Sunday, 10 May 2020

Trading Training

Dah lama tak sembang pasal trading.

Semenjak PKP hari tu aku decided tak nak trade pakai real akaun. Aku rasa macam ada benda yang tak kena dengan trading stail aku. So aku nekad nak kenal pasti trading setup yang sesuai dengan aku yang bukan fulltime trader, tapi lebih kepada nak dapatkan pasif income dari trading. Sebenarnya aku nak kenalpasti mistake aku, lepas tu aku nak cuba maximumkan profit.

Aku start dari bulan 3, aku trade demo akaun sampai negatif, lepas tu start balik $1000 usd. Tak sampai sebulan abis deposit demo tu. Minta lagi depo $1000 usd. Yang ni bertahan sampai sekarang cuma dah kurang 60%, tinggal dalam $400 usd jer. Dalam tempoh dari bulan 3 sampai la masuk bulan 5 ni, banyak yang aku belajar. 

1. Aku tengok video2 DDNK yang dia post kat dalam FB dia. Even basic tapi benda ni paling penting. Boleh kata, hari-hari aku tengok video dia berkenaan trading.

2. Benda pertama aku realise adalah capital. Capital kena cukup besar untuk tampung floating supaya tak margin call. Kemudian position size. Kalau capital kecil, position size kena kecil. Ni termasuk sekali kalau nak buat layer. Even aku try demo dengan $1000 USD pun boleh bungkus kalau tak tengok position size ni. Benda ni yang orang kata jaga money management.

3. Timeframe (TF). Dulu aku trade aku akan pakai TF5m, paling tinggi pun TF15m. Lepas kaji2 balik (aku banyak rujuk babypips.com), aku sedar aku buat silap besar kat sini. TF ni ikut pada trading stail orang tu. TF rendah untuk scalping, TF tengah2 untuk intraday, TF besar untuk swing. TF ni subjective sebab dia tengok pada keselesaan trader. Secara jujurnya trading kat TF rendah atau scalping kena fokus dan kena consistent tengok chart. Untuk aku yang susah nak tengok chart, TF rendah tak sesuai untuk aku. Aku lebih kepada TF1h, TF4h. Stail aku sekarang aku tgk TF4h untuk overall trend, TF1h untuk current trend atau market bias, TF15m untuk timing entry.

4. Paling penting kena kenal pasti trend. Aku kaji kalau uptrend dengan downtrend yang jelas, memang entry tu akan profit. Yang susah bila sideway trend. Skrang ni aku tengah nak displin bila tak nampak trend yang jelas, tak payah masuk market. Ini yang susah sebab mindset kita asik nak trade tapi bila market tak jelas, risk untuk rugi jadi sangat besar.

5. Kenal pasti support dan resistance (SNR). Aku dulu bila trade aku tau kat mana SNR ni tapi SNR yg aku buat tak solid. Bila aku tengok balik video2 DDNK, SNR ni ada yang minor ada yang major. Major susah nak break, minor ni senang nak break. Nak kenal pasti mana major dengan minor kena undur chart ke belakang sejauh yang mungkin.

6. Bila nak entry? Yang ni dah masuk kepada trading method. Aku practise entry time breakout, ada signal wave abc dan pakai indicator stochastic. Trading method ni sebenarnya ikut kesesuaian trader yang mana dia selesa. Cuma DDNK selalu tekankan trading method ni better yang simple supaya tak jadi fenomena terlebih menganalisi atau paralysis analysis.

7. Kena letak stoploss atau cutloss (CL) dan kalau boleh target profit (TP). CL ni penting dan aku mengaku dulu aku trade tak letak CL. Kenapa penting? Sebab bila lepas entry market tak bergerak mengikut apa yang dianalisi, modal capital tak abis kena telan. Kena terima hakikat yang trader tak akan 100% profit setiap kali masuk market. Ini pun salah satu dari cabang money management. Perkara paling penting yang aku belajar berkenaan CL ni adalah takpe rugi sikit daripada habis capital lepas tu tak boleh trade. Yang penting dengan ada capital ataupun peluru, masih ada peluang untuk trade dan dapat profit. 

8. TP pulak untuk elakkan jadi tamak. Bukan tak pernah kena position dah untung tapi tak close, last-last jadi rugi. Sekarang ni aku lebih setkan CL dan TP ikut SNR. Ada satu teknik pakai fibo retracement tapi bila pakai phone macam leceh nak tarik. Pastu chart jadi semak. Buat masa ni, SNR tak mengecewakan cuma kadang-kadang profit tu tak maximum. Yang ni nanti aku pelan2 cuba adjust balik kalau fibo tu hit rate dia tinggi.

9. Trading time. Yang ni aku masih belum mahir sebab belum dapat rentak. Trading time ni ialah tentukan masa bila nak trade. Masa US open ke, Europe open ke atau nak tengok chart 24 jam. Buat masa sekarang aku selalunya trade dari Europe open sampai la tengah malam (termasuk US open la ni). Tapi bila trade macam ni kualiti trade jadi tak menentu sebab kemungkinan penat tengok chart. DDNK suggest dan praktis trade US open sahaja. Aku masih lagi undecided dan tak cukup training.

10. Trading plan. Yang ni aku tak abis study dan tak buat lagi. Trading plan ni antara benda yang penting untuk jadi successful dalam trading sebab trading plan ni umpama SOP kepada trader. Aku tak sempat buat trading plan aku sendiri cuma aku dah cari video2 kat youtube macamana trader plan trading dorang. Trading plan yang aku tengok tu memang detail termasuk trading time, timeframe, position size, target profit, dan bila nak stop trading dengan condition2 tertentu (dah untung atau banyak sangat rugi).

Bila aku kaji balik, sebenarnya ada banyak lagi yang aku perlu belajar, buat, praktis sampai dapat result yang konsisten. Pesan DDNK yang aku ingat, kalau trade semborono jer dengan takde kawalan, dalam tempoh 6 bulan, capital akan hangus dan trader akan busted. Untuk elakkan jadi macam ni preparation sangat penting. Kerja trader ni senang jer kata DDNK, baca chart pastu kenalpasti market nak naik ke turun. Paling penting jangan takut rugi, jangan terlampau tamak dan jaga emosi. Sekarang ni aku masih lagi menahan diri dari trade real akaun, pertama aku sedar aku kena ada capital yang cukup, kedua aku kena biasakan diri untuk terima kerugian, dan ketiga aku kena tahan diri untuk trade bila market trend tak jelas dan bila aku tak boleh fokus.

Salah satu lagi yang aku kena belajar ialah macamana nak trade dengan lebih banyak layer. Pastu macamana nak preserve profit. Takpa pelan-pelan kayuh, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum tuan yang budiman.. Boleh ke nak berkawan.. Sambil sambil mengajar saya trading WTI & Brent.. 01110762917

Babuji said...

Terbaik