Monday, 8 February 2010

Sick and Snow

Salam..

Minggu lepas adalah minggu yang paling menyeksakan bila aku jatuh sakit. Aku rasa ini sakit kedua selepas aku datang ke bumi Switzerland ni. Dulu sakit masa mula-mula datang, terkejut dengan cuaca sejuk, terus demam. Tapi kali ni aku tak demam cuma kulit aku gatal-gatal dari tangan terus naik ke badan, turun ke kaki. Bila dia dah start naik ke leher dan telinga aku dah start cuak. Mula-mula tu aku ingatkan aku just gatal-gatal pasal cuaca kering tapi bila dah jadi macam ni aku pun terus pegi jumpa doktor. Tapi paham-paham jer la kalau kat oversea ni nak jumpa doktor bukan macam di Malaysia, kena buat segala appointment dulu baru la dapat pegi jumpa doktor.

Aku dapat appointment doktor hari jumaat jam 11 pagi. So time ni dah pegi farmasi la disuruh beli ubat bagi kurang sikit gatal-gatal tu. Hari jumaat tu pulak boleh turun snow selebat-lebatnya macam baru turun first time winter ni. But, lucky to me pasal hari tu balik Malaysia tak sempat jumpa snow sebelum balik. Aku dah ingat mmg tahun ni takda snow la untuk aku tapi akhirnya dapat juga aku tengok snow untuk tahun ni. Gambar-gambar di bawah aku ambik masa aku nak pegi jumpa doktor dengan beli ubat kat farmasi selepas jumpa doktor. (sini punya system memang macam ni, doktor bagi prescreption kita pegi beli sendiri ubatnya.)


Tebal snow hari tu sampai aku teringat nak main slide..heh tapi tak sihat nak wat camne kan
snow depan apartment aku. baru nak start tebal ni
Lalu jambatan nak pegi farmasi. Agak-agaknya bole ke sungai ni beku?

Alhamdulillah, kulit aku dah semakin baik. Dah kurang gatal-gatalnya dan dah hampir hilang bekas-bekas yang digaru tu. Yang tak bestnya, ubat dia bagi sangatlah berminyak. So boleh tahan la dia punya melekat dan melekit tu. Tapi kalau nak sihat kena la pakai juga. Aku berharap selepas ni aku tak lagi kena sakit-sakit yang teruk sebab minggu lepas aku tak dapat buat apa-apa sampai sekarang ni aku terpaksa extend tarikh review prospectus dengan aku terpaksa berhempas pulas buat paper deadlines ujung minggu ni. Harap-harap aku dapat buat.

Okay, ciao ciao

Arridiverci

8 comments:

MRM said...

Glad to hear that you're getting better now. Tu la kan, sometimes kita dah plan baik punya, tiba2 time2 tu la ada masalah datang...dugaannnnn...

Takpe2, skrang dah sihat, so go start the engine and vrroommmmm! :)

Good luck!

Az Azrinudin Alidin said...

memang terasa banyak benda kena buat tapi takpa pelan2 kasi panas engine. Daripada tak buat pape at least ada walaupun mungkin tak sebaik yang kita nak.

BTW thanks MRM..so dah prepared ke nak pegi europe ni??

Oyis said...

hari yg lps kita chat tu aku plak muka jd kering. riso ko, in case la kan dah nasihat2 org, tetiba jadi kat aku sendirik... tp alhamdulillah sket je la. syukur jg sbb ko dah nak baik. aku mmg rimas kalo nak pkai losen biasa satu badan, apatah lg la kalo ubat yg melekit mcm ko ckp tu, tp dah namanya ubat, kena tahan sket la ek?

btw, mas, kalo nak gi europe tu mungkin bole invest beli vaseline kot? mmg tgh sejuk n kering giler skang ni huhu..

Az Azrinudin Alidin said...

Thanks oyis..semoga doa2 kalian bikin aku makin sihat dah boleh buat kerja dengan selancar-lancarnya. ameeen

Ahmad Javanese said...

gatal2 ni mmg sangat2 annoying. hehehe. harap2 ko sembuh copat :)

aku skang ni pon, dah develop penyakit gatal. tak tau apa punca nye. bila aku garu satu tempat gatal... then tetiba bahagian2 berdekatan akan gatal gak. yg tak best nya, dia datang mencucuk2. sampai aku buleh ter jerk jerk sana sini. hehehehe. anywayz... nanti aku pon nak jumpa doktot... kot2 dapat ubat minyak2 gak ke? nanti kita buleh blog pasal ubat iye Azri? heheheh...

okes. selamaaat

Az Azrinudin Alidin said...

uish ko kena jumpa doktor tu pian..skrang ni macam-macam penyakit yang kita tak sangka bole ada..macma aku ni mana sangka boleh naik gatal-gatal satu badan..kulit jadi kering plak tu.

bila ko dah jumpa doktor dah dapat nasihat dia bgtau la kat sini tak pun ko blog la pasal benda tu manatau bole jadi panduan ke ape

oriat aku doakan kita sume sihat hendaknye

&137 4P15 said...

heheheheh penyakit gatal2 ni senang jer geng nak ubat, berendam ja dalam lumpur....gerenti hilang. Masalahnya kat tempat ko tarak lumpur semua salji so tak dapek ler nak berkubang hehheheeh....

sumpit said...

aku jd gak gatal2 time baru2 smpai dulu.
Aku rasa masalah kulit ni is common especially time baru smpai sbb kita x biasa. Dah ramai member aku jd camtu, tp ko nye case, lmbat skit kot efffect dia.

Aku gatal hari tu, dia naik biji2 kecik belakang badan, penuh!! Gatalnya.... tak leh nak cite, dok tergaru2 aku kat opis cam monyet.

Dah la insurance blum start, bayar la doctor n ubat pakai duit sendiri. Tp alhamdullillah, 2-3 terus kurang...