Monday, 31 December 2018

Goodbye 2018, Welcome 2019

Takde plan pun nak post kat blog ni tapi aku fikir ok kot kalau aku review tahun 2018. Overall tahun 2018 takde la teruk sangat kot. Boleh kata semuanya ok. Kalau teruk pun part saham la. Aku dah analisis sikit apa masalahnya. Sekarang ni aku cuba untuk perbaiki kelemahan aku dalam saham ni. Bukan senang nak reset balik minda ni. Paling susah nak train minda dan emosi supaya jadi kental dan tak mudah dipengaruh oleh bisikan-bisikan dalam diri.

Kalau kat bisnes, on average semuanya ok. Ada problem kat cashflow which puncanya telah dikenalpasti. Solution pun dah dikenalpasti. Jadi ambik masa sikit nak positifkan semula cashflow. Yang penting aku dah tetapkan untuk aku lebih involve dalam decision making business dan kena pantau aktiviti company.

In term of current job. Takde yang menarik sangat. Aku pindah department. Kena handle innovation lab which in turn jadi blockchain centre. Part of it adalah idea aku jugak. Jadikan lab tu as a blockchain centre which turn into blockchain as a service business model. Problemnya pulak, resources tak cukup terutamanya staffing. Tapi siap jugak blockchain centre tu dan sekarang kena workout untuk tunjukkan aplikasi-aplikasi yang boleh diimplementkan kat blockchain.

In life, Alhamdulillah tambah seorang anak. Sekejap jer anak tu dah nak masuk 5 bulan. Dapat travel ke New Zealand walaupun kelam-kabut. Niat asal sebenarnya nak pegi umrah tapi bila bini mengandung, aku tangguhkan dulu niat nak umrah tu. Ohh aku dah beli rumah kat Bukit Mahkota. Apartment PRIMA. Takpela janji dah ada rumah dan salah satu azam aku tercapai. Yang sedihnya, mak mentua aku meninggal sebulan lebih lepas anak aku lahir. Memang tak disangka dan aku susah sangat nak percaya mak mertua aku dah meninggal. Tapi ajal maut ni ketentuan Allah, dan Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami semua sekeluarga.

Basically aku tak plan lagi untuk tahun 2019. Selalunya aku dah tulis siap-siap apa aku nak capai tahun 2019 tapi tahun ni tak sempat pulak buat. Mungkin banyak sangat pikir kot nak tulis apa. Hahaha. Aku berdoa semoga azam dan apa yang aku ingin capai tahun 2019 ni diperolehi dengan izin Allah dan aku juga mendoakan semoga korang dapat apa yang korang nak untuk tahun 2019. 

Goodbye 2018. Moga aku dapat pelajari sesuatu dari tahun 2018.

Welcome 2019. Moga aku dapat mencapai sesuatu dalam tahun 2019.

No comments: