Thursday, 7 January 2021

Happy New Year 2021

New Year yang paling rare sebab Covid. Tak pegi mana-mana, takde konsert kat tv. Duduk rumah sepanjang hari. Rest sampai dah tak tau nak buat apa. Nak berjalan pun risau sebab covid ni.

Sempat juga la gi tengok rumah kami yang baru siap tu. Dapat kunci beberapa hari lepas. Hujung minggu tu tengok rumah, bawa anak-anak sekali. Sambil-sambil pikir lepas ni kena buat apa untuk rumah tu, nak beli apa, nak renovate apa. Nasib baik la ada juga kontraktor buat showhouse. So abis masa cari idea nak design rumah camne. Ni nanti aku try la update apa yang aku dan bini aku nak buat kat rumah kami ni.

Untuk tahun baru ni, aku harap aku jadi rajin untuk menulis semula. Bila tak menulis ni, lama-lama jadi makin malas. Yang ruginya aku sebab tak dapat imbau balik kenangan. Tak pun aku tak dapat nak cari balik perkara-perkara yang aku dah pernah buat. Menulis ni untuk aku simpan rekod. Macam sekarang ni semua solution step database aku tulis. Senang aku nak rujuk semula. Lagi-lagi aku perasan, problem pada database ni selalu berulang. Jadi bila aku tulis, aku senang cari balik solution tu.

Covid ni aku harap semoga reda jangkitannya. Paling tidak pun terkawal. Sekarang ni hari-hari angka jangkitan baru dalam seribu ke atas. Jangkitan baru dalam 2000 tu dah macam biasa. Orang ramai pun macam dah lali. Semua dah macam tak ambik peduli. Tambahan pulak orang politik asik nak bercakar jer nak buat pilihanraya cepat sebab kerajaan sekarang ni majoriti tipis. Start naik angka jangkitan baru ni pun sebab pilihanraya negeri Sabah hari tu sebab orang politik sibuk berkempen jumpa orang merata. Sampai ke sudah tak surut-surut angka tu. Politik ni sampai orang dah muak nak dengar berita.

Harap-harap vaksin covid yang dah dicipta tu mampu mengawal covid ni. Bukan apa, sekurang-kurangnya dapat la menghindari diri dan keluarga terutama anak-anak. Tak dapat bayang camne budak kecil kena masuk hospital pastu takde keluarga yang teman. Kalau dah besar ni ada juga la benda boleh buat, paling tidak pun main handphone. Kalau budak kecik umur tak sampai 5-6 tahun, apa lagi yang dorang boleh buat kecuali bermain. Sebab tu la aku berdoa semoga covid ni dapat dikawal. Paling tidak pun, harap-harap dengan vaksin covid ni kita tak la terlalu risau pasal anak-anak.

Duduk rumah jer la belajar makeup


Sunday, 6 December 2020

Lemau dan Malas

Sejak kerja kat tempat baru ni, aku perasan aku macam dah jadi pemalas dan selalu rasa lemau. Maybe sebab kerja aku sekarang ni kat data center, banyak mengadap server dengan laptop jer. Bila balik rumah kalau buka laptop mesti automatik terus remote ke server nak tengok status. Kena pastikan server dengan DB in order dan boleh akses. Kalau server dengan DB tak boleh akses, memang menjerit la users tak dapat nak buat kerja.

Or maybe juga sebab tempat kerja aku ni jauh. So driving pegi balik kerja dah makan masa sejam pergi kerja, sejam balik kerja. Abis masa kat jalan raya. Jadi bila balik rumah jadi lemau semacam. Cuma bila aku buka laptop, ada jer la benda yang aku kena cek. Cuma nak start buka laptop tu je yang jadi masalah. Malas betul.

Sempena nak tahun baru ni. Aku kena start ubah habit ni. Kena rajin buka laptop tapi kena limit masa untuk check kerja-kerja server tu. Buka laptop untuk aku start baca e-book, start update knowledge aku pasal benda-benda lain. Hari ni aku buka laptop, pastu check stock. Banyak betul peluang yang aku terlepas sebab aku malas nak monitor stock. Padahal stock tu dah dalam watchlist aku. Kurang-kurang pun 10-15% aku dapat untuk stock tu.

Tapi benda dah jadi, aku tak boleh nak undur masa pun. Kena pandang ke depan. Jadi aku kena betulkan balik habit aku ni. Dulu sempat jer nak monitor. Skrang ni jer malas. Blog ni pun, bukan aku takde idea nak buat posting, tapi sebab malas. Jadi malas nak post. Aih kena start rajin balik ni. 


Malas nak edit. Tapi ni yang aku rasa. Asik buat kerja sampai tak ingat ada lagi benda lain yang aku perlu beri perhatian.

Monday, 26 October 2020

Tukar HDD ke SSD

Laptop Lenovo Z480 ni kalau tak silap aku usianya dah 7 tahun. Mungkin lebih. Pakai dah lama laptop ni. Yang aku ingat aku beli laptop ni sebab laptop lama motherboard rosak. Ingatkan nak ganti jer motherboard. Sekali harga lebih kurang beli laptop baru. Cancel la beli motherboard. Beli laptop ni.

Sejak 2-3 minggu ni, laptop ni dah start ada problem slow dan hang. Aku pulak jenis jarang shutdown laptop. Selalunya aku hibernate. So bila on balik laptop semua kerja-kerja tak hilang. Takde la nak pikir eh semalam aku buat apa eh. Ni stail on jer laptop terus buat kerja. Kononnya la kan. Jadi beberapa minggu ni, aku perasan laptop ni kalau nak on jer slow. Pastu disk selalu 100% usage. Tak tau la sebab apa jadi macam tu.

Aku try juga goggle nape jadi 100% disk usage. Tak jumpa root cause. Cuma bagi tips cara nak selesaikan masalah 100% disk usage ni. Segala macam aku buat sama jugak. Baiknya sekejap jer. Lepas tu bila shutdown, on laptop balik, jadi semula. Bila hibernate ke sleep ke sama jugak jugak. Last-last kemuncaknya 3 hari lepas. Pagi tu dapat on laptop, masuk tengahari laptop freeze. Petang tu dah ok, aku decide, kerja dah settle kena shutdown laptop. Esoknya nak on laptop, dari pagi sampai petang tak boleh on stuck kat bootup. 

Aku dah start nak stress dah ni. Mulut pun dah start membebel. Iya la buang masa jer kerja tak boleh buat. Bini pun dah tegur, suggest suruh beli baru. Huuu banyak betul duit aku. Terpikir gak nak tukar baru dah laptop pun lama. Aku tanya la kawan-kawan spec laptop sekarang dengan harga. Sib baik la ada kawan ni nasihat try tukar harddisk dari HDD ke SSD dulu. Kalau problem tak solve baru beli laptop baru.

Since aku nak cepat, kalau beli online kena tunggu 3-4 hari jugak baru sampai, aku surver harga kat kedai computer. Mahal gak dorang quote untuk 480gb lebih Rm500. Aku bgtau kat kawan aku, dia cakap mahal sangat tu. Pastu dia tolong carikan SSD. Nasib aku baik ada kawan dia nak jual secondhand sebab performance laptop dia tak improve pun lepas tukar SSD. Aku ok jer sebab nak pakai laptop, ni kerja banyak nak buat ni. Kawan aku ni tolong pasang kat laptop lama, mudah jer caranya. Cabut HDD lama tu, masuk jer SSD kat slot HDD tu. Pastu install la window. Installer windows skrang ni free untuk home edition. Untuk Office kena cari la. Kat Shopee ramai jer yang jual. Aku pun tak beli lagi Office.

Setakat ni aku pakai SSD memang puas hati. Laju la nak restart laptop. Kalau dulu dekat 10 minit gak nak tunggu restart lepas hibernate. Pada aku janji boleh buat kerja dengan tenang. Kalau ada rezeki lebih baru la aku tukar ke laptop yang fancy-fancy sikit. Priority nak ringan dan mudah dibawa. Sebab laptap aku sekarang ni terasa dah berat kalau nak pikul. Tapi selagi boleh guna aku, aku pakai jer la sampai lusuh.

Owh, HDD lama tu jangan buang. Boleh jadikan external harddisk. Beli jer casing external hardisk, boleh la simpan data-data lama dalam tu. Ni pun aku tak buat lagi. Hardisk lama pun tak abis guna. Berabuk jer kat rak.


Monday, 5 October 2020

Balik Kampung + Cuti time Covid19

16 September hari tu bini aku cadang balik KK. Aku ni pulak sebenarnya malas nak pegi mana-mana time Covid ni. Tapi bila pikir-pikir balik dah lama tak balik KK tengok mak ayah aku, aku pun ok kan jer la. Jadi balik la kami satu family ke KK. Masa nak balik KK ni time tu Covid kes tak tinggi. Jadi takde la rasa risau sangat. Kalau sekarang ni, nak ke shopping mall pun risau wei.

Cuma kali ni balik KK, bini aku request ni nak jalan-jalan gi Kundasang. Aku cakap kalau nak ke Kundasang tak best pergi balik hari. Kena bermalam baru best. Bini aku bagitau dia ni nama jer kawin dengan orang Sabah, ambik gambar latar belakang gunung Kinabalu pun tak pernah. Haha. Iya la aku kalau balik KK, bukan berjalan mana-mana. Balik kampung, lawat saudara mara. Orang lain datang Sabah memang bercuti.

So kali ni trip balik KK, mindset aku bercuti. Malas nak pikir isu-isu di kampung. Aku ajak mak ayah aku gi Kundasang. Adik aku satu family join sekali. Abang-abang aku tak dapat ikut sebab tak sempat apply cuti. 


Aqilah paling happy sebab dia baru paham naik flight. Dulu masa naik flight dia kecik lagi tak tau pape. Amirah memang lagi happy la lagi-lagi dalam flight ada movie. Hari ni sampai KK, esoknya pegi Kundasang.
Selalu lupa nak buka mask

Kawan-kawan ingat aku kat UK, tak pun NZ..haha

Dapat la gambar dengan Gunung Kinabalu

Nenek dan Aqilah

Sebenarnya tak boleh makan, tapi aku tak nak nampak signboard.

Masa naik ke Kundasang tu alhamdulillah jalan semua clear. Maybe sebab bukan time cuti sekolah. Lepas tu tak ramai yang bercuti. Kereta tak banyak, lori pun tak banyak. Drive pun tenang-tenang jer. Boleh la sambil drive sambil menikmati view yang ada. Malam kat chalet tu sambil bakar-bakar lauk, sambil sembang-sembang dengan family. Yang kelakarnya, aku lupa bawa arang, ingatkan dah ada dalam kereta abang aku. Rupanya yang dalam kereta tu plastik isi baja. Nasib baik la ada kayu-kayu orang buang, kena pulak ada orang buang wiper kereta. Jadi aku dengan ipar aku kutip kayu, wiper kereta jadi starter api. Nasib baik la menyala nak buat bakar lauk dengan pemanas badan. Kundasang sejuk wei. Aku tak bawa baju sejuk ingatkan champion konon dulu duduk Lugano releks jer tahan sejuk. Haaa kau sib baik la boleh bakar lauk, lepas bakar-bakar jadi unggun api sambil-sambil minum kopi hisap rokok.

Esok awal-awal pagi dah ajak bini tengok gunung. Dah bini aku nak tangkap gambar dengan gunung Kinabalu. Kita sebagai suami tunaikan la permintaan bini. Hehehe
Dalam jam 6 pagi. Sejuk wei

Ni dah dekat jam 7 pagi. Clearla sikit gunung Kinabalu tu

Pintu masuk chalet. Chalet kami kat belakang lagi

Tenang dan relaxing

Anak dah bangun suruh dia lompat ambik gambar

Tinggi ni jer la pun dorang lompat

Since kami ni pun nak relaxing, bukan nak shopping. So lebih kurang dalam jam 11 pagi tu kami pun balik. Singgah la sekejap kat bawah Mesilau tu. Bini request lagi nak ambik gambar. Layankan ajer.

Amirah cakap silau tak boleh buka mata

Aqilah dah mengantuk

Boleh la jadi kenangan. Nanti datang lagi

Esoknya pulak, family kami dengan saudara mara yang sempat picnic kat Likas stail pot luck. Masing-masing bawa makanan. Sekali berkumpul sampai aku tak tau nak makan apa. Banyak sangat makanan. Tak teringat nak ambik gambar tapi hampir semua ada. Dapat la berjumpa walau sekejap. Boleh la bertanya-tanya khabar. Cuma yang tak best, pantai kat Likas tak bole mandi. Sampah banyak. Air pun kotor. Last-last tengahari tu aku bawa anak aku pegi Tanjung Aru. Sebab dah janji nak bawa dorang mandi pantai. Nak kau, malam tu Aqilah start demam sebab main kat pantai time tengahari.

Aku dah risau dah. Esoknya dah nak balik ni. Karang kena cek suhu confirm tak dapat naik flight. Aku bagitau bini nak bawa pegi klinik. Bini pulak cakap karang kena swab test lagi la tak dapat naik flight sebab kena tunggu result. Ahhh sudah. Tanya abang aku kalau dia ada simpan ubat demam untuk baby. Aku bagi makan ubat demam. Esoknya sebelum pegi airport pun bagi lagi ubat demam.

Kat pintu masuk airport ada scanner suhu. Rasanya kalau kena scan memang tak lepas la. Nasib baik budak dia tak scan. Pastu aku try pakai scan suhu tembak kat dahi macam yang ada kat kedai. Alhamdulillah suhu Aqilah masih ok belum masuk kategori demam. Dapat la naik flight. Dan selamat sampai kat KLIA.

Seminggu selepas kami balik, disebabkan pilihanraya negeri, kes Covid naik banyak. Kami ni pulak sebab tak pergi tempat red zone takde la buat kuarantin. Tapi kat opis bini dah start kecoh-kecoh suruh kuarantin dengan buat swab test. So nak tak nak memang kena buat. Aku dah seminggu kuarantin. Bila MKN bagitahu kalau result swab negatif tak payah kuarantin, baru la lega. Esok dah boleh masuk ofis dah.

Cuak jugak wei, mana la tau kan. Cuma kena sentiasa berwaspada la. Lagi-lagi bila kes dah tak banyak hari tu semua orang dah leka. Aku pun kadang-kadang lupa nak pakai mask bila nak pegi kedai. Skrang ni kena la selalu pakai mask dengan cuci tangan.

Saturday, 1 August 2020

Adaptation

Yoossshhhhhh.

Tak sedar dah 2 bulan tak update. Actually bukan aku tak nak update tapi masih lagi dalam fasa adapting dengan tempat kerja baru. Bulan 6 hari tu aku decide tak nak blog sebab aku tak nak la pulak tertulis perkara-perkara yang elok berkenaan company lama. Masuk bulan 7 pulak, aku baru nak cari rentak berkerja kat company baru. So masih lagi adapting dengan suasana baru, job scope baru, job position pun baru.

Anyway for the record, aku tinggalkan tempat kerja lama akhir bulan 6. Aku tender notis berhenti kerja and buat work transfer kepada orang lain. Sejujurnya, orang yang akan tanggung kerja aku tu sangat la junior. Aku pun tak pasti sama ada dia boleh cope dengan kerja yang aku bagi kat dia. 

Kenapa aku berhenti kerja kat BIT Group? Ada dua sebab, satu masa aku mula-mula masuk BIT, aku dah set kat kepala untuk tidak lama kat company ni. Aku bagi tempoh 3 tahun dan lepas tu aku kena cari kerja lain. Kenapa aku set macam tu? Sebab aku tak nak masuk dalam situasi zone selesa. Bila dah masuk zone selesa aku tau aku akan lemau nak cari kerja lain dan jadi 'berat' untuk berhijrah. 

Kedua, sebab gaji sudah tidak seiring dengan kerja. Aku dah 3 tahun kat BIT tapi gaji masih sama cuma kerja dah berbeza. Masa awal masuk dulu aku cuma programmer, lepas tu jadi lead developer, lepas tu terakhir jadi data engineer. Pindah department pun banyak kali dari Manage Service, ke Transformation Innovation, ke Yobiyotadata ke BIT Digital. Scope kerja pun berubah dari buat programming jer ke level management. Kiranya tugas dan tanggungjawab dah besar tapi gaji tetap sama.

So aku decided untuk berhijrah ke tempat lain. Dapat 2 offer, satu GLC tapi terms dia pelik sikit sebab offer tu bukan direct kerja under GLC. Kira macam pekerja yang dikontrakkan dari company lain. Senang cerita, bila GLC ni perlukan orang, dia akan contact company yang pembekal pekerja dan company ni akan contact aku. So untuk payment, aku akan invois company pembekal pekerja yang dapat contact dari GLC ni. Payment tu pulak tak semuanya ditransfer jadi gaji aku sebab dalam payment tu jugak aku kena asingkan untuk 'cost of running business'. Problemnya, offer GLC ni even dapat payment tinggi tapi tak sustain sebab based on project. Satu project dalam beberapa bulan jer lepas tu ada gap dalam sebulan dua sebelum ada project baru.

Offer yang kedua, dari company system integration macam BIT juga, banyak main tender gomen. Aku accept offer yang kedua ni sebab yang GLC tu takde khabar berita semenjak ada wabak covid dengan harga minyak jatuh. Lepas aku dah accept offer yang kedua ni, tetiba baru la orang GLC ni contact aku bgtau project akan start. Aku terpaksala tolak sebab aku ingatkan tak jadi dah. Dalam kepala masa tu aku betul2 fikir GLC ni mesti nak kurangkan spending so project tu mesti GLC tu put on hold. Takpela bukan rezeki aku kat situ. Adalah hikmahnya tu.

Sekarang ni aku dah sebulan kat company baru. Kerja sebagai DBA. Jauh lari dari bidang position yang aku pernah kerja dulu. So aku masih lagi adapting dengan kerja sebagai DBA ni. Thanks kepada kawan aku Farid yang jadi tempat rujukan aku. Yalah aku bukan pernah jadi DBA, dulu masa jadi programmer pun paling kuat aku godek database jer tu pun sebab nak designkan database dengan nak buat query supaya dapat keluar result. Ni bila dah jadi DBA ni, scope kerja nya lain. Tapi aku tried my best la untuk learn. Kelebihan orang lama macam aku ni, yang aku perasan, aku ada logik tapi aku kurang tahu cara execute. Nasib baik ada google.

Maybe lepas ni updates aku lebih kepada cara-cara nak configure dan maintain db. Haha alang-alang aku tulis, boleh jadi rujukan aku nanti benda aku dah buat senang sikit aku kalau jumpa balik masalah sama. Jadi, aku masih lagi adapting dengan kerja baru ni. So far stress la sikit sebab banyak sangat benda yang baru aku nak tau. Lepas tu aku pulak kurang latihan praktikal dan server pun server production dengan staging. Silap configuration terus tak dapat access db. Terus jadi iklan, "anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?" heeeee