. Lagi pun masa tu terbazir macam tu jer sebab kena travel pergi balik kerja.

Lepas dah buat decision, aku informed dua-dua company, satu aku accept (company A), satu lagi aku reject (company R). Then dalam awal July aku dah start kerja kat company A. Macam biasa la, first week kerja, meeting with bosses, outline expectation, job scope etc, and start kerja seperti yang diarahkan. Everything went smooth kat tempat baru ni. 

Interview zaman sekarang

Paling kelakar, masuk jer report duty kerja setengah hari je. Sebab dapat berita ada vendor yang positif covid masuk building tu dalam 2 minggu sebelum aku report duty. Hari aku report duty tu, ada orang yang nak sanitize building. Tak sempat nak buat pape. Dorang datang sembur jer abis basah laptop. Pastu dorang bagi arahan, building kena tutup at least 24 jam. Haha. Baru masuk kerja terus dapat cuti sehari. Report duty hari Khamis, dapat cuti Jumaat, pastu hujung minggu. Memang best.

Tapi hari Jumaat tu aku datang juga office. Nak study overall kerja yang aku kena buat expecially report. Banyak report nak kena buat. Dah la dateline dekat. Aku ada masa dalam 10-12 hari jer untuk siapkan report-report tu from scratch. Masuk jer hari Isnin, kelam kabut aku siapkan report. Sempat juga aku bagitau superior aku, rasanya tak sempat tapi aku akan inform kemudian kalau masa tak cukup. Memang tak cukup masa. Nasib baik la dapat extend masa.

Dalam aku sibuk-sibuk nak siapkan report tu, company R yang aku reject offer kerja dorang, call aku balik. Minta aku reconsider decision aku...