Ramai orang nak berniaga tapi kita sendiri tahu ramai yang tersungkur bila produk tak laku, tak dapat jual, prospek tanya macam-macam tapi akhirnya tak beli pun. Jujurnya aku sendiri tak pandai nak menjual sebab aku ni jenis bukan mulut manis, yang pandai pujuk prospek untuk membeli.
Punca masalah tidak dapat menjual produk kepada prospek adalah kerana prospek sendiri tidak mahu produk kita. Dah dia tak nak pakai buat apa dia nak beli, betul tak??
Perlu diingatkan semula dalam perniagaan, jantungnya adalah jualan. Jika kita ada kedai cantik ala hipster, bahan mentah import dari negara yang ada 4 musim tapi takde jualan, memang kita saja-saja bakar duit. Oh lagi satu, kalau nak mula berniaga, silalah pakai modal sendiri. Tak payah nak hipster sangat lah kalau modal pinjam duit bank tapi takde jualan, nak bayar pinjaman tu nak pakai duit mana??
Poin nya adalah:
+ Nak berniaga, pakai duit modal yang ada dalam tangan
+ INGAT, jualan adalah jantung perniagaan
Ok ini dulu. Esok-esok sambung bahagian seterusnya.
No comments:
Post a Comment