Thursday, 31 May 2018

Bearish Market

Yoooshhhhhh dan Salam 15 Ramadan 

Siapa-siapa yang trading ataupun invest kat dalam pasaran saham Malaysia. Officially, pasaran saham Malaysia dalam fasa beruang ataupun bearish.

Image result for bearish market

Ada beberapa faktor yang perlu diambilkira:
+ Pertukaran kerajaan
+ Pengumuman pemberhentian pegawai-pegawai kerajaan dilantik secara kontrak politik
+ Pengurangan jumlah menteri dan kementerian
+ Pembatalan projek-projek mega zaman kerajaan lepas
+ Pengumuman hutang negara lebih 1 trillion

Bila kerajaan sekarang umumkan masalah-masalah dan pertukaran polisi ni, investor semuanya terkejut dan mengambil langkah berjaga-jaga. Siapa yang masih dalam pasaran tu, ikut la trading plan. Siapa yang takde pegang kaunter, lek-lek dulu kat tepi tengok kalau ada tanda-tanda reversal.

Time ni adalah time untuk tunggu sehingga harga saham betul-betul jatuh dan bila ada signal reversal sila la follow the trend until it bend. Saham-saham mewah akan jadi murah dan potensi untuk naik semula ke harga asal sangat tinggi. Cuma tak tahu bila. So kena sabar menunggu dan tidak membuang duit dengan menjadi hero. Hehe

Aku tau masalahnya trade saham ni kalau tak trade sehari rasa tak sah. Tapi kena ingat, kita nak profit. Kalau market tak elok, macamana nak profit sebab kita bukan boleh short sell. So lepak la tepi dulu sebab pasaran sentiasa ada. Ni untuk peringatan diri sendiri gak ni.



No comments: