Friday, 8 May 2009

Venice-Gambar part 1

Dah cuba beberapa kali untuk upload gambar-gambar masa pergi Venice hari tu di Facebook tapi tak tau la kenapa tak dapat la pulak. Mungkin pasal network kat sini kot. Jadi pasal tu la aku letak gambar-gambar venice tu kat sini. Tetapi aku malas nak letak caption kat gambar-gambar ni, sebab aku pun dah lupa dah nama tempat-tempat kat Venice. Aku pegi sana pun pasal aku terbosan kat sini, memang aku tak rancang apa-apa. Mana tempat kena tanda kat dalam peta yg aku beli time sampai sana tempat-tempat menarik Venice, aku pergi je.

Oh, apa yang menarik kat Venice ni, pertama, pengangkutan utama adalah sampan-sampan dan boat, kedua, tiada kereta dan basikal atau motor. Nak naik rollerblade pun tak dapat pasal banyak sangat sungai, jadi jambatan pun banyak. Masalahnya jambatan dia bertangga, jadi tak dapat la nak berskating. Kat sini semua kena pakai sampan, teksi pun sampan, dan ambulan pun pakai sampan. Dan kat sini banyak la bangunan-bangunan lama yang tak tau la bina kurun ke berapa. Yang tak seronok kat Venice ni ialah kita mudah sesat walaupun kat dalam satu pulau kecil. Jalan-jalan kat sini sempit-sempit muat dua orang bahu ke bahu. Dan makanan kat sini mahal-mahal belaka.

Bagi aku, untuk pergi ke Venice adalah tidak digalakkan untuk pergi seorang pasal bila kat situ pasti akan teringat orang yang tersayang, hahaha.

gambar atas ni sekolah tau, saja nak tunjuk
macam ni la jalan kat Venice, memang mudah nak sesat

Thursday, 23 April 2009

Sebulan tak post, 6 bulan sudah berlalu

Sudah sebulan tak post apa-apa. Aku agak sibuk sikit dengan study ni dengan kerja teaching assistant yang banyak. Tapi dalam sebulan lebih ni, sempat la jugak pegi Venice, Italy (city of love, maybe because a lots of gondolas there), Toulouse, France (ECIR conference, pas tu jalan2 kat Albi, Old City of Toulouse and went to Carcassonne, Old Castle maybe developed on 11th 0r 12th centuries) dan yang paling last sekali lawat Noris kat Plymouth. Aku berjalan2 ni pun pasal duit baru masuk hari tu, lambat masuk. Jadi skrang ni kena idle la sekejap sementara duit dah sikit ni dengan kerja banyak nak buat. So next destination untuk berjalan-jalan akan difikirkan kemudian bila next duit dari KPT masuk. Ok, aku letak gambar-gambar aku kat Venice, Toulouse and Plymouth kat sini. Nanti aku letak lagi gambar-gambar kat Venice, pasal kat sana la aku paling banyak ambil gambar compare dengan Toulouse dan Plymouth.

VENICE
TOULOUSE, ALBI, CARCASSONNEPLYMOUTH
Cuba teka apa yang difikirkan oleh anak Noris..haha. Tu la asik tak nak duduk kat dalam stroller tu..kan dah kena tunjuk penumbuk tu..Jangan marah aah Noris.

Monday, 16 March 2009

My Neck Hurt

Bangun pagi hari sabtu hari tu..leher (ke tengkuk??) aku sakit...huhu. Jadi macam orang cacat la sekejap..ngan nak menoleh pun sakit..dua2 tangan rasa kebas dan tak boleh nak angkat tangan tinggi. Baru jer rancang hari Khamis lepas nak jalan2 kat Grancia tapi ngan leher, tangan susah nak gerak ni..duduk rumah jer laa..sib baik hari tu tgk Liverpool lawan MU dorg menang..haha puas hati jap..ilang rasa sakit..tapi malam tuu lagi la sakit plus susah nak tido.

Hari ni dah isnin..sakit lagi tapi kat bahu kanan plak..harap2 esok dah ok. Khamis ni cuti..so dgn duit elaun pun baru je masuk (yer baru masuk, sepatutnya masuk bulan 2 hari tu..), besar betul angan2 nak berjalan..so korang ada cadangan?? venice or geneva?? erlengan (tempat ET..ET tumpang makan..hehe) or lisbon??

K la..takda gambar nak letak..pasal tak pegi mana2..klu ada jalan2 baru la aku letak gambar k.

Wednesday, 25 February 2009

Musik aku pula..

Tag dari facebook. Aku letak kat sini bagi untuk orang lain yang takder facebook baca and pasal aku dah lama tak update..k enjoy

This little game is pretty funny. Try it and have fun!!!
RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG TITLE NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Mungkin Ku Tak Bisa - Faizal Tahir
Mungkin aku tak bisa siapkan PhD on time...kehkehkeh

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Tinggal Tanda Tanya - Ella
Korang kena la kenal aku klu tak tinggal la tanda tanya aku nih camane...

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Jadikan Aku Yang Kedua - Astrid
Haha..girls yg nak jadikan aku pakwe yang kedua...mari! mari! mari!

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Gemuruh - Faizal Tahir
Memang gemuruh pasal banyak keje tak siap2...*sembunyi2 takut Fabio cari*

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
I Don't Want To Be - Gavin Degraw
Hmmm...aku tak nak jadi macam orang2 politik kat mesia tu..asik gaduh2 je..sib baik duduk sini takde kecoh2..

WHAT'S YOUR MOTTO?
Why Don't You and I - Santana ft Chad Kroeger
Hehe..why don't you and i, relek2 dulu baaa...isap2 sigup..

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Zephyr Song - Red Hot Chili Peppers
Fly away on my zephyr..I feel it more then ever..And in this perfect weather..Well find a place together..rezeki tuhan kita kongsi ramai2...

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Take A Bow - Rihanna
mesti parents aku bangga kat aku ni...hehe

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Tell Me Baby - Red Hot Chili Peppers
ini pasal rindu kat awek la ni...huhu sangat2 la kena kat aku

WHAT IS 2 + 2?
Andai Dapat Ku Undur Masa - Axl's
Lorrrr....apa kaitan 2+2 dgn masa???

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Mendung Tak Bererti Hujan - Ella
Pesanan untuk kawan2..kena translate sendiri la k

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
I Love The Whole World - Discovery Channel
Waahhh..dah jauh merantau ni..tapi kena merantau lagi..

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
The Sweet Escape - Gwen Stefani
bila dah kawin escape dari bini kot..hahaha

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Jujur Takkan Melupakanmu - Ella
btul, btul, btul...

Monday, 2 February 2009

Salji di Bulan Februari

Tiada cerita untuk diberitahu sekarang ini. Hari-hari aku di sini berlalu macam biasa saja. Pagi, pergi Uni, petang, balik rumah, berfikir apa yang perlu dimasak, malam, kalau rajin baca jurnal, kalau tak rajin, tengok movie...lepas tu tidur. Esoknya hari yang sama..bosankan...hahaha

Pagi ni aku bangun, salji turun di bulan Februari. Aku ingatkan tak mungkin ada salji lagi. Tapi kejadian Tuhan siapa yang tahu. Aku letakkan gambar yang aku ambil pagi tadi sepanjang perjalanan aku ke Uni.


Kepada siapa2 yang belum pernah melihat salji, aku berharap gambar-gambar ini dapat menggambarkan bagaimana rupa salji.