Tuesday, 31 August 2010

Aktiviti Sosial di New Brunswick

Sedar tak sedar dah dekat dua bulan dah aku kat AT&T. Sekarang ni masih lagi dengan kerja coding2. Rasanya banyak lagi tak siap. Database hampir siap, tapi nak analisis database masih belum sempat nak buat. Hopefully sebelum akhir minggu ni dapat la siapkan semua.

Minggu lepas banyak sangat aktiviti sosial kat New Jersey ni. Maksudnya memang aku tak dapat nak buat kerja time hujung minggu. Aku bukan rajin pun tapi kadang2 time hujung minggu bila tengok coding ni idea selalu datang mencurah. Tapi disebabkan banyak sangat aktiviti social, tak sempat la nak onn laptop.

Dua minggu lepas, student baru dari Malaysia sampai kat New Jersey ni. Dorang masuk kat Rutgers University. Pasal aku sekarang ni menumpang rumah student2 senior Rutgers, tambah pula aku ada sewa kereta, secara tidak rasminya terpaksa la aku menolong mengangkut student2 baru ni dari airport ke New Brunswick. Pastu pulak kena la tolong menjadi driver hantar student2 ni pegi kedai beli barang2 segala. Paling tidak pun klu aku tak jadi driver mmg kereta aku tu ada orang guna.

Tambah pulak lagi minggu lepas, student2 senior tempat aku menumpang tu kena pindah rumah lain. Nasib baik la ada rumah lain boleh nak sewa. Aku masih lagi menumpang ngan student2 senior ni. Nak cari rumah sendiri dah tak dapat dah. Takde sapa nak sewakan rumah atau bilik setakat nak duduk kurang dari 2 bulan. So bertambah la keje2 socialnya. Kalau tak silap aku dekat seminggu aku buke puasa kat masjid, kalau tak kat Edison Diner.

Minggu depan tak tau la pulak apa lagi aktiviti socsalnya, tambahan pulak Raya dah nak dekat ni. Klu ikut sembang2 hari tu, Jumaat depan Consulate Malaysia jemput berbuka puasa kat opis dia kat New York. Kalau makan free ni takkan tak nak pergi kaaannn....

3 comments:

Oyis said...

oo gitu ke. adik2 byk yg dtg sbb dah nak start sesi akademik baru kan. x dak hok comey2 ke? awas jgn tergoda nnt ada yg marah ahahhaha...

Az Azrinudin Alidin said...

errr..ramai jer yg comel2..tapi tak tergoda laaa..iman kuat lagi ni pasal posee..hahaha

Ahmad Javanese said...

hukum makan free adalah 'wajib' pergi
heheheheh :P