Friday, 26 August 2011

ter.botak.kan.kepala.

Ni tak tau la kisah sedih ke kisah lawak. Pada sapa-sapa yang tak tau, aku selama duduk di lugano ni, selalu menggunting rambut sendiri. Self-service kata orang. Kenapa aku gunting rambut sendiri? Pasal aku rasa tak berbaloi pegi gunting rambut kat kedai pasal mahal sangat dia charge sekepala. Paling murah pun 15 chf. Pada orang macam aku yang selalu gunting rambut kat kedai india masa kat malaysia, memang tak berbaloi bayar 15 chf semata-mata nak trim rambut. Aku bukan nak gunting rambut bergaya fesyen terkini.

Maka tersebut la kisah yang terjadi petang Khamis tadi. Aku menggunting rambut aku sendiri pakai mesin yang boleh letak extended "kepala". Ada "kepala" 1 sampai la "kepala" 8 kalau tak silap. Aku selalu gunting rambut pakai "kepala" 4. Kira yang sedang-sedang saja la pendek rambut tu lepas dah gunting. Kalau ikut mark kat "kepala" 4 tu, benda ni potong rambut sampai setengah inci.

Sooooo..aku pun start gunting rambut. Dari belakang ke belah tepi kiri, pastu belah tepi kanan. Bila dah gunting tu aku puas hati. Skrang ni tinggal rambut belah atas nak kena rodok dengan mesin gunting rambut ni. Sekali rodok, ok. Dua kali rodok, ok. Setelah berkali-kali aku rodok rambut aku, tetiba "kepala" 4 tu terlepas dari mesin gunting rambut. Terus zaaaapppp mesin kat tangan aku tu rodok rambut aku kat tengah. Depan pulak tu. Aku tengok cermin. Alamak tak dapat nak save dah. Memang tak dapat nak save.

Last-last, aku rodok gak la rambut sampai botak. HUHUHU. Dah tak hensem dah nak berhari raya. Rasa macam hipster pun ada gak. Rasanya last yang aku ingat aku botakkan kepala time sekolah menengah. Sekarang ni dah complete dah stail rambut aku duduk kat oversea. Mula-mula dulu simpan panjang, sekarang ni dah botak. Cukup satu cycle.

PS: gambar nanti aku upload. Aku upload gambar aku simpan rambut panjang, rambut tak brapa nak kemas, rambut kemas, dengan rambut botak. Tengah nak cari lagi gambar-gambar ni.

Monday, 22 August 2011

Meeting with my SV

Rasanya aku tak pernah tulis pasal meeting dengan SV aku, fabio. Hari ni tergerak nak tulis sikit meeting hari ni. Basically dia ingatkan tinggal setahun jer lagi masa untuk siapkan phd. Kalau nak ditambah lagi setahun selepas dah minta extend setahun pun bole kata fabio. Tapi dia cakap directly, you're in trouble.

So apa benda yang kami bincang? next presentation pasal proposal dengan next experiment. Proposal tu dah hampir nak siap. Dalam 2 hari ni aku jangka siap. Cuma nak kena bagi orang lain baca gak. At least ada orang tolong tgk2 kan grammar berterabur tu.

Next experiment sebenarnya aku dah plan lama dah. Cuma aku tersibuk sampai terdelay experiment ni pasal proposal tu. Lagipun amat la susah nak shift dari programming ke writing. So aku pikir next week dah start programming balik. Pastu bole la pikir pasal benda lain pulak.

OK guys..doakan benda aku plan ni success k..

Sunday, 21 August 2011

Lagu Raya #2


aku pun tak tau apsal aku suka dengar lagu raya ni..
berulang-ulang aku dengar time masak berbuka..



mungkin pasal ada suasana riuh rendah..
ada suara budak-budak riang ria..
ada suara perempuan yang berbual..
ada pembayang ayah tengah buat apa..
emak tengah buat apa..
sampai lupa menantu pulang..
abang buat apa..
nenek buat apa..
keadaan atuk camna..

semua ada dalam lagu ni..
memang terasa meriah walaupun aku duduk sorang kat sini..

Wednesday, 17 August 2011

Busker

Ni gambar busker sebulan lepas..
Kat Lugano ni time summer memang ada macam-macam sampai aktiviti sampai 1 august..
Salah satu aktivitinya busking atau street performance...









busking yg aku tengok hari tu mmg entertaining..dalam sehari tu ada banyak buskers tapi organizer letak buskers ni tempat berbeza..


note: teka-teki post lepas noris dah dapat jawab..klu nak tau jawapan teka-teki tu tgk la kat comment post lepas.

Tuesday, 16 August 2011

Lagu Raya

kalau korang semua perasan..
dalam lagu raya..
mesti ada lirik..
air mata mengalir, kampung halaman, ayah dan ibu..
pastu rentak mesti slow..


klu lagu macam tu bukan lagu raya la kan..


lagu raya jamil hamid baru la raya




ok aku bagi teka teki pasal lagu raya..


dalam banyak-banyak lagu raya..
lagu raya yang satu ni langsung tak sebut pasal raya..
tapi orang selalu kaitkan dengan raya..
apakah tajuk lagu itu??