Friday, 11 December 2009

Baru Aku Tahu

Salam.

Hari rabu lepas (9/12/09), kawan aku orang malaysia yang paling awal belajar di Lugano ni pegi berviva atau dalam kata lain "mempertahankan" thesis. Aku sebagai orang malaysia pun hadir memberikan sokongan moral supaya supervisornya takut nak tanya soklan (aku tipu je ni).

Yang menariknya, kawan lelaki kepada kawanku ni dah siap-siap bawa bunga bagi kat kawanku sebelum dia masuk viva. Jadi aku dengan penuh rasa ingin tahu bertanya la kat kawan lelaki kawanku ni. Aku tanya kenapa bagi bunga awal-awal, kan belum tentu lulus. Kemudian dia balas (tapi aku translate ke bahasa melayu la ek)," Kalau di Italy bila dah kena panggil viva tu maksudnya dah lulus, sebab kalau supervisor tak nak bagi lulus dia tak bagi pergi viva".

Aku balas, "tapi kalau di Malaysia, kalau pergi viva tak tentu lulus.." belum sempat aku sambung dia balas balik,

"tapi kalau benda tu jadi di Italy, dah lama supervisor tu mati....".

Oooh. Aku angguk paham.

ciao ciao, arridiverci.

Wednesday, 18 November 2009

Pokok Musim Luruh

Salam,

Sebenarnya dah lama nak letak post pasal pokok musim luruh ni, tapi sibuk dengan benda-benda studies. Lagipun aku ambik course semester ni berkenaan HCI tapi lebih kepada seminar. Maksudnya; student kena cari tajuk berkenaan ngan HCI, cari relevant information, pastu tulis satu paper berkenaan tajuk tu. So end of semester nanti akan ada presentation pasal topic masing-masing. So course ni ambik masa kat nak cari information dan baca paper-paper tu, ngan nak menulis, dan kena review paper-paper student lain yang ambik course tu. Tapi, dapat la aku belajar macamana nak review paper dan macamana selalunya conference hebat-hebat review paper untuk conference tu. Okay, dah cukup dah alasan sibuk, so mari kita tengok pokok-pokok musim luruh.


Ini dalam perjalanan balik dari uni selepas beli ayam halal. Hujan masa ambik gambar ni tapi pasal sidewalk tu penuh daun gugur, aku ambik je la gambar pasal esok dah kena sapu semua ni.


Kalau time autumn ni, hampir semua pokok akan luruh daunnye kecuali pokok iklan salem and hedges zaman aku kecik-kecik dulu.


Tanda-tanda dah nak masuk autumn: sila lihat pada daun pokok, kalau kuning hampir nak autumn, kalau merah dah autumn..hehe rekaan je ni.


Kalau pokok tu ada daun warna merah dan warna kuning, pokok tu pokok takda jam. Pokok tu tak tau dah masuk autumn ke belum :P


Penuh daun-daun macam ni kat taman permainan kanak-kanak. Macam tengok lantai orang kawin gaya perhiasan raja-raja..heh


Pemandangan dari tingkat 5 depan pintu rumah aku. Dah ada snow dah kat puncak gunung tu tapi kalau tengok real nampak dekat je gunung-gunung tu.


Itu la gambarnya. Tak banyak pasal time autumn ni bagi orang kita bole diibaratkan seperti musm tengkujuh pasal hampir tiap-tiap hari hujan, dengan cuaca mendung sampai matahari pun tak nampak bersinar. Tapi kalau kat UK lagi teruk kot mendungnya. So bersyukur la aku dapat duduk kat negeri orang yang mataharinya masih bersinar selang 4-5 hari time antumn ni.

ciao ciao..bourna giornata

Monday, 16 November 2009

Kotak Kiriman dari Keluarga

Salam,

3 bulan lepas, keluarga aku ada menghantar bekalan makanan dari Malaysia ke sini. Di negara orang puteh ni tak banyak pilihan makanan so mak aku pun kesian dan hantar la serba sedikit serbuk-serbuk masakan dan paling utama adalah maggi. So mari kita lihat apa yang ada dalam kotak ini sampai mengambil masa sampai 3 bulan untuk sampai ke tangan aku di Lugano, Switzerland.

Inilah kotaknya setelah 3 bulan dalam perlayaran

Kotak dari pandangan atas. Takde sebarang kerosakan walaupun dah berlayar selama 3 bulan.

Aha..ada sedikit lubang di situ..camne nak claim kat dorg ni? :P

Setelah kertas kuning untuk mencantikkan kotak di buka..sama je rupanya macam kotak lain :D

Di dalam kotak ada plastik..untuk keselamatan diri, kata aziz satar hehe. Ini supaya dalam kotak tak basah kalau kena air, jadi ini plastik untuk keselamatan makanan.

buka la baru tau apa kat dalam. Buka laa

Ada note untuk aku. Tulisannya berbunyi "al kisahhhhh, al kisah kotak ini seberat 15 kilogram.."

Ini la dia isi dalam kotak. Cuba teka apa lagi yang ada dalam kotak itu. Hadiahnya adalah lawatan ke bangunan baru FSKTM!! :D

Ikan bilis yang takde dijual di sini. Masalahnya aku tak tau nak masak apa pakai ikan bilis..hehe

Kurma konon-kononnya berharap kotak ni sampai sebelum hari raya..tapi tidak kesampaian :(

Amplang, keropok sabah yang sedap dan bikin lidah gatal. Cantik sudah dia punya bungkusan. Siapa2 mau cuba contact aku. :)

Satu-satunya teh pekat dari sabah. Di sini, teh ada macam2 tapi semua tak pekat so tak rasa teh tapi rasa gula je lebih

Ketibaan kotak ini aku sambut dengan gembira sambil berpeluh2 mengangkut dari pos opis ke rumah dalam musim nak sejuk ni. Aku terpikir kotak ni hancur pasal dah dekat 2 bulan lebih tak sampai2. Aku pun putus harapan dah bila pikir kotak ni mesti dah takde rupa. Tapi aku silap bila dapat kotak ni. So lepas ni bole la hantar pakai laluan air yang lebih murah dari udara.

ciao ciao, bourna giornata...

Monday, 19 October 2009

Hari Mengutip Barang

Salam..

Hari tu aku pegi mengutip barang-barang yang dibuang oleh tuan-tuannya yang dah tak nak kat barang-barang tersebut. Banyak juga benda yang dorang buang sampaikan membukit kat tempat sampah tu (Kat sini efficient, tong sampah takde kat depan rumah, 3-4 jenis tong sampah, kongsi ramai2). Mula2 tu tak perasan bole ambik. Takut seh karang dorang tangkap kata "these things is not for youuuu, it's for Ahmad Albaaabbb", ceh terlawak la pulak padahal dorang tak reti pun cakap english.

Sepanjang aku mengutip benda-benda tu dari jam 11 sampai jam 1 pagi, dengan sejuknya, dengan aku lupa nak pakai cap tutup telinga, banyak jugak la benda aku ambik. Since rumah aku kecik berbaloi la dengan benda yang aku pigi cilok tu. Jadi aku ambik, meja ada roda satu tapi papannye kecik so aku ambik papan yang panjang sikit so bole buat meja study. Dah ambik meja tu kena la ambik kerusi kan, so kerusi aku cilok dua, pasal nak ukur dulu selesa ke nak duduk. Karang duduk macam kat kerusi meja makan aku. Sakit bontot wehhhh duduk kerusi besi kusyen dah nipis.


Kedudukan meja yang aku letak berhampiran dengan katil dan bole tengok tv sambil buat kerja

Lagi yang aku ambik, rak kasut, ngan jemuran baju yang portable tu. Barang2 tu elok lagi cuma jemuran baju tu dah berkarat. Rak kasut tu dah buruk la tapi jenis plastik takpe laaa. Janji bole letak kasut dan jimat space.


Meja dan kerusi yang berjaya dicilok sebelum orang lain cilok.

Bila tengok barang2 yang dorang buang tu rasa mcm nak ambik semua. Dorang buang TV yang lama, besar samapi 30 inci tapi gedabak la sebab bukan flat screen. Lagi dorang buang rangka basikal, aku ingatkan nak ambik tapi disebabkan kat sini upah nak baiki sebarang benda amat mahal better tak payah la. Karang bikin penat mengangkat jer pastu tersimpan kat dalam rumah. Dah la aku pun takde masa nak buat sendiri. So kebanyakan benda yang dorang buang tu kebanyakkannya masih bole guna tapi kena baiki la sedikit. Sampai vaccuum machine tu tak taula berapa banyak yang aku jumpa.


Rak kayu tu aku nak tunjuk..bukan rice cooker tu atau kettle masak air tu

Di sini, hanya ada dua hari jer masa untuk dorang buang semua barang yang dorang dah tak nak. Satu masa awal summer ngan satu lagi akhir summer. Kawan aku cakap hari tu time awal summer lagi banyak barang yang dorang buang. Jadi aku mengharap summer tahun depan ada la lagi barang berguna untuk aku kutip. Iyer la nak beli memang mahal kat sini ni. So kita tunggu dah lihat la yerrrr.

Ciao ciao, bourna giornata.

Monday, 5 October 2009

Dalam Dingin Subuh

Aku dah bangun. Awal hari ni aku bangun. Lepas solat subuh langsung tak ada rasa mengantuk. Hari ni hari isnin. Selalunya kalau hari isnin, hari orang bermalas-malasan. Bukan bermaksud aku malas, tapi aku takut nanti kerana terasa malas aku pun menyahut panggilan katil, tilam dan bantal. Bertambah seronok lagi sekarang dah nak sejuk. Aircond ori wa cakap sama luuuu. Heh.


So what is my problem??

Terasa banyak sangat kerja nak buat tapi produktivinya sangat2 la sedikit. Hai laa. Macam nak kena pegi bercuti dulu ni. Tapi nanti karang lepas balik bercuti sama jugak, tak tinggi pun produktivinya. Kekadang tu terasa lagi banyak kerja aku boleh buat time di Malaysia dulu. Kalau kat sini jam 3 dah lapar padahal jam 12 dah makan. Ish ish ish aku agak aku ni rindu nak makan nasi lemak pagi2 kot. Baru la perut tu tahan. Dah la sini takda teh 'o' ais limau bancuh sendiri. Balik2 cappucino yang kecik tu minum tak puas. Camne la nak tahan sejuk??



So untuk minggu ni, aku kena siapkan satu paper. Tak banyak pun mukasuratnya. Dapat 4 ke 5 mukasurat pun dah ok. Aku takut nanti karang aku tulis, tulis, tulis, orang lain tak paham. Heh. Biasa la kalau orang melayu dah menulis. Bunganya lagi banyak dari isi. Harap2 la aku tak lagi menulis macam tu. Dulu time mula2 buat master memang macam tu la aku tulis. Ntah, silap2 aku sendiri pun tak paham kalau baca benda yang aku tulis tu sekarang. Tapi tak apa. Berusaha dan berusaha lagi.


Tapi memang aku terasa macam nak bercuti. Hmm nak pegi mana ye??

p/s: gambar-gambar tiada kaitan dengan ini cerita..heh

Ciao Ciao..bourna giornata