Tuesday, 30 March 2010

Waktu Tidur

Salam,

Sekarang ni kat europe, time dah dicepatkan sejam pasal dah nak summer kan. Reason dorang cepatkan time ni pasal taknak la jam 2-3 pagi dah cerah, so dorang cepatkan sejam jadi kalau jam 2 tu jadi la jam 3. Kalau summer mmg jam 4 dah cerah dah so kalau tak cepatkan time, jam 3 dah cerah..memang tak cukup tidur la kalau mcm tu.

So apa kaitan ngan tidur ni. Baru ahad lepas dorang cepatkan jam tapi effect kat aku adalah time tido. Bila tengok jam pukul 11, dalam hati aku cakap alaaa baru jam 10. Last-last dua tiga hari ni aku tidur jam 3-4 pagi. Time makan pun tereffect jugak cuma tengahari jer jam 12 automatic perut ni lapar. Tapi kalau malam mcm semalam jam 9 baru nak masak.

Jadi sekarang ni aku tengah berusaha untuk menetapkan semula waktu tidur. Dulu jam 12-1 aku dah sangap dah. Ni jam 3 otak berpikir lagi. Mungkin pasni aku kena tutup laptop jam 11 pastu baring-baring tunggu mata lelap. BTW, aku tertengok status FB si KA pasal cukup ke tidur 6 jam sehari. So apa kata anda?

Wednesday, 24 March 2010

Latex dan Lagu

Salam,

Right now, I finished writing article using Latex...wahaha gembiranya hatiiiiii. Well I think most of our generation dont even know and dont want to know Latex but I think it is really helpful for academic writing. As for me, Fabio forced me to use it..huhu and stated the Words is only for writing a letter..ambik ko betapa hinanya Words. So for you who want to learn Latex, you can go to this webpage. And if you out there dont know what Latex is, feel free to ask uncle google and bro yahoo. The secret is to try and use it right away, but of course you need to understand a little bit on how to format the templates first. After that, I think is straight forward writing. Of course, you need to understand the "code" for citation, table and formulas but it is easy after you get to know how it works. So thank to Latex, I dont have to worried about the formatting thing anymore.

So the best song to listen while learning Latex is




WELCOME TO THE JUNGLE....

ciao ciao, arridiverci..

Thursday, 18 March 2010

Kereta oh Kereta

Salam,

Ahaaa ni nak tunjuk gambar hari tu pergi Geneva Motor Show. Memang canggih la autoshow ni patut la proton beriya-iya nak pegi show gak kereta baru. So kebanyakan gambar kereta yang aku ambik adalah kereta concept. Kalau tak paham apa benda kereta concept tu bole la tanya pakcik google yang popular tu k.

Tag Heuer concept car


Camaro

bole mimpi jer la ek nak dapat kereta ni

Hyundai
Ferari
Menang dah kereta ni kat Bahrain

Audi
Bentley
kereta tak mampu milik.. =P
PROTON EMASSS!!!

Aku dah tempah satu dah...korang bila lagi =P
Alfa Romeo
Side belakang yang pelik
Daihatsu, cute ooo kereta ni..klu perodua keluarkan aku akan consider untuk beli dengan harga sebijik kereta viva..hehe
Cube teka apakah ini..keluaran Honda


Peugeot..kereta idaman kawan ku si pijan
Kia..tinggal kenang dah

Apa yang best tengok Geneva Motor Show ni?? sama jer dengan tengok mana-mana motorshow cume kat sini dorang show concept car, new technology and new car. Pastu company yang participate pun banyak..kalau kereta2 kategori sport yang mahal2 tu tak bole nak berebut pegang kereta tu. kena beratur pastu masuk sorang2, pastu ada orang layan kita macam kita nak beli kereta.

Pasal proton emas, nampak macam kecik tapi kat dalam tu besar wei..kat ruang dalam tu macam besar waja ooo. Tapi lambat lagi la nak keluar pastu tak 100% nanti bila jual akan keluar yang macam concept car ni. So tunggu jer la. Cuma orang proton tu cakap akan kuar kereta baru proton pakai body lancer baru. Tu dia cakap aku tulis jer. Kita tengok dan lihat la nanti k.

p.s: pancit aku nak jalan satu dewan tu (dewan ke haaa besar macam tu..) baru setengah dewan aku dah pewai dah.

Friday, 19 February 2010

Hari yang Cerah di Lugano

Salam..

Hari tu hari yang cerah kat sini jadi terasa nak ambik gambar dari perjalanan pulang appointment dengan doktor. Cuaca jer cerah tapi masih sejuk lagi cuma seronok la jalan kaki balik university pasal pemandangan Lugano ni memang sejuk mata memandang.

trademark lake kat switzerland, mesti ada air pancut




Museum Art. Ada exhibition pasal robot tapi tak sampai hajat lagi nak tengok


kalau dapat bawa balik Malaysia keta ni..perghhhhh

bendera LVGA tu bendera Lugano. sini bendera dorang simple-simple

via Nassa, famous shopping street kat Lugano ni, tapi untuk aku window shopping jer la pasal mahal sangat
Jalan balik ke rumah lalu sungai yang damai

mikael bin ahmad bostami, unmese, bambini che e nato a milano

ciao ciao

arridiverci

Monday, 8 February 2010

Sick and Snow

Salam..

Minggu lepas adalah minggu yang paling menyeksakan bila aku jatuh sakit. Aku rasa ini sakit kedua selepas aku datang ke bumi Switzerland ni. Dulu sakit masa mula-mula datang, terkejut dengan cuaca sejuk, terus demam. Tapi kali ni aku tak demam cuma kulit aku gatal-gatal dari tangan terus naik ke badan, turun ke kaki. Bila dia dah start naik ke leher dan telinga aku dah start cuak. Mula-mula tu aku ingatkan aku just gatal-gatal pasal cuaca kering tapi bila dah jadi macam ni aku pun terus pegi jumpa doktor. Tapi paham-paham jer la kalau kat oversea ni nak jumpa doktor bukan macam di Malaysia, kena buat segala appointment dulu baru la dapat pegi jumpa doktor.

Aku dapat appointment doktor hari jumaat jam 11 pagi. So time ni dah pegi farmasi la disuruh beli ubat bagi kurang sikit gatal-gatal tu. Hari jumaat tu pulak boleh turun snow selebat-lebatnya macam baru turun first time winter ni. But, lucky to me pasal hari tu balik Malaysia tak sempat jumpa snow sebelum balik. Aku dah ingat mmg tahun ni takda snow la untuk aku tapi akhirnya dapat juga aku tengok snow untuk tahun ni. Gambar-gambar di bawah aku ambik masa aku nak pegi jumpa doktor dengan beli ubat kat farmasi selepas jumpa doktor. (sini punya system memang macam ni, doktor bagi prescreption kita pegi beli sendiri ubatnya.)


Tebal snow hari tu sampai aku teringat nak main slide..heh tapi tak sihat nak wat camne kan
snow depan apartment aku. baru nak start tebal ni
Lalu jambatan nak pegi farmasi. Agak-agaknya bole ke sungai ni beku?

Alhamdulillah, kulit aku dah semakin baik. Dah kurang gatal-gatalnya dan dah hampir hilang bekas-bekas yang digaru tu. Yang tak bestnya, ubat dia bagi sangatlah berminyak. So boleh tahan la dia punya melekat dan melekit tu. Tapi kalau nak sihat kena la pakai juga. Aku berharap selepas ni aku tak lagi kena sakit-sakit yang teruk sebab minggu lepas aku tak dapat buat apa-apa sampai sekarang ni aku terpaksa extend tarikh review prospectus dengan aku terpaksa berhempas pulas buat paper deadlines ujung minggu ni. Harap-harap aku dapat buat.

Okay, ciao ciao

Arridiverci