Monday, 30 December 2019

Preparation ke Sekolah Rendah (Cont)

Preparation Amirah ke sekolah rendah dah hampir complete. Minggu lepas dah pergi orientasi pelajar darjah satu. Setakat ni semuanya ok untuk sekolah rendah. Buku latihan dah beli. Buku teks pinjaman pun dah ambik tapi bukan semua subjek. Ada lagi yang buku teksnya takde. Aku tak tanya pulak ke cikgu apsal takde. Malas nak peningkan kepala.

Yang belum buat/ belum ada untuk sekolah rendah ni:
a) Baju PJ. Hari tu kat koperasi sekolah takde saiz untuk Amirah. Amirah ni badan kecik so kena tunggu sampai bulan 2 atau 3 baru ada baju. Kata orang koperasi tu, pakai dulu baju putih.
b) Balut buku. Yang ni aku serahkan kat bini aku la. Tapi tak start lagi balut buku. Buku teks la kena balut sebab buku pinjam.

Pagi ni baru settlekan sekolah agama. Sekali settlekan untuk transit dan mengaji Quran lepas abis sesi sekolah agama. Pendaftaran sudah, beli buku sudah, beli kain dengan lencana pun sudah. Macam lirik lagu, semua sudah.

Yang belum settle lagi adalah transport. Dah minta contact number bas sekolah. Problemnya dia tak hantar ke sekolah rendah yang Amirah daftar. Yang ni aku pun tak tau lagi camne nak settlekan. Kena aku dulu la tu ulang alik hantar anak buat sementara waktu sebelum tanya-tanya orang lain kalau ada bas sekolah hantar ke sekolah rendah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Update:

Pasal transport ni, alhamdulillah dah berjaya dapat van sekolah. Ni pun jiran yang tolong cari sebab anak dia pun sekali sekolah agama dan sekolah kebangsaan di tempat yang sama. Hari Isnin (6/1/2020) aku kena monitor camne van ni ambik dan hantar anak aku. Kena balik rumah tengahari jap, pastu petang karang kena balik awal sikit. Yang penting syukur pada Allah sebab permudahkan urusan persekolahan anak aku ni.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila cerita pasal nak masuk sekolah ni, memang paling koyak adalah hal duit. Senang cerita nak masuk sekolah dengan beli baju, buku, beg, pendaftaran, itu, ini, kena sediakan lebih kurang RM1K juga. Tapi ni untuk awal tahun la. Lepas ni expenses lebih kurang macam hantar tadika la cuma tadika takde duit poket. Ni pun tak tau berapa nak bagi duit poket. Aku ni pun baru first time hantar anak ke sekolah rendah, so pelan-pelan belajar.

Friday, 20 December 2019

Preparation ke Sekolah Rendah

Memang laju la masa berjalan. Sedar tak sedar dah nak tahun baru dah. Persiapan anak nak ke sekolah rendah pun tak abis lagi. Disebabkan aku pun baru first time hantar anak ke sekolah rendah, memang banyak la benda-benda nak disettlekan. Posting ni untuk panduan la, sebab bukan senang wei nak urus anak masuk sekolah rendah ni.

1. Sekarang ni nak daftar sekolah kebangsaan kena ikut alamat rumah. Ramai jer yang tipu alamat sebab nak dekat dengan ofis tapi benda ni ikut la pada niat diri masing-masing.

2. Katalah nak pilih sekolah kebangsaan yang dikategorikan cemerlang, anak kena ambik test wei. So prepare la anak tu untuk test. Paling tidak anak dah boleh membaca, mengira, dan ada pemahaman. Kalau ikut cikgu faktor alamat tempat tinggal pun ada peranan sebab kalau parents duduk jauh sangat dengan sekolah nanti anak tu sampai ke malam baru ada orang ambik.

3. Tak semua sekolah kebangsaan yang satu sesi. Kebanyakkan sekolah kebangsaan guna 2 sesi, pagi dan petang. Jadi ada pilihan lain pada parents kalau tak nak pikir nak hantar anak tengahari, anak pagi nak tinggal kat mana. Boleh pilih sekolah agama integrasi. Sekolah integrasi ni satu sesi dari pagi sampai petang. Cuma ramai sangat murid nak daftar masuk sekolah integrasi ni. Jadi pihak sekolah pun buat test. Ada test jawi, bacaan ayat-ayat lazim dan test macam sekolah kebangsaan. Anak aku tak lepas sebab tempat limited dan sekolah tu agak cemerlang dan ramai parents nak hantar anak ke sekolah tu. Syarat nak register anak sekolah integrasi ni kena register dulu sekolah kebangsaan. Kalau tak register sekolah kebangsaan, tak dapat nak register sekolah integrasi ni.

4. Sebab tak dapat masukkan anak ke sekolah integrasi, kena cari pulak sekolah agama untuk sesi pagi ataupun kena cari tempat anak transit. Untuk kebaikan anak, kami cari la jugak sekolah agama. Sekolah agama ni banyak, ada yang kerajaan punya, ada yang swasta ikut silibus yang kerajaan bagi. Sebaik-baiknya cari la sekolah agama yang ikut silibus kerajaan sebab ada jer yang tak ikut.

5. Dah settle sekolah agama dan kebangsaan ni, kena cari tempat transit pulak. Sekolah agama ni start dari jam 7.45 sampai 10.45 jer. Lepas tu anak nak ke mana? Ke tempat transit atau pulang rumah (ini kalau bini tak kerja) atau ikut pergi ofis. Untuk parents yang bekerja memang optionnya kena cari tempat transit la supaya anak tu boleh makan dan mandi sebelum pegi sekolah kebangsaan.

6. Part ni kalau sanggup boleh jer ulang alik hantar ambik anak. Tapi kena consider berapa jauh sekolah dari tempat kerja. Kalau kerja sendiri atau bini tak kerja boleh la buat sendiri. So kena pula cari transportation atau bas sekolah untuk anak. Dari sekolah agama ke tempat transit dan pastu dari tempat transit ke sekolah kebangsaan. Yang hantar pagi dan ambik petang tu boleh buat sendiri la kan.

Ini baru cerita nak daftar anak ke sekolah kebangsaan, sekolah agama, tempat transit dengan transportation. Belum cerita nak beli buku, beg, baju dan sebagainya. Jadi kena la prepare dari segi duit, mental dan penat. Lain kali aku sambung lagi sebab aku pun tak settle lagi semua ni.

Thursday, 5 December 2019

Demam Sekeluarga

Minggu lepas kami satu family demam. Aku demam lepas balik dari KK. Balik KK sebab kenduri kawin si Amal. Mengenangkan pakcik Samsol dulu mengasuh kami adik-beradik masa kami kecil. Pakcik Samsol ni banyak tolong kami, dari sekolah, masuk matriks, sampailah kami semua kahwin.

Aku balik KK sorang jer. Bini dah abis cuti. Balik dari KK esoknya aku demam. Aku suspect aku penat tak cukup tidur sebab masa kat KK aku selalu tidur lambat. Aku bantai tengok movie tiap-tiap malam kat channel astro. Kena demam sampai tak larat nak bangun. Masuk hari ke 3 baru la aku steady balik tapi tetap tak settle lagi.

Gambar sama Maryam anak buah paling kecil setakat ni
Hari ke 3 aku demam, si Aqilah pun demam jugak. Bawa dia pergi klinik kat Putrajaya. Aqilah ni kalau dia demam, temperature memang terus naik. Sebab dah naik tinggi sangat 39C, aku pun masukkan ubat bullet kat punggung. Tapi masalahnya temperature Aqilah langsung tak turun-turun. Esknya kami minta surat refer ke Hospital Pakar An-Nur. Lepas dah cek semua, Aqilah kena warded sebab ada jangkitan Influenza A. 

Muka macam tak demam. Tapi badan panas ni.
Bini dengan si Amirah pun demam sekali. Bini demam sebab tak cukup rehat berjaga malam jaga si Aqilah. Si Amirah ni batuk-batuk tak tau jangkit dari siapa. Mungkin juga faktor cuaca. Asik hujan jer. Rumah pun tak sempat nak bersihkan. Sambil-sambil tu sempat juga pegi tengok Ejen Ali kat Alamanda. Cerita best, grafik best, setanding orang putih dengan budget yang rendah. Memang power lah

Sempat la tengok Ejen Ali sementara Aqilah kena warded

Thursday, 7 November 2019

Untung Rugi Trading WTI

Semalam aku untung 20 usd dengan modal 50 usd. Not bad la kan. Kalau ikut percentage 40% gak untung tu. Kalau tengok pada percent cuba bayangkan modal 1000usd, dapat 400 usd wei. Tapi tu la kalau la modal besar. Tapi ni cerita malam semalam la.

Trading wti ni pada setiap rabu ada news yang akan effect harga wti. Masa ni graf naik turun dengan cepat. Siapa yang cekap dan pantas boleh buat untung. Tapi kalau tak biasa boleh rugi yang banyak. Aku pun sebenarnya tak berani nak masuk. Semalam aku cuba jugak. Dari 11.30 malam sampai 12.30 pagi aku ride the trends, dapat la lebih kurang 10usd ++. 

Sebelum tu sebelah pagi aku rugi dekat 10usd jugak. Nak kata silap tak jugak sebab dalam trading ni market is the master. Aku pun bukan main beli tekan-tekan jer. Memang tak nampak direction pagi sampai tengahari so aku buat pending order atas resistant dan pending order bawah support. Nak jadi cerita graf bocor kat support tapi tak lama lepas tu graf naik.

aku dapat profit masa tengah naik dan turun 

Bila tengok balik chart pattern, dengan bantuan kawan-kawan dan sifu-sifu dalam group, majoriti predict harga akan naik. Aku pun cutloss dan cari peluang entry. Alhamdulillah belah petang dapat cover rugi tengahari tu. Belah malam dapat profit entry based on news.

Sekarang ni aku masih lagi dalam process nak polish setup entry dan exit trading. Silap paling besar aku dulu sampai rugi banyak sebab tak tentukan betul-betul support dan resistant. Lepas tu main time frame kecil. Kena pulak tak tetapkan nak ambik untung kat mana, nak rugi kat mana. Benda-benda ni basic tapi powerful kalau dah expert. Aku kena buat sampai jadi so trading ni boleh jadi 2nd income aku. 



Friday, 1 November 2019

Makan Angin di CH


Tajuk macam best je. Makan angin di CH. Pada aku CH tu represent Swiss. Tapi ni tak sampai pun Swiss, jalan-jalan dalam Malaysia jer. Kami pergi Cameron Highland. CH la tu kan for Malaysian.

Minggu lepas, bini aku nak bercuti, mula-mula nak ke Langkawi. Aku malas nak pergi jauh-jauh. Lagi pun kami ni pergi time orang lain tak cuti. Kami saja ambik cuti. Sebab tak nak pergi bercuti time orang lain pun cuti. Meaning, nak elakkan ramai orang, tak nak pergi bercuti tempuh jem dan nama pun cuti, tak nak la time cuti lagi stress sebab macam tak bercuti.

Fikir punya fikir, aku dengan spontan cakap jom la kita ke Cameron Highland. Aku pun dah tak ingat last time aku pergi CH ni. Rasanya masa Amirah kecik lagi. Ni dah anak dua. Bini pun ok nak ke CH, cepat-cepat cari tempat tinggal, time orang lain kerja kami pun pergi CH, pegi Ahad balik Selasa.

Tempat tinggal kami, rumah lama stail British

Aku kat depan rumah
Banyak bunga kat kawasan sekitar rumah ni
Cantik-cantik bunganya, rasa aman jer
Best sebenarnya bila kita cuti time orang lain kerja ni. Tak jem dan tak sesak. Yang paling best rasa aman jer. Pastu masa rasa macam panjang sikit sebab senang nak bergerak. Anak meragam pun mood kita tak kelaut sangat. Jadi cuti pun tak spoil.

Gambar Amirah jer la banyak
Bini pun nak gambar
Aku bawa Aqilah, kena la bergambar dengan dia
Bawa mentua sekali
Kami sekeluarga
Nak terbang
Nak terbang lagi, tukar sayap
Tukar sayap lagi besar, tak terbang-terbang jugak
Bini dan bunga
Tak dapat nak terbang..hehe

Selfie sendiri
Aku dan Anak
Aku dan Anak
Balik dari CH, hujung minggu tu kenduri adik ipar pulak. Sebab tak cukup rehat aku laki bini demam. Haha. Bercuti sakan sampai demam

Friday, 11 October 2019

Dah bulan Oktober

Busy sangat kot sampai tak sedar bulan 10. Busy cuti banyak sangat. Wahaha

September tahun ni banyak cuti. Rasanya 3 minggu berturut-turut hari isnin cuti. Hari tu cuti ganti Awal Muharram, pastu minggu seterusnya cuti Harijadi Agong. Then minggu lepas tu cuti hari Malaysia. Penuh dengan cuti sampai aku dah jadi confuse dengan tarikh.

Bulan September tahun ni aku sempat la balik KK sekejap dalam 6 hari. Ni pun sebab dah lama tak balik. Alang-alang balik menyambut abang aku balik haji. Lepas tu aku pun dah lama tak balik kampung. Seingat aku dekat 2 tahun aku tak balik. 

Sekarang ni tiap hujung minggu pun tak sempat rehat. Bini aku kursus so aku kena jaga anak-anak. Memang tak teratur sikit sejak bulan 9 hari tu. Kerja pun banyak yang tak settle. Tapi dapat la buat sikit-sikit cuma tak laju la kerjanya. Baru buat satu kerja datang lagi kerja lain. So settle kan mana yang bos nak la dulu. Mana boleh delay aku delaykan jer.

Senang cerita bulan 9 penuh dengan cuti tapi takde la berehat sangat pun. Masuk bulan 10 nak cover balik kerja-kerja yang tak siap. Nak kena allocate masa tulis kat blog ni. Hari tu boleh kata tiap minggu aku try tulis. Kena start balik. So dapat la aku reflect apa yang aku dah buat dalam seminggu


Balik KK

Jalan-jalan pegi Pulau

First time main pasir

Penat dah balik la ke rumah

Tuesday, 20 August 2019

Terminate Yes Internet

Yes internet ni dah lama dah aku guna. Rasanya dorang yang paling awal offer unlimited data tapi speed ada capped. Time tu kira paling murah la. Sekarang ni berlambak dah telco-telco lain offer.

Aku terminate ni pun sebab nak cari plan internet yang lain. Aku perasan sejak beberapa bulan ni speed internet aku dah tak cukup laju. Aku ni pulak bukan heavy user. Kalau dah nak bukan email pun semput jer, mau tak bengangkan. Aku suspect pihak Yes dah upgrade sistem dia. Dan aku yang tak nak upgrade plan sebab malas nak terikat contract ni affected.

Dari aku upgrade better aku cari plan dari telco lain yang lagi better. Tapi apa-apa hal pun kena terminate la dulu plan Yes ni. Caranya mudah jer.

1. Email ke yescare bagitahu yang nak terminate plan. Sertakan sekali Yes id, Nama, dan nombor kad pengenalan.

2. Nanti pihak Yes akan reply dan offer sama ada nak upgrade atau nak tamat. Pihak Yes sertakan borang untuk isi manual. Borang yang sama untuk terminate dan juga upgrade. Kalau ada baki tertunggak, pihak Yes akan bagitau berapa dan bila next bill akan charged. So kena pastikan hantar borang sebelum next bill.

3. Kena print dan isi borang tu. Lepas tu scan balik, scan sekali kad pengenalan depan belakang.

4. Dah scan, email jer borang scan dan salinan kad pengenalan tu.

5. Pastikan kalau ada balance tertunggak bayar siap-siap. Kalau tak bayar lagi panjang cerita. Dalam kes aku, aku bayar abis. Malas nak cerita banyak.

6. Dalam kes aku nak terminate Yes ni, kurang 24 jam akaun aku dah terminate lepas hantar email berserta borang dan salinan kad pengenalan.

7. Lepas dah dapat email bagitahu akaun dah terminate, cuba login ke yes portal. Kalau dah terminate, memang tak dapat login dah.

Terminate Yes Internet dah settle.

Thursday, 1 August 2019

Hakikat Business

Business ni pada luarannya nampak mudah tapi hakikatnya perit, pedih semua rasa ada.
Emosi turun naik. Kejap best kejap tak best.

Kenapa business ni nampak mudah.
Sebab awalnya cuma jual kat customer. Jual apa saja janji ada orang beli.
Bila orang tu beli of course lah kena ada untung kan.

Dah dapat customer kena maintain customer tu.
Kita nak dia jadi customer setia. Sentiasa beli barang yang kita jual.
Dalam pada masa yang sama kena juga cari customer baru.
Dan kita nak customer baru ni jadi customer setia.
Cycle ni tak berhenti. Maintain customer lama dan cari customer baru.

Bila cycle ni sentiasa berulang, customer kita semakin bertambah.
Kena pastikan barang yang nak dijual tu ada.
Maksudnya stock mencukupi untuk penuhi permintaan customer.
Stock tak boleh kurang, nanti customer cari orang lain.
Quality stock kena jaga, nanti customer complaint dan akhirnya cari orang lain kalau tak atasi.
Stock pun tak boleh terlebih, nanti kacau cashflow business bila tak terjual.

Urusan cashflow nilah yang selalunya orang business fail.
Sebab kalau cashflow tercekik business boleh bungkus.
Pokok pangkalnya cashflow kena positif.
Kena pastikan duit masuk lebih banyak dari duit keluar.
Kena kawal pembelian stock, tidak terlalu banyak dan juga tidak sedikit.
Kena kawal kos operasi dan gaji.
Kena ada SOP kewangan dan budget untuk aktiviti perjalanan business.

Untuk business kecil-kecil yang belum ada pekerja, cerita cashflow ni jadi janji aku jual ada untung.
Janji untung walaupun sedikit. Sebab tak pernah kira kos-kos business.
Tak pernah tetapkan margin untung.
Tak pernah tau kos sebenar produk.
Tak pernah tau minimum kuantiti produk yang perlu dijual untuk jaga cashflow.

Bila sampai part cashflow, selalunya business dah hire pekerja.
Sebab tak sempat nak buat semua benda.
Kena jaga customer.
Kena cari customer.
Kena beli, simpan dan urus stock.
Kena rekod dan urus duit keluar masuk.

Bila dah hire pekerja, maksudnya business dah makin kompleks.
Pekerja ni bukan semuanya malaikat dan bukan semuanya setan.
Ada yang rajin, ada yang malas.
Ada yang boleh diharap, ada yang tak boleh diharap.
Pokok pangkalnya, pekerja-pekerja ni ada turun naik sama macam business owner.
Ada hari dia okay, ada hari dia tak okay.
Business owner pulak kena jaga business dan pekerja ni.
Sebab nak pekerja perform. Capai target.

Jadi hakikatnya business ni tak mudah.
Macam-macam benda kena pikir, rancang dan buat.
Keputusan yang salah dalam business, kesannya sangat parah.
Keputusan yang betul dalam business, kesannya sangat indah.
Tapi ketidakpastian tu sentiasa pasti.
Sebab kalau semuanya pasti, pasti semuanya jadi.

Jadi hakikat business itu bukan mudah. Tapi tidak juga susah.


Friday, 26 July 2019

Emosi Kacau Bilau

Emosi tengah kacau bilau. Dekat seminggu tak tentu arah. Tak boleh nak fokus. Letak gambar anak-anak supaya aku kembali tenang.




Banyak benda sebenarnya contribute pada emosi kacau aku ni. Kerja aku, hal berkaitan bisnes aku, dan juga hal berkaitan trading. Kalau cerita kat sini karang semua orang baca tak best la pulak. Kena tenang-tenang dulu sebelum tulis. Lagi bikin emosi kacau ni bila lain orang yang buat aku pulak kena tanggung. Isk tak tenang langsung!!!

Tuesday, 16 July 2019

Trade WTI dan BRENT oil

Salam semua,

Bila lama tak menulis, jadi buntu pulak nak tulis pasal apa. Since masa berjalan dengan sangat pantas, bila tak menulis banyak perkara yang berlaku berlalu macam tu jer. Dan selalunya aku memang nak tulis tentang event-event yang berlaku dalam hidup aku. Cuma aku saja yang malas, tak sempat, dan anggap benda tu tak penting pun nak ditulis dalam blog. Aku kena betulkan balik niat yang aku tulis blog ni untuk aku imbas kembali peristiwa2 lepas supaya boleh dijadikan pengajaran buat aku dan family.

Salah satu sebab kenapa aku kurang menulis sebab aku dah terjebak dengan trading oil wti dan brent. Trading oil ni pulak open 23jam sehari, isnin sampai jumaat. Mana la tak leka asik mengadap handphone sebab asik tengok chart. Asik sangat sebab nak cari peluang bila nak enrty, bila nak exit. Memang tak sedar masa berjalan macam tu jer.

Sebab utama kenapa aku terjebak dengan trading oil wti dan brent ni sebab index bursa jatuh teruk sejak penubuhan kerajaan baru dan takde tanda-tanda nak recover dalam masa terdekat. Aku start trade dalam bulan 4 kalau tak silap. Dan secara jujurnya aku masih rugi dan dalam kerugian trade oil wti dan brent. Hilang modal atau MC istilahnya dah 3 kali. Kali pertama tu untung, dah keluarkan modal lepas tu MC, aku topup balik dan MC semula. Kedua aku depo, tak untung langsung terus MC. Kali ketiga pun sama, depo dan terus MC dalam masa 2 minggu.

Aku plan nak tulis kat sini benda-benda yang aku belajar sepanjang trade oil wti dan brent. Memang banyak yang aku belajar. Lagi-lagi chart wti dengan brent ni laju. Perumpamaannya sehari tengok chart oil macam 3 bulan tengok chart kat bursa. Alhamdulillah ada group yang suka kongsi teknik-teknik baca chart dan baca indicators. Dan aku applied juga benda yang aku belajar kat bursa. Kat bursa, performance aku makin ok dan dari bulan 4 sampai sekarang aku sentiasa untung. 

Masalah utama untuk trade oil ni adalah kena fokus dan spend masa. Sebab chart dia memang laju terutamanya bila masuk petang dan malam. Tinggal sekejap jer, position yang untung boleh jadi rugi. Yang rugi boleh jadi untung. Paling sadis bila rugi takde tanda-tanda nak recover dan rugi tadi yang sedikit jadi banyak dan besar. 

Doakan aku dapat tulis dan kongsi ilmu yang aku dapat dalam trading oil ni. Bila aku tulis macam ni secara tak langsung aku dapat ingat balik ilmu yang aku belajar untuk aku rujuk balik bila tersesat jalan. Yer la kadang-kadang bila dah banyak sangat benda yang kita belajar, kita terlupa pada benda asas. Dan selalunya benda asas ni lebih berkesan dari benda yang baru kita belajar. Pasal tu ada quote orang putih yang bagitahu keep it short and simple.



Thursday, 13 June 2019

Selamat Hari Raya 2019

Raya tahun ni ke Kelantan lagi. Patutnya balik ke Sabah tapi disebabkan adik ipar aku kahwin pada hari raya ke 2, aku decide untuk balik ke Kelantan. Kesian kat adik ipar aku takde sapa nak tolong buat persiapan kahwin. Lagi-lagi masa bertunang hari tu aku tak dapat pergi sebab aku ke China. 




Al-kisah balik ke Kelantan tahun ni rasanya macam tak nak balik dah ke Kelantan musim raya. Aku terperangkap dalam JEM yang amat teruk. Memang gila punya punya. Masa balik ke Kelantan hari tu jalan memang lengang sebab cuti sekolah awal dan kami pulak balik sehari sebelum raya. Jalan memang clear. Lalu Gua Musang. Tapi masa nak balik ke KL, dari Machang ke Gua Musang jer dah 4 jam.

Mentua aku bagitau pertama kali dia balik ke KL berhenti tidur kat Gua Musang. Selalunya berhenti tidur di Kuala Lipis atau Raub. Aku keluar jam 3 petang, sampai Gua Musang dalam jam 7. Berhenti makan, solat. Tetiba hujan lebat. Aku pun tak confident nak drive malam-malam hujan lebat dengan penat lagi. Masalahnya mata aku ni kalau hujan dah kurang clear. Lagi-lagi kalau hujan yang memang lebat. Aku decide takpe la overnight kat Gua Musang. Esok pagi keluar tengahari sampai la Bangi, aku bagitau bini aku.

Sekali esok sesi traffic jem bersambung. Jalan clear cuma dari Gua Musang ke Kuala Lipis sebab ada highway tak payah masuk jalan kampung. Lepas jer highway tu terus jem dari Kuala Lipis ke Raub. Dari Raub ke Bentong, sampai Karak ke Gombak. Keluar Gombak time Maghrib dah. Kena pulak jem kat KL, orang baru balik kerja. Last-last sampai Bangi jam 9 malam. Bila sampai rumah memang rasa dah tak nak balik Kelantan lepas ni. Hahaha. Bini pun cakap lepas ni kita naik flight jer laa..hahaha.

Keesokkan harinya aku rasa tak sihat, mentua aku pun rasa tak sihat, Aqilah batuk-batuk, bini sakit belakang. Amirah sorang jer yang ok. Macam ni la Raya kami. Raya atas jalan.

Thursday, 23 May 2019

Persiapan Raya 2019

Tajuk macam best jer kan persiapan raya.

Tau tak abis sakit badan ni berjalan 3 hari berturut-turut semata-mata nak memenuhi persiapan raya tahun ni.

Al kisahnya company bagi bonus setengah bulan gaji kat aku. Kebetulan pulak raya tahun ni adik ipar aku nak melangsungkan perkahwinan. Jadi bini aku dah plan dah, raya pertama pakai baju warna begini, time nikah pakai baju warna macam ni, time kenduri pakai baju warna sekian-sekian. Aku tak masuk campur sebab ni semua kerja-kerja orang perempuan. Orang lelaki janji semua benda settle. Tak nak pening-pening.

Yang tak nak pening-pening tu masa hari kejadian. Ni sebelum hari kejadian memang pening jugak wei. Nak dijadikan cerita awal minggu ni ada cuti wesak hari isnin dan cuti Nuzul Quran hari rabu. Aku pun apply cuti hari selasa so dapat la bercuti 5 hari dari hari sabtu sampai hari rabu. Hari sabtu family belah bini datang rumah nak buka puasa ramai-ramai. Hari ahad sibuk kemas rumah.

Hari isnin dah start cari barang persiapan raya. Dari Jakel sampai ke IOI Mall. Abis satu hari tapi tak  abis beli lagi.

Hari selasa pegi Aeon Cheras Selatan. Abis gak sehari berjalan. Barang sikit lagi nak complete tapi kisahnya belum lengkap lagi. Ada lagi tak settle.

Hari rabu pegi Alamanda. Sambil-sambil cari barang nak beli barang dapur juga. Akhirnya barang raya dah complete untuk anak-anak. Untuk aku tak settle lagi. Haha. Aku ingat nak beli songkok tapi terlupa nak cari. Kalau tak sempat aku pakai jer songkok lama. Settle.

Hari khamis, masuk kerja malas nak pikir dah pasal persiapan raya. Kalau takde yang baru kita pakai jer yang lama. Haha. Janji raya!!!

Monday, 6 May 2019

Ramadhan Kareem 2019

Assalamualaikum..

Puasa tahun ni jatuh pada hari Isnin 6/5/2019. Mesti tak best sebab start pada awal minggu. Tapi best tak best pun kena la puasa sebab suruhan Allah.

Nak cerita aku sakit perut sejak dari petang Jumaat sampai la hari pertama puasa. Average sehari masuk tandas dalam 6 kali. Ni average eh. Nak baring tak selesa, nak tidur tak dapat, nak buat kerja jadi serba tak kena. Sib baik perut ni tak rasa pedih. Yang sakit sangat ni dua belah bahu. Macam baru lepas bawa barang berat. Sakit ya amaaat. Nak angkat tangan pun tak boleh.

Amirah pun bangun sahur pagi tadi. Katanya nak puasa. Aku pun suruh puasa kalau tak tahan baru la buka puasa. Harap-harap tahan la dia. Kalau ramai kawan-kawan dia puasa tahan la dia tu. Kalau dia sorang jer puasa, setengah hari jer la puasa dia.

Aku ucapkan Selamat Berpuasa, Salam Ramadan, dan Selamat Membuat Persiapan Raya. Nak letak video lagu tapi lagu sama juga la aku dengar tiap kali masuk bulan ramadan.

Tuesday, 9 April 2019

Fokus dan Konsisten

Yiii hoooooo

Gila lama tak blog. Aku ni pun terbuai dengan keadaan semasa sampai tak sedar masa berjalan macam tu jer. Silap sendiri tak keep track dan tak pantau perjalanan hidup.

Sekarang ni aku sangat susah nak fokus dan aku rasa aku ada deficit attention. Maksudnya attention aku tu sekejap2 jer kat satu benda lepas tu melompat buat kerja lain. Aku terasa benda ni dalam 2-3 minggu lepas. This explain kenapa aku tak berblog. Padahal aku ada jer siapkan beberapa draf untuk aku post.

Lagi satu benda yang susah aku nak cuba capai adalah konsisten. Hari tu dah ok aku dah boleh konsisten. Sekarang ni sebab payah nak fokus, hasilnya aku tak konsisten buat satu2 benda. Ada banyak benda bermain kat otak ni. Ni la padah kalau layan sangat.

One of the reason aku berblog adalah untuk aku keep track benda yang aku buat at least 1 posting per 2 weeks. Tak kisah la posting tu pasal apa yang penting it can be a tool where aku boleh tau apa benda yang aku buat. Takde la rasa masa abis begitu jer. Ni dah sebulan aku rasa macam back to square one. Kejap buat ni pastu lompat buat benda lain pastu lompat lagi buat keje lain last-last lompat balik buat kerja yang awal tadi. Pusing-pusing. Hahahaha

Aku pun dah tanamkan niat nak fokus dan konsisten. Aku pikir aku kena buat strategi supaya boleh fokus dan konsisten. Mudah-mudahan aku boleh buat ni. Mohon doa kalian.

Aqilah yang fokus dan konsisten gigit mainan

Wednesday, 6 March 2019

Beijing, China: Work Discussion















......

Tengok gambar jer la. Banyak sangat benda nak kena buat.

Thursday, 21 February 2019

Beijing, China: Travelling

Hari travel ke China telah tiba. Aku pergi berdua, dengan Amir. Dia incharge bahagian sales dan aku bahagian teknikal. Then sebelum pergi, communication dengan company representative pun Amir yang banyak communicate. Dia dah biasa jadi frontier. Aku kalau hal-hal communicate ni malas sikit sebab aku ni introvert. So kalau takde option baru la aku ke depan. Hahaha.

Bagus gak pegi berdua ni. Bukan tak boleh buat seorang tapi aku bila berdua ni takde la mati kutu. Lepas tu aku boleh fokus kat teknikal and Amir boleh fokus if the things can be sold in Malaysia. Kalau aku sorang jer yang pergi pastu sorang-sorang kena pikir sakit gak wei.


Travel ke China ni company tanggung. Flight ticket dengan hotel dorang yang cari. Kami tinggal pack barang, naik flight. Sampai sana tadah telinga, isi kat dalam kepada semua info, tanya mana yang tak paham pastu bawa balik semua info ke Malaysia then present ke CEO. Heh



Ambik gambar depan kapal Airasia
Aku jangkakan flight ni tak penuh. Sekali silap la. Penuh dengan pelancong China. Dorang ni memang berduit kot. Tapi yang peliknya dorang ni tapau makanan naik flight. Aku pun pelik bukan ke tak boleh bawa makanan naik flight. Sangka baik mungkin makanan dalam flight tak kena selera dorang kot. Tak pun sebab portion makanan dalam flight tu sikit. Portion makanan dorang memang besar lebih kurang sama dengan portion makanan orang USA.

Sampai jer kat Beijing dah jam 1 pagi. Ohh takde beza masa dengan Malaysia, so kalau jam 1 kat Beijing, jam 1 jugak la kat Malaysia. Pastu mencari orang yang pickup kami pun dekat sejam sebab tak kenal sapa yang representative hire untuk pickup kami. Dia ada tulis nama cuma tulisan Mandarin lagi besar dari tulisan alphabet. So memang tak nampak.

Depan hotel Jin Jiang kalau tak silap nama

Keluar jer dari airport, mak aaaaai...punya la sejuk. Tak sempat nak cek suhu. Dalam perjalanan nak ke hotel tu lebih kurang dalam jam 2 ke 3 pagi, aku perasan ada lagi orang buat food delivery, orang yang kutip kotak-kotak. Dalam fikiran aku, gila la dah la pagi, sejuk pulak tu. Tahan pulak dorang ni naik basikal, naik motor dalam sejuk-sejuk ni. Kalau naik kereta boleh tahan lagi sejuknya.

Sampai jer hotel dalam jam 3, terus tidur. Esoknya meeting start jam 2 pagi. 

Ok berhenti dulu. Bersambung lain kali