Sebenor-benornya nak tulis posting ni lama dah. Tapi asik tak menyempat. Rasanya Raya tahun ni adalah Raya yang paling busy dan memenatkan pada aku dan family. Ceritanya kenapa jadi penat ni begini. Raya tahun ni aku bawa family balik Sabah, kampung aku. Dah lama tak balik so tahun ni kami pun balik la. Tapi memandangkan yang balik Raya tahun ni cuma aku dan abang aku (tak berkumpul satu family besar), parents aku rancang bawa kami beraya ke Brunei.
Aku pun ok la cuma bila fikir-fikir balik nak buat apa raya kat Brunei tu. Lepas tu mak aku call saudara kat Brunei bagitau kami nak beraya sana. Sembang punya sembang dorang ada sebut Sultan Brunei kalau hari raya buat "open house". Lebih kurang boleh la siapa-siapa nak pergi masuk beraya kat Istana jumpa Sultan sempena Hari Raya. Bukan open house macam kita rakyat jelata ni.
Bila aku dengar Sultan buat open house aku pun bagi cadangan, jom la kita pergi bila lagi nak merasa masuk Istana Sultan Brunei. Parents aku pun setuju sebab nak merasa, lagi pun takda planning lain macam nak pegi beraya ke mana. Jadi semua setuju nak pegi beraya kat Istana Sultan Brunei. Nanti aku cerita beraya kat Brunei ni kat post lain.
Parents gambar kat depan pintu pagar sebab ada lambang negara Brunei |
Balik dari Brunei, Babah cakap kita direct la balik KK, singgah sekejap kat kampung cuma untuk makan dengan solat maghrib. Nak dijadikan cerita perjalanan dari kampung ke KK, tayar kereta pulak pancit. Nasib baik la tak meletup, pastu pulak kena kat tayar belakang. Kalau kat tayar depan bahaya gak tu boleh terbabas. Bertambah nasib baik ada pulak budak-budak muda kat kampung yang tolong tukarkan tayar. Dah la tengah malam pulak tu. Hikmahnya, lepas tayar pancit tu hilang terus mengantuk.
Beberapa hari lepas tu balik semua ke KL. Balik ke KL jer, orang rumah kursus 2 minggu berturut-turut. Pergh memang tak sempat nak buat apa-apa. Minggu selepas tu baru la dapat pergi jumpa keluarga mentua. Lepas tu tambah pulak jemputan raya dari partner-partner tempat kerja aku. Memang tak menyempat nak rehat. Kena pulak time bulan raya tu jugak la kena settlekan sistem yang aku buat. Kena configure dan connect dengan hardware pakai code. Yang ni pun aku ingat nak post kat sini supaya ingat kalau nak replace.
Rasanya baru dalam 2 minggu ni baru la rasa badan tak penat dah. Kira dah fully recover. Kalau tak asik penat jer. Alhamdulillah tak jadi ke demam ke apa cuma memang penat dia lain macam. Rasanya kena gi bercuti duduk pulau kot baru la refresh sikit badan ni. JOM BERCUTI
No comments:
Post a Comment