Tuesday, 27 July 2010

United States of America




Dah 2 minggu aku kat US ni. Aku pun baru jer nak sihat balik. Biasala kalau dah pergi tempat orang ni kan. Mesti sakit pasal baru nak sesuaikan diri. Macam hari tu bila baru-baru sampai Swiss. Sakit gak tapi tak ingat sakit apa. Hari tu masa baru sampai US ni aku batuk dengan sakit tekak. Susah nak tidur malam. Sekarang ni alhamdulillah dah sihat. Cuma masih batuk sikit-sikit.

Aku ada ambik gambar tapi masih tak save dalam komputer. Masih tak sempat nak explore New Brunswick ngan Rutgers Uni. Bangunan AT&T ni tak payah cerita la. Memang bole sesat kalau main redah-redah. Pusing kiri, pusing kanan semua lorong bentuk sama. Tak paham aku camne dorang design bangunan ni. Ke aku yang mudah sesat. Heh.

2 minggu ni aku tak berjalan kemana-mana pun. Berjalan pun saja pegi pusing-pusing shopping complex kat sini. Tu pun nak saja nak cari bangunan ada aircond. Panas sangat kat sini. Berjalan kat US tak macam kat Europe. Sini sume kena pakai kereta. Tempat pun scattered. Shopping complex merata-rata sepanjang highways. Ni highways takde tol tapi ada jalan 3 lines. Public transport memang tak bole harap. Serupa macam KL. Memang sungguh berbeza cara sini dengan cara Europe.

Sini mewah dengan makan. Orang dia pun gemuk-gemuk. Makanan pun bole di katakan murah compare to Swiss. Yer la kan Swiss tu takde satu benda pun yang murah. Haha. Lagi nak compare. Sini sekali makan memang membukit. Tapi kebanyakannya makanan yang agak-agak murah tu kurang sedap. Macam orang berniaga kat pasar ramadhan. Nampak macam sedap tapi bila masuk mulut ada saja yang kurang. Sini macam tu la cuma kalau nak sedap tu kena pegi restoren mewah-mewah sikit. Kata student malaysia sini la. Takpa nanti aku try. Sekali cukup la kan.

Rasa nak berjalan ke states lain tapi tak tau bila nak pegi. New York pun aku tak pegi lagi...

Wednesday, 23 June 2010

Sebulan yang lalu

Salam...

Dah lama tak update. So karang kalau tak update boleh terus tertutup blog ini..hehe.

So perkembangan terbaru gwe,

Hari tu family datang, dah balik dah pun. Sempat la juga bawa berjalan2 ke London, ke Zurich, Bern, Milan, Rome, Vatican City, Florence..and of course Lugano. Dalam perancangan nak jalan tempat lain tapi tak terlaksana pasal aku pun sibuk, pastu terstranded kat London pasal flight ke Paris cancelled sebab strike kat air traffic control Paris.



Visa dah apply. Dah pergi interview pun. Hangus la jugak lebih 300 chf. Dah la tak refundable klu visa tak kena bagi. So tunggu lagi seminggu dua, dapat jer visa terus cabut pegi NY. Harap2 seronok la pegi sana time2 nak puasa ngan raya ni.

Kerja, alhamdullilah time family aku datang ari tu sempat la siap dalam 70%. Presentation pun dah buat. Sume suke. Proposal kerja kat NY pun siap. Exam pun dah abis marking dah. Tenang sikit pikiran.

Apa lagi ek..haaa aku rasa nak jalan2 tapi passport pulak kat US embassy. Nampaknya boleh pusing Switzerland jer laa. Kalau dah hari2 tengok gunung ngan tasik pun bole bosan gak kan..


tu jer la kot..ciao ciao

arridiverci

Saturday, 22 May 2010

Family datang menyinggah...

Salam..

Esok family aku dari mesia datang. Apsal aku tulis menyinggah kat tajuk tu? Yer la family aku datang sekejap jer bukan duduk lama-lama sampai aku abis PhD pun. Dalam perasaan gembira2 family nak datang ni, tercampur gak perasaan tensen2 dan stress. Pasal apa? keje banyak wei, lagi dengan preparation nak pegi internship kat US tu banyak benda tak settle. Tambah2 pulak dengan visa belum dapat lagi, rumah nak tinggal kat sana pun belum settle sepenuhnya..perghhhh sakit kepala aku pikir benda2 ni.

Kalau dikira hari nak pegi US tu tinggal lagi 2-3 minggu. Aku risau pasal visa jer la. Tau2 jer la US kan, nak dapatkan visa bukan mcm orang nak dapat visa mesia. Kalau kat mesia, senang jer proses dia. Ni dokumen2 jer dah bertimbun kena isi dan prepare. Sampai involve lawyer kat AT&T. Aku ni berdoa jer la harap2 semuanya berjalan ngan lancar.

Tambah bikin aku stress, bila plan aku nak ber holiday ngan family aku mcm tak boleh nak jadi. Aku kena marking paper students untuk assignment 1, prepare soklan assignment 2 ngan soklan exam. Nak re-use tak dapat dah. Soklan2 lama aku ngan lecturer kelas tu dah jadikan soklan tu as exercise. Pening sekejap. Tapi tetap kena wat jugak. Bagi aku ni yang ini bole settle lagi. Yang ambik masa tu untuk keje yang satu lagi.

Keje yang ni aku kena prepare paperwork untuk internship aku. Kat paperwork ni aku kena tulis perkara2 yang berkaitan ngan kerja yang akan aku buat kat AT&T. Pastu pulak kena present kat comittee kat sini supaya dorg bole evaluate if keje tu bersesuaian ngan PhD aku, dan sesuai ngan time line aku wat internship selama 3 bulan. Keje2 ni tak la susah sebenarnya cuma masa aku sangat2 la limited. Hari tu time aku free takda sapa cakap kena wat. Ni bila dah dekat timenye baru la nak bagitau. Aku bukan apa, aku dah ada plan ngan family aku tapi pasal kerje ni tersangkut la pulak plan aku.

BTW, doa2 kan la aku supaya dapat bahagi masa yang limited ni untuk family yang datang menyinggah ngan keje yang banyak yang semua kene siapkan cepat. Doa kalian semua amat lah dihargai.

Ciao, ciao..

Tuesday, 11 May 2010

Bowling

Salam..

Lihat la bagaimana seorang juara beraksi...wahahaha

yang penting tu gaya beb..mcm pro laaaah

Monday, 3 May 2010

Prospectus

Salam

Ape ke benda prospectus ni?? Ok aku bgtau..kat sini (universiti ni kot) punya sistem, dari 12-18 bulan selepas enrolled dalam PhD studies kena la present prospectus..Kiranya mcm yearly report la..tapi nama-nama report ni berbeza-beza ikut tahun. So first year dia panggil prospectus, second year dia panggil proposal, third year jadi dissertation. so lepas third year tu la baru submit as a thesis. tu dia punya sistem. apa perbezaannyer?

antara dissertation ngan thesis, aku tak pasti sgt. tapi antara prospectus ngan proposal beza dia mcm ni

prospectus: initial ideas of research areas. termasuk la plan2 dan benda kita dah buat
proposal: initial result based on the research prospectus. So kat sini dorg nilai if research tu bole explore lagi ke atau unsufficient for phd research. Kat sini selalunya dorg dah start serius pasal hala tuju research kita.

so minggu lepas aku present la aku punya prospectus. Bukan sahaja present tapi biasala report on paper pun kena ada juga. So apa kesudahannya?

Reviewers separuh puas hati ngan written report dan separuh puas hati gak ngan presentation. Pasal apa tak puas hati tu? SV aku ckp pasal reviewers aku ni core computer science plus mathematician. So dalam prospectus aku tu, aku ada mention pasal developing algorithm, and studies of different dimensions, so dorg punya expectations are mathematical models camne aku related those dimensions ngan algorithm.

so mmg aku tak tulis pun dalam prospectus aku tu pasal mathematical model but dorg expect aku present kat presentation aku hari tu. So disebabkan benda ni, written prospectus dorg terima as it is, tak payah tukar pape dah. which means that dorg suke ideas and plans akan datang yg aku nak buat. Tapi dorg request another presentation, which discuss the mathematical model either develop sendiri punya atau pun pakai model org lain. Since kita ni (baca as student malaysia) lemah sikit matematiknya, jalan terbaik adalah ambik model org and include another variables dari kita punya keje. Which is not easy at it seem to be. Nak cilok celah mana pun aku dah tak tau dah ni. Tapi takpe aku try dulu cari model2 yang berkaitan pastu test klu bole masuk variables aku. Harap2 pasni takde la problem besar sgt.

So kawan2, kalau la sapa2 antara korang tersesat terbaca pasal topic automatic queries formulation, just in time information retrieval, atau pun recommender system, kasi pointer kat aku paper tu, mana la tau bole cilok ke ideas dorg. Thanks

Ciao ciao