Monday, 20 April 2020

Work From Home Masa MCO

Dah sebulan lebih kena MCO atau PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sekejap jer dah sebulan. Masa berlalu sangat pantas. Lagi-lagi kalau jadi macam aku. Tak sempat la nak buat benda-benda yang takda kaitan dengan kerja. Ingatkan dapat duduk rumah ni dapat la bersihkan dan asingkan baju-baju yang dah lama tak pakai. Dah sebulan macam tu jugak la baju tu dalam almari.

Hari tu berangan nak baiki kereta Saga masa MCO ni. Sama jugak la. Berangan jer lebih. Ni berehat sekejap dari buat programming. Front end system ni sikit lagi nak siap. Yang back end aku tak godek lagi. Ni belum pikir lagi nak pakai server mana, nama system pun tak fixed lagi. Hentam jer la. Janji aku deliver.

Sejak MCO ni, rutin pun berubah. Aku tidur paling lewat dalam jam 3.30 pagi. Esok paginya bini kejut Subuh pastu aku sambung balik tidur sampai jam 9-10. Siang jadi malam, malam jadi siang. Sebab aku tak dapat nak buat kerja bila anak-anak minta perhatian. Bini pun kena kerja jugak. Amirah pun kena buat kerja sekolah. Aku pun ada kerja jugak kena buat. Akhirnya bini buat kerja pagi sampai tengahari, sekali tengok kerja sekolah Amirah. Aku start buat coding petang, selalunya dari jam 3. Berhenti kejap time Maghrib Isyak. Sambung balik dalam jam 9 malam sampai ke 3 pagi.

Begitu la rutin aku sekarang. Ni kalau kena pergi ofis ni payah gak nak tukar rutin balik. Hujung minggu ni dah masuk bulan Ramadhan. Kena ubah gak rutin ni. Takkan tak nak beramal ibadah. Ni first time la puasa tak dapat nak tarawikh kat masjid. Dulu masa kat Lugano pun aku gagahkan juga diri ke masjid. Ni sebab MCO tak boleh solat kat masjid. Padahal masjid lebih kurang 200-300 meter jer dari rumah. Memang teruk jugak wabak Covid-19 ni. Tapi yang penting sekarang ni adalah kesihatan. 

Semoga MCO ni dapat la dihentikan dan Covid-19 ni dapat dikawal. Rindu gak nak makan kat kedai. 

Monday, 13 April 2020

Timeline Pendek

Mood: Bengang, Confused

CEO company aku kerja (CEO ok bukan bos, CEO lebih besar dari bos) minta aku buat web application untuk order makanan ala-ala McD delivery tu. Mula-mula dia minta aku buat food delivery system. Tapi aku argue nak buat sistem takde masalah tapi siapa nak cari rider, kena promote kat rider dgn merchant. Mungkin nak cari tu senang, tapi nak tentukan payment structure kat rider, berapa nak cas merchant, payment gateway lagi. 

Last-last aku cakap kalau buat online food ordering system jer la. Customer order jer, nanti restaurant tu kena hantar sendiri la. Jadi boleh la test system pastu tak payah nak pening nak cari rider dengan buat payment structure. Tetiba CEO setuju la pulak. Rupanya dia dah ada approach restaurant owner yang nak food ordering system ni. Disebabkan sekarang ni musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), banyak kedai makan takde sales.

Ni pulak nak masuk bulan puasa, kerajaan tak bagi buka bazaar ramadhan. Sebab tu la kedai makan nak pakai system food order ni. Kalau dari segi bisness memang ada peluang boleh pegi system macam ni. Masalahnya CEO bagitau aku hari Rabu malam, dia nak system ni siap sebelum bulan puasa. Aku kira-kira adalah dalam 14 hari. Aku cakap kat CEO, tak mungkin boleh siap sebelum puasa. Kalau pertengahan bulan puasa mungkin la. Mula-mula dia ok, tapi hari ni call aku minta siapkan juga sebelum puasa.

Yang aku jadi bengang tu, aku kena buat sorang system ni. Aku takde orang bawahan nak tolong aku. Lepas tu, kalau pun aku dapat buat, for sure memang banyak bugs akan muncul sebab tak cukup masa nak test. Tu belum kira stress test dengan pen test lagi. Sampai aku jadi confused, CEO aku ni tau ke pasal develop system ni makan masa. Kalau setakat nak test market boleh la tapi kalau nak deploy full, banyak benda nak kena consider.

Sekarang ni aku berdoa jer la. Aku buat mana yang mampu. Kalau sempat siap sebelum puasa harap-harap la masa orang guna system tu takde bugs. Hahaha which in very unlikely laaa. Selalunya bila kita develop system, kita memang tak sempat nak perasan bugs-bugs ni. Sebab tu la ada jawatan software tester.


Friday, 27 March 2020

Scrapped Table Data dari Website Pakai Google Sheet

Belajar benda baru semalam so better aku tulis kat blog.

Kebiasaan kerja data engineer adalah untuk cari data yang available from web, scrapped data tu, save kat satu tempat dan buat data cleaning.

Selalunya kalau aku buat web scrapping, aku akan code pakai python. Tak susah pun cuma remeh la sikit sebab nak kena identify html tags. Siapa pernah buat faham kot kenapa kena identify html tags ni. Basically, kita code kat python untuk scrapped data based on html tags tu. So katala nak ambil data dari website yang ada table. Kena identify html tags untuk table tu dan barula dapat data.

Semalam kawan aku bgtau boleh jer pakai google sheet. Caranya guna formula importhtml.

1. Buka google sheet baru
2. Pilih cell A1 dan letak formula =IMPORTHTML("web address","table",index)
3. Index tu nak tau table yang ke berapa nak scrap. Nak tau index kena la buka developer console kat web browser pastu pastekan code ni

var i = 1; [].forEach.call(document.getElementsByTagName("table"), function(x) { console.log(i++, x); });

Nanti code tu akan return senarai table berserta indexnya sekali. Bila dah dapat index, letakkan index kat formula dalam google sheet tu.

Dah siap dan dapat data dari table.

Yang bestnya setiap kali data kat table tu update, automatically data kat google sheet tu pun update.

Wednesday, 25 March 2020

Movement Control Order

Rasanya semua tahu apa movement control order ni. Disebabkan oleh virus covid-19, kerajaan perintahkan semua rakyat Malaysia untuk membataskan pergerakan, tinggal di rumah, dan cuma keluar bila ada urusan penting macam beli barang keperluan bila dah abis atau bekerja dalam sektor yang penting. 

Virus covid-19 ni masih belum jumpa penawar. Covid-19 ni boleh menjangkiti orang bila kita dekat dengan orang yang dah sakit. Pastu boleh berjangkit bila kita sentuh tempat2 yang ada virus ni, dan tangan kita pegi sentuh muka, hidung, mulut dan mata. Virus ni masuk ke dalam badan dan kita dah jadi host. Problemnya kita sendiri tak tau siapa yang sakit, sebab kalau orang yang terang-terang ada simptom macam demam dan batuk, kita boleh hindarkan diri dari orang tu. Tapi ada orang yang positif covid-19, dan dia takda simptom. Ni yang bahaya sebab kita boleh terjangkit tanpa sedar. Jadi kerajaan pun isytiharkan movement control order. So dengan secara tidak langsung, kena la bekerja dari rumah atau work from home. 

Since aku cumalah seorang software developer yang kerja menghadap laptop dan most of the time kerja seorang2, jadi memang kena duduk rumah jer la. Cuma agak payah nak buat kerja sebab bini pun kena kerja dari rumah, anak-anak pun duduk rumah. Aku susun jadual aku buat kerja start petang sampai malam. Bini buat kerja pagi. Anak2 kena buat kerja sekolah atau kena la layan dorang bermain sepahkan barang.

Hari ni rasanya dah masuk hari ke 7. Aku so far takde la bosan sangat duduk rumah. Layan trade demo sambil2 asah skills. Kerja buat juga cuma slow. Nak start tu coding tu memerlukan azam yang tinggi lagi2 bila duduk rumah. Kalau duduk sorang takpe jugak sebab takde distraction. Ni distraction banyak sangat.

Sebab dah duduk rumah, diet memang hancur. Pagi makan, tengahari makan, malam makan, in between meal pun makan. Abiss laaa niat nak diet. Bersenam? apa tu? hahahaa. Memang tak bersenam langsung duduk rumah ni. Rambut pun dah tebal ni, dah macam afro dah. Nak gunting rambut kedai semua tutup.

Movement control order ni sampai 31 Mac, 14 hari dari tarikh diumumkan. Entah mengapa aku rasa akan sambung lagi perintah ni sampai bilangan positif covid-19 ni terkawal. Aku dah naik risau dengan kemungkinan company tempat aku kerja ni akan bungkus. Kalau dah 2 minggu tak kerja then kalau sambung lagi perintah ni, mana business nak jalan. Doakan yang baik-baik saja la.

Sunday, 1 March 2020

Kerja jadi tak best bila..

1. Kerja (workload) terlalu banyak sampai dah tak tau dan tak sempat nak keep track semua kerja. 

Kerja memang la tak pernah abis tapi at least task atau satu-satu projek tu ada la tanda bila patut stop.

2. Bagi task yang asik berubah-ubah. 

Hari ni nak macam ni, tak lama lepas tu nak macam tu pulak, pastu tukar lagi. Last-last balik ke asal, nak yang macam dulu. Bila ko kena lead, memang susah la nak keep everyone motivated. Tapi bila ko sorang jer kena buat kerja tu, macam-macam rasa ko rasa nak luah.

3. Bagi task tapi tak consider resources. 

Ni memang tak tau nak cakap apa. Mentang-mentang la ko boleh buat kerja, semua kerja kena humban kat ko. Sebab dah banyak kerja sampai satu kerja pun tak siap

4. Bagi task yang takde kena mengena dengan job description atau kpi. 

Aku dah selalu kena, dan selalu jugak la task yang aku buat bos tak recognised. Sebab aku dah start berkira, aku selalunya pastikan bos aku tau aku dapat task takde kene mengena dengan kpi. Dan kalau aku dapat direct order bukan dari bos aku, aku suruh orang yang direct order tu inform kat bos aku secara bertulis. Sebab aku pernah kena bila bos aku cakap dia tak tau aku buat apa padahal aku buat kerja direct order.

5. Banyak lagi sebab tapi ni yang paling tak best, gaji sangkut. 

Lately ni company aku kerja dah start lewat bayar gaji on time. Ada masalah financial sebab duit projek banyak sangkut dan takde projek baru masuk. Senang cerita orang sales tak capai target, orang yang kena assign projek asik lambat deliver, tak meet dateline. Ni dah tanda-tanda awal untuk aku consider masa depan aku kat company ni. 

Sekarang ni aku memang tengah planning nak cari kerja lain. Problemnya pulak susah nak dapat kerja kat tempat yang dekat dengan rumah aku. Aku pulak tak berapa nak suka kerja kat area KL sebab traffic dan sesak. Sekarang ni aku ada 3 option: cari kerja baru, jadi full time trader, atau remain kat company skrang untuk lead satu internal projek. Internal projek ni plan dia best dan plan paling besar, projek ni akan jadi independent business stail startup. Aku masih berfikir-fikir lagi sebab kena tengok jugak tanggungjawab untuk keluarga. Doakan la yang terbaik untuk aku.