Selamat Hari Raya. Raya terkejut sebab tak ramai yang jangka raya 2 haribulan (Isnin). Jarang terjadi bila hari ni tengok anak bulan, esoknya raya. Selalunya hari ni tengok anak bulan, lusa baru raya. Kami pun tak bersedia juga cuma memang planning beraya di Johor dengan keluarga kakak ipar. Kebetulan, pak mentua aku pun ada di Johor semenjak awal bulan puasa lagi. Kami ni tak tau nak beraya mana, jadi start enjin kereta terus gerak ke Johor.
Lepas tu bini aku buat plan nak balik ke Kelantan pulak. Dengan syarat dapat homestay la. Sebab time-time raya ni susah jugak nak dapat homestay. Sebabkan dapat homestay, malam raya pertama tu kami bergerak balik ke Kelantan. Jam 8.30 malam dari Johor, sampai Kelantan dalam jam 4.30-5.00 pagi. Berehat sekejap tunggu masuk Subuh. Lepas Subuh baru la gi homestay.