Tuesday, 22 May 2018

Ramadan Kareem

Dah masuk hari ke 6 kot baru nak buat post pasal bulan puasa.

Alhamdulillah bertemu lagi bulan Ramadan tahun. Maksudnya, umurku masih panjang, aku masih punya rezeki untuk meneruskan kehidupan dan aku masih ada family untuk merayakan Ramadan bersama-sama.

Macam biasa tiba bulan puasa, petang jer pikir nak berbuka makan apa. Owh untuk 6 hari ni baru 2 kali aku pergi bazar ramadan sebab bini aku tak berselera nak makan makanan bazar. Aku pegi pun sebab nak cari kuih. Sekarang ni kami sekeluarga makan simple-simple jer sebab dah tak tau nak makan apa..hahahaha. 

Bini aku sebenarnya frustated kalau beli makan kat bazar ramadan. Nampak sedap, bau sedap sekali rasa tak sedap. Tu belum kena lagi yang dah hampir nak basi. Jadi dosa jer masa nak makan mengutuk makanan berbuka yang dah basi atau tak sedap.

Amirah pun dah start nak puasa. Takde la puasa sehari. Dapat la setengahari. Tapi sahur jam 7.30 pagi. Hahaha, pastu puasa sampai jam 3. Ok la sikit-sikit practise. Lama-lama biasala tu.

Aku pulak berazam nak turunkan berat. Sekarang ni berat aku dalam 72kg. Dalam minggu ni dah turun ke 71.3 kg. Hujung minggu lepas, lepas aku mengemas-ngemas rumah, aku test la timbang berat. Turun gi 70.6. Lepas berbuka naik balik ke 71.3. Hehe. Kena konsisten kawal makan kalau nak maintain 70.

Ni aku linkkan video youtube lagu ramadan..video lagu raya nanti tunggu nak dekat raya.



Monday, 14 May 2018

4 Hari Yang Tidak Produktif

4 hari ooo tak buat pape.

4 hari ooo mengadap TV, bangun pagi jer on TV.

4 hari ooo asik mengadap whatsapp, asik mengadap facebook.

So apa jadi dalam 4 hari ni??

Semuanya disebabkan oleh PRU14. Satu Malaysia dah tahu BN tumbang. Kerajaan Malaysia yang baru dibawah Pakatan Harapan dah dibentuk. 

Masa pengumuman keputusan PRU14, aku tidur pukul 5 pagi gara-gara menunggu siapa yang dapat bentuk kerajaan Malaysia. Esok pagi kepala jadi tak centered sebab tidur lambat sangat. Lepas tu pulak banyak kerajaan negeri yang dulunya BN pun tumbang.

Kena pulak Pakatan Harapan bagi cuti 2 hari kalau mereka menang. Lagi la jadi tak produktif.

Lepas tu nak tengok pulak siapa jadi PM. Akhirnya Tun Dr Mahathir dilantik menjadi PM.

Yang kelakarnya Sabah. Tak settle lagi sampai hari ni. Sebab Sabah satu-satunya negeri ada 2 Ketua Menteri. Kat Pahang sampai takda siapa nak jadi Menteri Besar. Boleh la kot import salah satu Ketua Menteri Sabah. Kehkehkeh.

Pikir-pikir balik memang banyak buang masa sebab memang aku tak buat kerja atau membaca benda-benda yang berilmiah. Benda yang aku baca semuanya politik. Aish macam la tukar kerjaan segalanya bertukarkan. 

Apa yang penting, kerajaan boleh bertukar tapi kalau kita sendiri tidak mengubah perangai, sikap dan habit kita, semuanya tetap kekal macam biasa. 

Ni nak masuk kerja baru la tersedar banyak benda nak kena buat. Takpa pelan-pelan kayuh janji bergerak dari tak bergerak, statik dan mengharapkan semuanya berubah. Kehkehkeh

Tuesday, 17 April 2018

Teknik Menjual Saham

Post lepas aku dah post kerugian aku dalam saham pada hari tersebut. Setelah diamati dan baca news basically market reacted kepada trade war between US and China. Hampir semua saham jatuh menjunam pada hari tu. Aku pun tak terkecuali la sampai rugi RM3K++.

Semenjak aku berjinak-jinak dengan saham selama 3 tahun ni, terus terang aku kata aku tak untung lagi. Boleh dikatakan aku untung sikit, aku rugi sikit. Sekarang ni la aku rugi banyak. Itupun lebih kepada kesilapan sendiri tak mau jual. Kenapa aku tak jual?

Ada banyak sebab. Tapi selalunya disebabkan oleh tamak dan berharap. Tamak bila harga saham tengah naik. Bila tengok chart pun ada potential nak naik. Terus buat decision untuk hold. Lepas tu berharap supaya harga saham tu terus naik. Belum cerita lagi saham yang tengah naik tiba-tiba berubah trend. Dari uptrend ke downtrend. Masa tu memang berharap patah trend ni sementara jer. Tak jual untuk meminimakan kerugian. Sekali harga turun lagi. Punah harapan.

Sekarang ni aku banyak study cara-cara untuk jual saham. Sebabnya selama 3 tahun aku trading saham, aku perasan timing dan pemilihan saham yang aku beli dah semakin tepat. Maksudnya, bila aku pilih satu-satu saham tu, boleh kata 70%-80% saham yang aku pilih tu naik. Cuma masalahnya bila dah masuk tak reti nak keluar.

Nak menjual ni pun ada banyak cara. Ada yang tetapkan berapa percent nak ambik. Ada yang tengok last resistant. Ada yang selagi tak patah trend, selagi tu la tak jual. Aku pulak tengah pikir-pikir lagi cara terbaik untuk aku jual saham. Selain dari cara-cara untuk menetapkan bila mau jual, aku juga kena consider keadaan aku yang masih fulltime bekerja. 

Kalau fully trader, setahu aku, dorang ni suka ambik percent. Dah kena percent terus keluar. Kat sini, dorang akan take profit bila dah kena. Yang tak bestnya kena selalu kaji dan cari potential saham. Kenapa tak best?? Kebarangkalian untuk untung dah 50-50. Kena ingat bukan tiap kali beli saham akan dapat untung. Bak kata guru saham aku, saham ni rugi jer pasti, untung belum tentu. 

Aku masih belum lagi jumpa cara yang sesuai dengan aku. Sekarang ni aku lebih banyak explore cara-cara yang digunakan oleh orang lain untuk aku sesuaikan dengan keadaan aku. Aku pernah terpikir untuk jual based on percent tapi bila beli saham lain, rugi la pulak. Pasal tu la aku kena adjust. Doakan la aku jumpa jalannya.


Wednesday, 4 April 2018

The day I lost RM3000


Hari ni aku lost almost RM 3000.

Semua kaunter saham aku masuk minggu lepas dengan bulan lepas mematahkan trend menaik.

Aku punya guess disebabkan bakal berlaku pembubaran parlimen dan pilihanraya umum ke 14.

So kena stop dulu trade saham dan tunggu la selepas pilihanraya.

Buat masa ni kena lebihkan study kaunter-kaunter berpotensi untuk naik selepas pilihanraya.

Noted to myself:

Kalau market tak menentu tak payah nak trade. Tengok kat tepi jer. Saham ni sentiasa ada.

Tuesday, 3 April 2018

Didi & Friends lagi


Lupa pulak hari tu ada ambik gambar. So letak jer la gambar kat sini. 

Amirah happy dapat tengok Didi & Friends

Amirah tengah mengeja

Saaaayyyaaaaaagg Didiiiiii!!!!

Dapat jumpa Nana

Peace yo Didi
Peter Rabbit garu kepala Amirah