Wednesday, 24 December 2008

Luzern and Bern, Switzerland

Minggu lepas kami sume (aku, Azlina, Osman and wife, Siti dan anak dia, Husna) pegi ke Bern. Kami pegi sana pasal Embassy Malaysia panggil students untuk sesi kenal2 mcm tu la. So event tu dorang buat hari minggu, jadi kami pun gerak hari sabtu, and tinggal semalam kat sana. Pagi sabtu tu kami gerak dalam jam 9 dan singgah sekejap kat Luzern.

So gambar2 kat atas tu dalam perjalanan ke Luzern. Since rail train ni lalu celah2 gunung, Osman and family dia sume pening, termasuk la Husna yg umur 3++ tahun. Aku sorang jer yang tak tidur time tu, so sebab tak wat pape aku pun ambik la gambar2 dari dalam train.

Kat Luzern kami detour jap dalam 3 jam. Gambar kat atas tu kat tempat monumen singa, wajib tgk klu sampai kat Luzern. Kat sini jumpa la orang m'sia yang dah lama tinggal kat Luzern. Mcm biase la, ambik contact number dorg, mana la tau klu2 ada hari sampai balik kat Luzern ni. Then dalam jam 2, kami pun gerak gi Bern. So ada la dalam sejam lagi perjalanan naik train. Tapi rail dia dah elok dah takder la kona kiri, kona kanan..hehe klu nak mabuk free sila la naik train dari Lugano ke Luzern.

Since kami sampai dah dekat nak maghrib, pas check in kat hotel, kami pun jejalan la kat sekitar Bern. Since sini malam kedai sume dah tutup, and weather dia pun lagi sejuk dari Lugano, kami jalan2 jer la tgk2 lampu Xmas. Gambar kat atas tu gambar depan bangunan parlimen Switzerland. So the next day, kami kuar awal dalam jam 8.30, jejalan lagi tgk bandar Bern.

So kuar2 hotel jer, takde keje lain ambik gambar..haha. Gambar clock kat atas tu, adalah tempat di mana Bern diasaskan. And kawasan kat situ dah pun diwartakan sebagai World Heritage (yang macam kat Penang tu). So kat situ mmg kedai2 dalam bangunan yang dah berkurun. So kami pun jalan lagi sambil ambik gambar..hehe

So hari tu kejenye jalan2 sambil ambik2 gambar. Then dalam pkul 12 kitaorg pun gerak gi Embassy tapi aku lupa plak nak ambik gambar bangunan embassy tu. Embassy tu dekat jer dengan old town Bern. Time kitaorg sampai tu dah ramai dah org kat situ. Aku plak igtkan student dari swiss jer yang datang tapi dia panggil gak student dari France ngan German. Embassy bgtau dorg nih masih kena report kat Embassy Malaysia kat Swiss. Kiranya dalam dorg ni dalam kawasan jajahan Embassy Malaysia kat Swiss la kot.

Kat tengah2 tu Duta Malaysia kat Bern ni. And datuk ni peramah jugak orangnya. Aku pulak banyak sembang2 ngan wakil Malaysia Tourism kat sini tapi dia based kat Frankfurt (betul ke eja nih) German. Dia pun baik gak. Rupe ada iras Syed Hamid Albar...haha then nama dia pun Syed gak tapi Syed Yahya laa. Kira kembar nama la. Baiknyer dia nih, siap jemput tido rumah klu sampai gi Frankfurt. And gambar last skali aku nak letak gambar si Husna..asik2 gambar kita org jer ek..mana aci mcm nih..hehe

Si Husna nih umur jer 3++ tahun tapi belum fasih bercakap. Kalau dia bercakap pun bahasa italy jer yang kuar pastu campur2 sikit ngan melayu..haha..payah nak paham aper dia cakap...klu nak air dia ckp aqua..kalau dia boring nyanyi lagi italy sama lagu merdeka..haha..mmg kelakar tgk si Husna nih. So itu jer la trip g Bern tapi singgah sekejap kat Luzern. So next trip tak tau lagi ke mana..aku klu rasa boring2 kat sini mungkin pegi Milan kot since dekat jer dalam 1 jam setengah naik train. Sapa2 nak tgk gambar2 lain aku upload nanti kat dalam facebook. Taip jer nama aku pasti dapat punya aku pun facebook. Ok ciao ciao.

10 comments:

MRM said...

Nice pictures!

Saje buat orang terliur nak pi Switz nih!

Anonymous said...

best tu jln2. teringin plak aku nk jln2 mcm ko.

cuma yg aku heran, kt sana pun ada osman tu. ishk... teringat housemate aku tu...

Oyis said...

switz ni cantik la.

btw, kt sini pon ada juga budak2 kecil baya husna yg belom fasih berckp. mak diorg ckp, nurse ckp, budak2 yg dibesarkan bilingual mcm husna mmg slalu nya lambat berckp dgn fasih sbb depa konfius. aku x tau aisyah amak aku esok camne...

Az Azrinudin Alidin said...

noris

at least kat uk dorg ckp english..kat sini ckp italy..lagi haru

iso

osman sini dah kawin, osman housemate ko tu layan blues jer

MRM

datang jangan tak datang..hehe

sumpit said...

yg frankfurt baru je kot pindah, sbb seblum ni semua kat berlin.

Chitz, kata jemput budak german, tak ajak aku p pon. bg la tkt kapal terbang ke, teringin gak aku nak p jumpa org malaysia. dah lama sgt x jumpa ni.

Kalu jumpa pon dlm skype je, gtalk.

Az Azrinudin Alidin said...

sumenyer pun datang sendiri la et..takde sapa pun bagi tiket..kena kuar duit sendiri..huhu

Izuan said...

Semalam pegi batu cave ziarah seseorang bernama Uncle Yaakob. Ex gov servant. Tgh dok sembang dia ada mention pasal member dia Osman pi Swiss buat 2nd degree. Ntah2 Osman member ko ni kot?

Az Azrinudin Alidin said...

dia la tu kot..klu bukan dia salah org la tu..hehe

Rahmita Wirza said...

Salam Azri,
nanti boleh la letak kat CV, kemahiran tiga bahasa. Just nak say hello dan good luck with your study. Tengah boring nie. Tapi jangan la panik. Bukan nak pantau. Sedang teringat gitu. Sampaikan salam kat sv you ye.

fitrah nasuha said...

haha mantap bro!! bila mau turun Birm.