Thursday, 28 December 2017

Addicted

Addicted, ketagih main game ni

MARVEL CONTEST OF CHAMPIONS

Satu hari kalau tak buka game app ni macam tak sah. Padahal game ni pun banyak yang dah automate bila dah sampai certain level. Tinggal tekan untuk suruh game tu bergerak, bila part lawan-lawan semua auto.
Image result for marvel contest of champions

Ntah kenapa addicted, yang bestnya game ni lebih kepada kumpul characters dalam Marvel Universe, tak kira hero atau villian, lepastu naikkan level characters ni. Characters ni ada finishing move yang berlainan although tumbuk dengan tendang characters ni kebanyakkannya sama. 

Image result for marvel contest of champions

Basically game plan dia adalah kumpul character banyak-banyak, dan naikkan level untuk lawan user lain yang main sekali dalam game ni. Satu lagi aku tak pernah try, join alliance. Nanti ada yang tak siap buat keje.

Note: kena start slow down main game dah sekarang ni.

Monday, 23 October 2017

Cili Mulut Tu Karang..

Kisah berlaku hujung minggu lepas.

Masa ni aku balik Puncak Alam jumpa mentua sebab lama dah tak balik sana. Kebetulan anak buah pun balik. Gembirala si Amirah sepupu dia Afah ada. Ada la kawan dia nak bermain. Kalau tak asik tengok youtube jer.

Afah dengan Amirah ni beza bulan jer. Lahir tahun sama. Amirah bulan Januari, si Afah bulan November. Afah ni badan besar dari Amirah dan tinggi sikit. Yang pasti dua-dua ni mulut dorang, Masya Allah..pot pet pot pet. Memang suka membebel. Lagi2 bila dah besar ni macam-macam keluar dari mulut dorang.

Sedang elok dorang ni bermain, tetiba si Amirah mengadu kat aku. Aku baru jer lepas solat, Amirah mengadu.

"Ayah..Afah nak cili mulut Amirah". 

Aku yang dengar tu nak ketawa. Eh pandai pulak si Afah ni nak cili mulut. Dengan controlnya aku tanya. 

"Kenapa Afah nak cili mulut Amirah?"

"Ntah la..Mirah nak pinjam mainan pastu Afah nak cili mulut Mirah".

"Mesti Mirah membebel kat Afah kot".

"Mana adeeeee..Mirah cakap..." panjang la sampai aku pun tak dapat tangkap apa Amirah cakap.

"Dah Amirah asik bebel jer, sampai Afah pun nak cili mulut Amirah. Dah la Afah saja jer tu".

Hebat betul budak sekarang ni. Umur baru 4 tahun, membebel bukan main. Sampai pandai nak cilikan mulut orang lain pulak. Kah Kah Kah. ni mesti mengikut mak dia (adik ipar aku). Agak-agak dah stress tak tahan dengan anak sendiri bebel. Pastu cakap nak cili mulut. Sampai anak tu pun ikut jer la apa mak dia cakap. 

Dalam hati aku, memang patut pun Afah nak cili mulut Amirah tu. Membebel sampai kadang-kadang tak paham apa dia bebel. Ikut siapa la ni ek??

Monday, 2 October 2017

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Minggu lepas kena outstation gi Alor Star, Kedah. Kena buat workshop untuk kutip user requirement untuk sistem BCS. Ni pegi naik kereta ramai-ramai, kena pulak yang bawa kereta pompuan, confirm banyak singgah. Salah satu tempat dorang nak singgah adalah Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Seingat aku, ni kali yang kedua kot aku sampai Bukit Bendera. Yang kali pertama tu dulu masa aku kecik lagi. Dah tak ingat macamana rupa Bukit Bendera ni. Yang aku ingat, keretaapi dia la. Yang lain aku tak ingat dah.

Jambatan Pulau Pinang
Team Jalan-Jalan Pulau Pinang

Aku dan Pagar Berkunci

Lompat Bintang

Tiket naik ke atas RM 10 naik dan turun. Kalau rasa nak naik jer pakai keretaapi bayar RM 5. Kalau student bawa student kad dapat la harga tiket RM 5 naik dan turun. Kami pegi hari tu dah petang so tak ramai sangat orang. Kalau hari cuti dengan hujung minggu memang ramai la orang. 
Abaikan Orang ini!!! Tengok background jer
Balik tu singgah la makan kat kedai sup ntah apa nama tah. Kami google naik pulak nama kedai ni dalam recommended list kalau nak makan kat Pulau Pinang ni. Bagi aku sup kat kedai ni sedap. Si Piye pulak tak kena dengan selera dia. Tapi bila badan dah penat, makan jer la. Dekat pukul 12 jugak la baru kami sampai kat Alor Star. Esoknya 3 hari aku berdiri bagi taklimat dengan penerangan berkenaan sistem BCS. Perggghhhh sakit badan



Monday, 7 August 2017

Raya Dah Abis Laaa

Sebenor-benornya nak tulis posting ni lama dah. Tapi asik tak menyempat. Rasanya Raya tahun ni adalah Raya yang paling busy dan memenatkan pada aku dan family. Ceritanya kenapa jadi penat ni begini. Raya tahun ni aku bawa family balik Sabah, kampung aku. Dah lama tak balik so tahun ni kami pun balik la. Tapi memandangkan yang balik Raya tahun ni cuma aku dan abang aku (tak berkumpul satu family besar), parents aku rancang bawa kami beraya ke Brunei. 

Aku pun ok la cuma bila fikir-fikir balik nak buat apa raya kat Brunei tu. Lepas tu mak aku call saudara kat Brunei bagitau kami nak beraya sana. Sembang punya sembang dorang ada sebut Sultan Brunei kalau hari raya buat "open house". Lebih kurang boleh la siapa-siapa nak pergi masuk beraya kat Istana jumpa Sultan sempena Hari Raya. Bukan open house macam kita rakyat jelata ni.

Bila aku dengar Sultan buat open house aku pun bagi cadangan, jom la kita pergi bila lagi nak merasa masuk Istana Sultan Brunei. Parents aku pun setuju sebab nak merasa, lagi pun takda planning lain macam nak pegi beraya ke mana. Jadi semua setuju nak pegi beraya kat Istana Sultan Brunei. Nanti aku  cerita beraya kat Brunei ni kat post lain.

Parents gambar kat depan pintu pagar sebab ada lambang negara Brunei
Balik dari Brunei, Babah cakap kita direct la balik KK, singgah sekejap kat kampung cuma untuk makan dengan solat maghrib. Nak dijadikan cerita perjalanan dari kampung ke KK, tayar kereta pulak pancit. Nasib baik la tak meletup, pastu pulak kena kat tayar belakang. Kalau kat tayar depan bahaya gak tu boleh terbabas. Bertambah nasib baik ada pulak budak-budak muda kat kampung yang tolong tukarkan tayar. Dah la tengah malam pulak tu. Hikmahnya, lepas tayar pancit tu hilang terus mengantuk.

Beberapa hari lepas tu balik semua ke KL. Balik ke KL jer, orang rumah kursus 2 minggu berturut-turut. Pergh memang tak sempat nak buat apa-apa. Minggu selepas tu baru la dapat pergi jumpa keluarga mentua. Lepas tu tambah pulak jemputan raya dari partner-partner tempat kerja aku. Memang tak menyempat nak rehat. Kena pulak time bulan raya tu jugak la kena settlekan sistem yang aku buat. Kena configure dan connect dengan hardware pakai code. Yang ni pun aku ingat nak post kat sini supaya ingat kalau nak replace.

Rasanya baru dalam 2 minggu ni baru la rasa badan tak penat dah. Kira dah fully recover. Kalau tak asik penat jer. Alhamdulillah tak jadi ke demam ke apa cuma memang penat dia lain macam. Rasanya kena gi bercuti duduk pulau kot baru la refresh sikit badan ni. JOM BERCUTI

Thursday, 6 July 2017

Selamat Hari Raya 2017


Selamat Hari Raya dari Kami Sekeluarga..mohon maaf zahir dan batin

Pohon maaf juga sebab lambat post ucapan selamat hari raya. Ni dah masuk hari raya ke 13 baru nak post.

Friday, 2 June 2017

Cara Setup YES 4g Huddle XS

Fuhhhhhh....aku kena semalam. Huddle Yes aku tak dapat signal. Asik kelip-kelip jer. Pelik la pulak selalunya kelip-kelip merah tu kejap jer sebab huddle tu nak cari signal. Sekali baru la aku sedar, aku ada tukar password kat Yes Portal. So untuk korang-korang semua yang selalu lupa password samada kat Portal atau Huddle Router, kat sini aku nak bagi cara-caranya.


Image result for huddle router setup page
Huddle XS. Aku pakai yang ni
Untuk ubah password kat yes portal rasanya semua orang tau. Bila masuk jer dalam portal tu, klik la ke login dan masukkan username dan password. Kalau tak dapat masuk boleh la klik forgot password. Nanti sistem yes akan hantar email semasa register dan dari situ boleh la proceed untuk tukar password untuk login ke dalam yes portal. Masalahnya bila dah tukar password untuk login ke portal, kita kena setup semula huddle tu. Tu la yang aku kena semalam. Huddle kelip-kelip jer pastu baru teringat tadi tukar password portal.

Image result for yes.my
Yes Portal
Untuk setup ataupun reset Huddle tu pulak kenala taip ni http://192.168.1.1 yang akan link ke setup page untuk router. Kat sini pun page tu minta password untuk login. By default password page ni adalah "admin". Tapi hari tu aku dah ubah password aku. Sampai kesudah aku tak ingat ape password aku. Last-last aku kena buat hard reset kat Huddle tu sendiri. Yang hard reset aku tulis kat bawah.

Image result for huddle router setup page
Lebih kurang macam ni la bentuk page untuk setup router Huddle tu

Lepas dah masuk tu bolehlah reset kan semula Huddle jadi factory reset. Bila dah resetkan jadi factory reset, Huddle tu akan berkelip-kelip sebelum benda ni turn off sendiri. Sekejap jer pastu dia turn on balik. 

Time ni semua wifi name ngan password yang pernah kita setup dulu kat huddle akan hilang dan perlu untuk disetup semula. So letak la wifi name yang korang nak dengan password yang korang suka. Cuma pastikan la dah setup baru ni, kena ingat password kalau tak kena buat semula dari mula.

Pastu cuba la untuk connect ke internet pakai laptop atau handphone. Kalau dapat connection dan boleh buka facebook, buka youtube tu kira dah berjaya la tu.

OK

Untuk hard reset Huddle ni, sebenarnya senang jer. Pastikan Huddle korang tu masih on dan berkelip-kelip. Lepas tu tekan kat power button tu dalam lebih kurang 30 saat. Masa tekan kat power button tu perhatikan kelip-kelip merah tu, nanti warna kelip-kelip merah tu akan bertukar kuning dan tidak berkelip. Tak lama lepas tu, Huddle tu akan turn off sendiri dan akan turn on balik. Bila Huddle tu dah turn on, bolehlah connect ke Huddle tu dan masuk semula ke page untuk setup router. Time ni semua password dah tukar ke default "admin". Lepas tu boleh la tukar apa yang nak tukar dan test semula connection.

Step ni memang aku buat semalam dan berjaya. Kalau tak berjaya tu korang kena cari la cara lain sebab aku dapat buat cara ni. Cara lain aku tak tau. Kalau aku pernah hadap problem lain yang memerlukan cara yang berlainan, aku post kat blog aku ni.