Monday, 6 June 2011

Italian Popular Gestures


If you couldn't understand the language, at least understand the gestures..

Some examples of Italian gestures at here, here, and here.

Thursday, 12 May 2011

Jam 3 pagi

Sudah jam 3 pagi. Ada dateline minggu depan. Nak apply grant COST dengan submit paper ke conference CONTEXT11. Tapi sekarang ni takda idea nak tulis apa. Minggu lepas baru siap proposal. Tadi layan movie ntah apa tajuk. Pastu layan lagu kat utube.

Pastu ntah nape google pasal upm bintulu. Dah lama tinggalkan upm bintulu. Dulu start keje tutor kat situ. Skrang ni dah sambung phd. Hanafi pun dah jadi head division kat upm bintulu. Dr. Muta Harah dah tak tau ke mana. Mungkin balik serdang. Bila terkenang balik duduk bintulu ni macam balik zaman 80-an. Tapi experiences hidup yang dapat di kaut kat sana sangat berguna.


Promotion girl at geneva motor shows. Gambar takde kena mengena dengan entry.

Tuesday, 25 January 2011

Sambil Tunggu Isyak

Ada banyak benda nak tulis tapi aku ni jenis dah malas nak menjaga blog ni. Tapi kalau tak jaga sapa suruh buka blog dulu. Dengan perasaan malasnya cuba la jugak nak update blog yang tak seberapa ni.

Skrang ni memang selalu sangat stay sampai lewat malam kat opis. Masalahnya bila balik rumah tu mula la nak baring sekejap, nak tgk tv sekejap, layan anime sekejap, sampai la dah dekat 11-12 mlm baru laa tersedar..sekejap la sangat sekejapnye kan. Sekarang ni dah jadi tekad dah, lebih baik duduk opis at least focus gak buat keje, bila terpikir nak buat benda-benda lagha, terus pikir buat apa duduk opis kalau nak buat benda-benda lagha baik duduk rumah boleh baring-baring sambil layan benda-benda lagha..kehkehkeh

Keje research alhamdulillah ada progress yang buat hati berbunga-bunga sekejap. Abis jer hujung minggu terus hati jadi tak keruan. Banyak lagi nak kena settle. Sekarang ni tengah collect data. Dah seminggu dah collect data ni untuk research. Dah tunjuk kat Fabio. Problemnye skrang ni aku belum distribute lagi application aku. So aku la sorang-sorang collect data. Sampai datanya tak lain dari aku pegi balik opis, pegi migros centro, pegi coop dekat rumah. Takde variasi. Esok, Andrea, SV kat US datang sini. Harap-harap dia okay dengan application aku ni. Kalau okay nanti bole finalize sebelum distribute kat app store.


Keje-keje bukan research banyak yang tertangguh. Hah? Tak tau keje bukan research?? ni benda keje bukan research ni..dia macam planning nak jalan-jalan tour europe ke. Melawat kawan-kawan ke kat UK ke. Tu bukan research la tu..haha. Ada gak dalam hati nak jalan-jalan tapi nak kena spend masa la pulak nak pikir nak ke mana, tempat tinggalnya, benda-benda best kat tempat nak pegi tu, klu main jalan jer bole tapi nanti jadi menyesal pulak. Pasal kat europe ni bila berjalan benda kita tengok takde lain, old city jer, so klu ada buat study sikit mungkin tau la tempat2 yang menarik tapi kurang di ketahui orang. Tapi benda ni bole tangguh dulu la. Tunggu sejuk winter ni kurang mungkin bole la plan elok pas tu.

Ni tgh berhutang gambar kat India hari tu..nanti la aku upload kat facebook. Karang nanti punya nanti terus tak teringat. isk!!

ciao ciao

Tuesday, 19 October 2010

Dah balik Lugano dah

Salam..

Aku sangat malas nak tulis blog..probably kena jadi macam Noris. Setiap hari summarize aktiviti-aktiviti yang di tempuhi kat dalam blog. Agaknya Noris bole keep everything in check tak bila tulis blog ni.

Aku tau "beliau" (klu org kampung aku, "beliau" ni maksudnya parents k) aku tu mmg baca blog aku. Tapi aku ni jer kot yang jenis jarang nak update. Ntah la. Kadang-kadang ada jer cerita, tapi mungkin sifat lelaki kot. Ada mood nak bercerita bila cerita tu cerita lawak, cerita bola yang kebanyakan lelaki rasanya dah ambil tau, atau cerita-cerita yang "tu". Sendiri paham sudah. Cerita serious2 ni, jarang la kot lelaki nak cerita kat blog. Bukan takda, tapi jarang, mungkin kadang2 atau pun mungkin sedikit jer.

Okay.

Perkembangan aku. Aku dah balik Lugano daaahhh...rumah tak kemas, keje makin banyak, time tido tak adjust lagi, makan pun tak tentu hala lagi. Tu jer la kot yang utama. Yang remeh temeh ni nanti la aku pikir. Haa baru ingat, nak kena renew permit@permesso, kalau tak jadi la aku pendatang haram kat Lugano ni.

ciao ciao

arrivederci