Monday, 31 December 2018

Goodbye 2018, Welcome 2019

Takde plan pun nak post kat blog ni tapi aku fikir ok kot kalau aku review tahun 2018. Overall tahun 2018 takde la teruk sangat kot. Boleh kata semuanya ok. Kalau teruk pun part saham la. Aku dah analisis sikit apa masalahnya. Sekarang ni aku cuba untuk perbaiki kelemahan aku dalam saham ni. Bukan senang nak reset balik minda ni. Paling susah nak train minda dan emosi supaya jadi kental dan tak mudah dipengaruh oleh bisikan-bisikan dalam diri.

Kalau kat bisnes, on average semuanya ok. Ada problem kat cashflow which puncanya telah dikenalpasti. Solution pun dah dikenalpasti. Jadi ambik masa sikit nak positifkan semula cashflow. Yang penting aku dah tetapkan untuk aku lebih involve dalam decision making business dan kena pantau aktiviti company.

In term of current job. Takde yang menarik sangat. Aku pindah department. Kena handle innovation lab which in turn jadi blockchain centre. Part of it adalah idea aku jugak. Jadikan lab tu as a blockchain centre which turn into blockchain as a service business model. Problemnya pulak, resources tak cukup terutamanya staffing. Tapi siap jugak blockchain centre tu dan sekarang kena workout untuk tunjukkan aplikasi-aplikasi yang boleh diimplementkan kat blockchain.

In life, Alhamdulillah tambah seorang anak. Sekejap jer anak tu dah nak masuk 5 bulan. Dapat travel ke New Zealand walaupun kelam-kabut. Niat asal sebenarnya nak pegi umrah tapi bila bini mengandung, aku tangguhkan dulu niat nak umrah tu. Ohh aku dah beli rumah kat Bukit Mahkota. Apartment PRIMA. Takpela janji dah ada rumah dan salah satu azam aku tercapai. Yang sedihnya, mak mentua aku meninggal sebulan lebih lepas anak aku lahir. Memang tak disangka dan aku susah sangat nak percaya mak mertua aku dah meninggal. Tapi ajal maut ni ketentuan Allah, dan Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami semua sekeluarga.

Basically aku tak plan lagi untuk tahun 2019. Selalunya aku dah tulis siap-siap apa aku nak capai tahun 2019 tapi tahun ni tak sempat pulak buat. Mungkin banyak sangat pikir kot nak tulis apa. Hahaha. Aku berdoa semoga azam dan apa yang aku ingin capai tahun 2019 ni diperolehi dengan izin Allah dan aku juga mendoakan semoga korang dapat apa yang korang nak untuk tahun 2019. 

Goodbye 2018. Moga aku dapat pelajari sesuatu dari tahun 2018.

Welcome 2019. Moga aku dapat mencapai sesuatu dalam tahun 2019.

Saturday, 29 December 2018

Babysitting kat Wellington, NZ

Depan New Zealand Parlimen Building

Amirah pun nak gambar gak

Aqilah dan Bunga


Amirah pun nak gambar




Amirah ambik gambar


Amirah selfie sendiri


Gambar dengan patung singa

Adik-beradik

Aqilah dah penat gambar

Nasib kaum ayah bila bini pergi kursus

Thursday, 27 December 2018

Wellington, NZ

Sarapan dulu..dapat makan telur dengan roti jer

Hotel sponsored by wife's office. View cantik tapi kat bawah tu kubur. Sib baik kubur omputeh kurang angker

Family pic sblm bersiar-siar

Ambik gambar sebab ada tulisan New Zealand...hehe

Sampai Welly hujan sepanjang hari. Sejuk

Amirah dah penat, start buat perangai

Ambik gambar dengan busker

Lepak kat train station. Ada kedai New World, sementara tunggu hujan reda sikit
Kesimpulan hari pertama kat Welly, HUJAN..tak berenti hujan. Kena pulak kalau angin tiup pergh sejuk. Teringat balik masa mula2 sampai Lugano. Jadi rindu nak pegi sana.

Wednesday, 19 December 2018

Kisah Travel ke Wellington, NZ (via Gold Coast, AUS)

Aqilah dah ready to travel
Travel yang mencabar ni, Alhamdullilah semuanya okay. Dari KLIA2 naik AirAsia ke Gold Coast, Australia. Transit sekejap pastu sambung balik flight pegi Auckland, NZ.

Untuk siapa-siapa yang travel ke New Zealand transit kat Gold Coast, Australia, masa transit tu tak perlukan visa sebab sekejap jer macam turun bas naik balik bas. Turun kapal lepastu cek kastam, pastu beratur balik naik semula kapal tu. Cuma semua barang kena bawa turun la. Kat kastam, mana-mana barang macam air putih dengan buah memang kena buang. So abiskan la dulu sebelum di cek oleh kastam Australia. Kami guna alasan air untuk baby so dia considerate sikit. 


Meneruskan flight ke Auckland
Sepanjang flight, Aqilah tak meragam. Okay jer dia. Amirah meragam sikit sebab bosan tak tau nak buat apa. Nak tengok phone pun bukan boleh buka youtube. Jadi melayan perasaan jer la dia. Bila dah penat tidur. Oh just nak bagitau, nasi ayam AirAsia tak kena pada tekak aku. Bagi aku tak sedap. Nasi lemak okay. Ayam Kung Pau (betul ke eja ni?) pun okay.

Sampai2 jer kat Auckland, kami hampir terlepas flight ke Wellington pakai flight Air New Zealand. Sebab kenapa hampir tertinggal flight? Sebab stroller Aqilah takde kat Auckland. Orang kat kaunter AirAsia tu bagitau kemungkinan dorang keluarkan stroller tu kat Gold Coast. So abis masa mencari dan buat report.

Lepas tu pulak checkup by New Zealand Custom. Pergh dah la ramai. Abis satu-satu beg dia bongkar sebab kami declare bawa ubat dengan maggi. Ada kawan wife aku pegi NZ tak kena cek pun even bawa makanan Brahim instant tu. Dah nasib kami kena cek time tu. Dah la tinggal lagi 30 minit sebelum flight berlepas ke Wellington. Siap Amirah kena marah dengan orang kastam tu sebab tak duduk diam.

Dah settle kastam berlari la aku ke terminal domestik untuk check in dan drop beg. Aku tinggalkan bini, Aqilah dengan Amirah kat belakang. Janji dapat check in. Luckily flight ke Wellington masa tu delay dalam sejam. Dalam sejuk2 tu, berpeluh gak aku berlari. Sampaikan staff check in tu cakap dont worry, the flight is delayed. Catch your breath. HAHA

Tunggu flight ke Wellington
Masa tu kalau la tertinggal flight. Penat tak hilang kena memikir pulak camne nak pegi Wellington. Pengajarannya gap 3 jam untuk transit tu, masanya cukup-cukup jer. Mungkin kena gapkan lagi masa tu jadi 4 jam. Kalau solo ok kot. 

Sampai jer Wellington, dah lapar. Beli Subway ingat nak makan kat hotel. Sampai hotel tak makan pun Subway, makan maggi. Hahahaha

Dah sampai, Aqilah pun happy

Friday, 7 December 2018

Traveled to New Zealand

Travel ke New Zealand ni rasanya travel yang paling "mencabar" rasanya dalam sepanjang aku travel ke negara orang.

Kenapa???

Simple jer sebab bawa anak 2 orang. Hahaha. Dulu travel seorang, lepas tu travel dengan bini, bila dah ada anak sorang tak travel sangat. Paling jauh pun Brunei tapi tak kira macam travel sebab pergi Brunei one whole big family. Adik beradik aku plus bini dan anak masing-masing, Babah sama Mami. Yang travel ke New Zealand ni, family aku jer.

Al-kisahnya, pegi ke NZ ni pun sebab bini dapat pegi training kat sana sponsored by office dia la. Aku ni kiranya tag along la dah alang-alang bini pegi. Kebetulan pulak masa dapat offer pergi training ni, bini mengandung. So kena la plan supaya time pegi NZ ni baby dah besar, bini dah abis pantang dan macam-macam lagi la. Aku ni kiranya kena jaga baby time bini pegi training. Bila dipikir-pikirkan semula, banyak benda berlaku sebelum pegi NZ ni sampaikan satu tahap tu bini aku cakap macam tak nak pegi NZ. Salah satu benda yang bikin sakit kepala adalah duit sebab banyak benda nak kena prepare especially untuk bawa baby travel. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dan kami selamat pergi dan balik.

Kat NZ, kami tak sempat nak explore tempat cantik-cantik macam orang lain. Dapat la jalan-jalan dalam bandar dia. Kami pergi pun tak lama seminggu jer. Lebih kurang 5 hari jer full day kat NZ, lagi 2 hari travel dari KL ke NZ. 2 hari tak buat pape sebab bini training. 3 hari berjalan mana yang sempat kat kawasan sekitar. Sempat la juga visit Wellington dan Auckland. Training kat Wellington, berjalan kat Auckland.

OK probably aku sambung kemudian. Ada banyak benda nak story untuk kenangan bila dibaca semula di masa depan.

Mount Victoria, Wellington. Amirah dah penat dia buat perangai