Monday, 11 January 2016

Seminar Trading Secret

Hari Sabtu lepas, 9/11/2016, aku menghadirkan diri ke Seminar Trading Secret. Seminar ni berkenaan pelaburan saham. Disebabkan aku nak mula melabur dalam saham aku register and kumpul sebanyak mungkin maklumat untuk persediaan diri.

Seminar ni diadakan di Kuala Lumpur, speaker dia is well known figure dan aku rasa dia ni kira expert la dalam dunia saham, ekonomi dan analisis kewangan. Orangnya sempoi dan yang paling penting, dia cuba menyampaikan ilmu saham dengan bahasa yang mudah dan senang untuk audien faham. Oh nama speaker tu Dato Dr. Nasri Khan (DDNK). So kalau google nama ni mesti jumpa since reputation dia quite good.

Banyak benda yang aku belajar dalam seminar ni. The best thing pasal seminar ni adalah audien yang boleh dikatakan above average dalam saham. So kebanyakan dorang ni dah pernah berdagang. So soalan-soalan yang audien tanya adalah soalan yang advance dan directly relevan kepada yang memang nak trade. Soalan-soalan basic tu ada, tapi tidaklah basic sangat.

Since kebanyakkan audien dah advance, DDNK pun banyak buka secret trading saham. However it is worth to note, 90% of trader akan rugi. Kuncinya adalah disiplin. Dan trade tak boleh ikut nafsu dan perasaan. Kena ada indikator-indikator yang jelas. DDNK juga menyarankan untuk cari saham-saham yang boleh homerun which is difficult. Kalau senang dah lama orang lain kaya kan.

Overall, seminar ni best. Sangat rekomen kepada orang yang nak tahu pasal saham. Tapi kena prepare sikit dengan baca pasal asas-asas saham. So takde la terpinga-pinga masuk kat seminar. Advance kelas pun ada tapi yurannya sangat-sangat mahal. Sapa yang mampu sila la register ke advance kelas. 

Aku sekarang ni masih lagi mengumpul sebanyak mungkin ilmu sebelum mula trade. Bila aku dah yakin insyaAllah aku dapat mengurangkan risiko rugi. Thanks to DDNK dan syukur kepada Allah yang menggerakkan aku untuk hadir ke seminar ini.


Wednesday, 6 January 2016

Bisnes Idea

UPDATE: aku dah set appointment dengan BC minggu depan. A kata free. We see how it will works.

Ada sorang kawan aku ni. Aku namakan dia sebagai A. A approach aku nak JV buat bisnes. 

A terangkan kat aku berkenaan idea dia. Aku dengar idea A and decide idea A ni ada potential and boleh jual. So A minta aku carikan funder atau dalam kata lain angel investor. Aku bagitau A, angel investor di Malaysia ni tak macam di luar negeri. Angel investor kat Malaysia tak invest on idea. Dorang invest on bisnes.

A tak dapat tangkap apa yang aku cakap. Dan dia still insist untuk aku cari angel investor. Aku cuma cakap aku cuba la cari tapi aku tak jamin kalau angel investor ni berminat.

Aku cuba untuk setkan appointment untuk A jumpa sorang business coach, BC. Tapi A macam tak nak jumpa BC sebab risaukan idea dia dicuri. Errrr, kalau BC tu nak curi idea rasanya idea aku dulu kot BC akan curi since aku dah kenal lama dengan BC.

Tapi takpe, nak buat bisnes ni bukan mudah. Hopefully aku dapat maneuver keadaan ni. Lagipun aku kena cuba gak convince kan si A ni untuk jumpa BC. BC may not an angel investor tapi at least BC boleh tolong kembangkan idea tu or kalau dia nampak loophole kat idea tu. 

Wish me luck, ciao ciao

Monday, 4 January 2016

Amirah 2016

Tahun 2016.

Amirah lagi beberapa hari dah masuk 3 tahun. Sekarang ni dah pandai merajuk. Suka cubit ayah. Cakap pun laju.

"cubit karang..haaa"
"ayah gi keje, umi gi keje, miyah gi rumah mak.."
"ayah nak lagu..Jaaauuuhhhhhhh"
"sikit jer..sikit jer"

Amirah makin pintar bercakap. Kadang-kadang sampai kita pun tak reti nak jawab. Geram jangan cerita.

Tapi bila pikir balik dari anak dok diam jer tak bercakap, baik lagi dia bercakap. Nak jaga anak ni banyak cabaran. Diri sendiri la kena ada kawalan. Anak bukan tau apebenda kan

Thursday, 31 December 2015

Hari terakhir 2015

Terfikir nak start balik berblog. Bukan untuk orang lain tapi lebih kepada untuk aku.

Blog untuk simpan memori aku.

Sekarang ni terlampau banyak maklumat sampai kadang-kadang tak terdaya nak simpan, hadam dan faham.

Aku ingat nak mula balik blog untuk dokumentasikan perjalanan hidup, ilmu, memori untuk anak-anak. Er anak baru sorang, insyaAllah akan bertambah.

Aku rasa banyak benda yang aku lupa especially berkaitan perkembangan Amirah anakku. Dari mengensot, merangkak, berjalan dan berlari..sekarang dah start mengayuh basikal. Dari menangis ke ketawa, sekarang asik bercakap. Laju pulak tu sampai kami sendiri tak paham

It amazing to think how fast the child can learn. Tak sangka sangat cepat dan sangat scary dan sangat amazing. Memang mencabar dan aku bersyukur dengan kurniaan Allah ini.

ciao ciao 

Monday, 12 January 2015

Happy Birthday Azra' Amirah


Happy Birthday Azra' Amirah. Dah 2 tahun dah umurnya. Satu tempoh masa yang lama tapi rasa sangat cepat berlalu. Moga menjadi anak yang solehah. Doa ayah dan ummi hanya yang terbaik untuk anakku Azra' Amirah.