Ini semua bini aku punya kerja
Sempena cuti panjang Chinese New Year minggu lepas (2-6 Feb), bini aku cadang kat aku nak pegi Johor, rumah kakak dia kat Kluang. Niat asal tu sebenarnya dia nak pergi Batam. Aku pun tak tau la sapa punya idea nak pergi Batam ni. Aku dulu pernah pergi Batam tapi ikut bot dari Singapore, bukan dari Johor. Kalau dari Johor tak tau la pulak berapa jam nak ke Batam.
Lepas tu tak jadi pulak sebab ayah mentua aku tak nak pergi. Ayah mentua aku tak nak pergi tu sebab dia sedih dapat khabar kawan dia di Masjid Kampung Batu Belah meninggal. So dia macam tak berapa nak berjalan jauh-jauh ni. Jadi bila rancangan nak ke Batam cancel, bini aku pun suggest kita duduk jer la kat Kluang. Jalan-jalan sekitar Kluang.
Aku pun on jer la. Dah cuti panjang tak tau nak buat apa. Sekali dah sampai rumah kakak ipar aku, bini aku cakap,
"Jom bang, kita pergi Singapore!"
Aku pun terkejut, ni apahal nak gi Singapore pulak.
"Apsal tetiba nak pegi Singapore? Passport pun tak bawa, macamana nak pergi?"
"Ada bawa ni..."
"Kalau ada bawa passport, jomlah." balas aku. Hahaha
Aku pun dah lama tak pergi Singapore. Rasanya last pergi sebelum fly sambung study di Swiss.
Jadi bermulalah kisah kami anak beranak plus ayah mentua aku dengan kakak ipar aku ber"adventure" ke Singapore.
No comments:
Post a Comment