Thursday, 23 May 2019

Persiapan Raya 2019

Tajuk macam best jer kan persiapan raya.

Tau tak abis sakit badan ni berjalan 3 hari berturut-turut semata-mata nak memenuhi persiapan raya tahun ni.

Al kisahnya company bagi bonus setengah bulan gaji kat aku. Kebetulan pulak raya tahun ni adik ipar aku nak melangsungkan perkahwinan. Jadi bini aku dah plan dah, raya pertama pakai baju warna begini, time nikah pakai baju warna macam ni, time kenduri pakai baju warna sekian-sekian. Aku tak masuk campur sebab ni semua kerja-kerja orang perempuan. Orang lelaki janji semua benda settle. Tak nak pening-pening.

Yang tak nak pening-pening tu masa hari kejadian. Ni sebelum hari kejadian memang pening jugak wei. Nak dijadikan cerita awal minggu ni ada cuti wesak hari isnin dan cuti Nuzul Quran hari rabu. Aku pun apply cuti hari selasa so dapat la bercuti 5 hari dari hari sabtu sampai hari rabu. Hari sabtu family belah bini datang rumah nak buka puasa ramai-ramai. Hari ahad sibuk kemas rumah.

Hari isnin dah start cari barang persiapan raya. Dari Jakel sampai ke IOI Mall. Abis satu hari tapi tak  abis beli lagi.

Hari selasa pegi Aeon Cheras Selatan. Abis gak sehari berjalan. Barang sikit lagi nak complete tapi kisahnya belum lengkap lagi. Ada lagi tak settle.

Hari rabu pegi Alamanda. Sambil-sambil cari barang nak beli barang dapur juga. Akhirnya barang raya dah complete untuk anak-anak. Untuk aku tak settle lagi. Haha. Aku ingat nak beli songkok tapi terlupa nak cari. Kalau tak sempat aku pakai jer songkok lama. Settle.

Hari khamis, masuk kerja malas nak pikir dah pasal persiapan raya. Kalau takde yang baru kita pakai jer yang lama. Haha. Janji raya!!!

Monday, 6 May 2019

Ramadhan Kareem 2019

Assalamualaikum..

Puasa tahun ni jatuh pada hari Isnin 6/5/2019. Mesti tak best sebab start pada awal minggu. Tapi best tak best pun kena la puasa sebab suruhan Allah.

Nak cerita aku sakit perut sejak dari petang Jumaat sampai la hari pertama puasa. Average sehari masuk tandas dalam 6 kali. Ni average eh. Nak baring tak selesa, nak tidur tak dapat, nak buat kerja jadi serba tak kena. Sib baik perut ni tak rasa pedih. Yang sakit sangat ni dua belah bahu. Macam baru lepas bawa barang berat. Sakit ya amaaat. Nak angkat tangan pun tak boleh.

Amirah pun bangun sahur pagi tadi. Katanya nak puasa. Aku pun suruh puasa kalau tak tahan baru la buka puasa. Harap-harap tahan la dia. Kalau ramai kawan-kawan dia puasa tahan la dia tu. Kalau dia sorang jer puasa, setengah hari jer la puasa dia.

Aku ucapkan Selamat Berpuasa, Salam Ramadan, dan Selamat Membuat Persiapan Raya. Nak letak video lagu tapi lagu sama juga la aku dengar tiap kali masuk bulan ramadan.

Tuesday, 9 April 2019

Fokus dan Konsisten

Yiii hoooooo

Gila lama tak blog. Aku ni pun terbuai dengan keadaan semasa sampai tak sedar masa berjalan macam tu jer. Silap sendiri tak keep track dan tak pantau perjalanan hidup.

Sekarang ni aku sangat susah nak fokus dan aku rasa aku ada deficit attention. Maksudnya attention aku tu sekejap2 jer kat satu benda lepas tu melompat buat kerja lain. Aku terasa benda ni dalam 2-3 minggu lepas. This explain kenapa aku tak berblog. Padahal aku ada jer siapkan beberapa draf untuk aku post.

Lagi satu benda yang susah aku nak cuba capai adalah konsisten. Hari tu dah ok aku dah boleh konsisten. Sekarang ni sebab payah nak fokus, hasilnya aku tak konsisten buat satu2 benda. Ada banyak benda bermain kat otak ni. Ni la padah kalau layan sangat.

One of the reason aku berblog adalah untuk aku keep track benda yang aku buat at least 1 posting per 2 weeks. Tak kisah la posting tu pasal apa yang penting it can be a tool where aku boleh tau apa benda yang aku buat. Takde la rasa masa abis begitu jer. Ni dah sebulan aku rasa macam back to square one. Kejap buat ni pastu lompat buat benda lain pastu lompat lagi buat keje lain last-last lompat balik buat kerja yang awal tadi. Pusing-pusing. Hahahaha

Aku pun dah tanamkan niat nak fokus dan konsisten. Aku pikir aku kena buat strategi supaya boleh fokus dan konsisten. Mudah-mudahan aku boleh buat ni. Mohon doa kalian.

Aqilah yang fokus dan konsisten gigit mainan

Wednesday, 6 March 2019

Beijing, China: Work Discussion















......

Tengok gambar jer la. Banyak sangat benda nak kena buat.

Thursday, 21 February 2019

Beijing, China: Travelling

Hari travel ke China telah tiba. Aku pergi berdua, dengan Amir. Dia incharge bahagian sales dan aku bahagian teknikal. Then sebelum pergi, communication dengan company representative pun Amir yang banyak communicate. Dia dah biasa jadi frontier. Aku kalau hal-hal communicate ni malas sikit sebab aku ni introvert. So kalau takde option baru la aku ke depan. Hahaha.

Bagus gak pegi berdua ni. Bukan tak boleh buat seorang tapi aku bila berdua ni takde la mati kutu. Lepas tu aku boleh fokus kat teknikal and Amir boleh fokus if the things can be sold in Malaysia. Kalau aku sorang jer yang pergi pastu sorang-sorang kena pikir sakit gak wei.


Travel ke China ni company tanggung. Flight ticket dengan hotel dorang yang cari. Kami tinggal pack barang, naik flight. Sampai sana tadah telinga, isi kat dalam kepada semua info, tanya mana yang tak paham pastu bawa balik semua info ke Malaysia then present ke CEO. Heh



Ambik gambar depan kapal Airasia
Aku jangkakan flight ni tak penuh. Sekali silap la. Penuh dengan pelancong China. Dorang ni memang berduit kot. Tapi yang peliknya dorang ni tapau makanan naik flight. Aku pun pelik bukan ke tak boleh bawa makanan naik flight. Sangka baik mungkin makanan dalam flight tak kena selera dorang kot. Tak pun sebab portion makanan dalam flight tu sikit. Portion makanan dorang memang besar lebih kurang sama dengan portion makanan orang USA.

Sampai jer kat Beijing dah jam 1 pagi. Ohh takde beza masa dengan Malaysia, so kalau jam 1 kat Beijing, jam 1 jugak la kat Malaysia. Pastu mencari orang yang pickup kami pun dekat sejam sebab tak kenal sapa yang representative hire untuk pickup kami. Dia ada tulis nama cuma tulisan Mandarin lagi besar dari tulisan alphabet. So memang tak nampak.

Depan hotel Jin Jiang kalau tak silap nama

Keluar jer dari airport, mak aaaaai...punya la sejuk. Tak sempat nak cek suhu. Dalam perjalanan nak ke hotel tu lebih kurang dalam jam 2 ke 3 pagi, aku perasan ada lagi orang buat food delivery, orang yang kutip kotak-kotak. Dalam fikiran aku, gila la dah la pagi, sejuk pulak tu. Tahan pulak dorang ni naik basikal, naik motor dalam sejuk-sejuk ni. Kalau naik kereta boleh tahan lagi sejuknya.

Sampai jer hotel dalam jam 3, terus tidur. Esoknya meeting start jam 2 pagi. 

Ok berhenti dulu. Bersambung lain kali