Monday, 26 April 2021

Happy Birthday To Me

Aku tak sempat nak buat posting ngam-ngam time birthday aku. Biasalah sekarang ni malas len macam. Aku kena ubah habit, kena buka laptop time malam untuk update blog, takpun baca ebook.

Well, tahun ni birthday aku yang ke 41. Tua dah ni dah masuk 4 series. Kalau tak ingat umur sendiri terasa macam masih 30-an jer. Bila pikir-pikir balik, dah tua ni. Lagi-lagi bila teringat ada saudara-mara yang seumur dengan aku ada yang dah meninggal. Huuu len macam rasa tu. 

Tapi syukur alhamdulillah, kesihatan aku baik, kerja ok, duit cukup tak la kaya tapi tak la miskin. Boleh lagi makan minum kat luar bawa family. Cukup dengan seadanya.

Aku cuma bermohon pada Allah agar rezekiku dan keluargaku dipermudahkan dan diberkati, punya kesihatan yang baik, punya keluarga yang harmoni, amalan-amalan yang diterima dan keampunan dosa sempena harijadi aku ni.

Rambut dah panjang, lagi ketara uban

Simpan untuk kenangan rambut panjang sebab covid


 

Monday, 15 March 2021

Sekolah dah Mula

Kakak dah start sekolah. Taska adik tak buka lagi. Ni sebab lama duduk rumah tak boleh nak berpisah dengan kakak. Jadi adik pun mengikut la hantar kakak ke sekolah. Nasib baik la sekolah dekat. Nak hantar adik balik pun sekejap jer. 

Adik dah macam stail makcik-makcik nak pegi pasar pagi. Pastu bila beli barang kena minta diskaun hehehe ^_^ 

Semua nak color matching. Sampai botol susu pun nak sama color. Sib baik la beg kat rumah takda yang sama warna.

Kakak steady jer nak masuk sekolah. Dah jadi senior kat sekolah. Even baru darjah 2..hihi

 

Habit Scroll Video

Ntah la bila aku dapat habit tengok video kat facebook ni.

Benda ni sangat-sangat la buang masa. Kadang-kadang tu aku saja buka video sebab tak mengantuk. Tapi bila dah start, tak sedar dah 2-3 jam spend tengok video kat facebook tu.

Video yang aku tengok tu pun selalunya yang engineering, bola, sampai la video mengarut lawak-lawak bodoh. Bila dah sedar benda ni buang masa kadang-kadang terpikir gak. Apa aku dapat tengok video-video ni?? Mostly video aku tengok tu tak berguna untuk aku pun. Just untuk entertainment.

Masalahnya benda bila dah jadi habit susah nak buang. Kena force diri. Kalau tak memang melekat la habit yang tak berapa elok ni. Sekali sekala takpa la. Ni boleh kata tiap-tiap malam kot. 

Sekarang ni aku tengah cuba buang habit ni dengan create habit baru. Habit baru aku ajar anak aku matematik start dari jam 9 sampai jam 10.30. Pastu anak aku tidur, aku start study chart. Sekarang ni modal tengah sangkut. Tapi takpa study dulu dari aku buang masa tengok video-video tu. Kadang-kadang ada juga video yang best tapi tak selalu keluar. Aku pun bukan search. Just follow suggestion by fb bila tengok video ni.

Ni belum lagi cerita wall feed fb. Aku jadi pelik pulak sekarang ni semua orang nak tonjolkan diri kat alam maya. Maybe sebab aku dah tua kot sebab aku tak paham kenapa nak kejar like dan share unless kalau orang tu berniaga lain cerita. Dapat like dengan share ni boleh dapat income ke dari fb. Kalau jadi influencer tu lain sebab income bila dapat jadi duta produk. 

Ke sebab aku dah tua tak dapat nak hadam??

Thursday, 28 January 2021

Cerita Trading Lagi

Dah lama tak cerita pasal trading.

Kalau tak silap dalam akhir bulan 11 atau awal bulan 12 aku start trade real account. Nak implement apa yang aku dah praktis. Aku ada buat post kat sini cerita pasal apa yang aku praktiskan.

Ceritanya masa awal-awal trade real account tu, aku dapat profit. Tapi lama-lama teknik tu tak berapa nak menjadi. Rugi lebih banyak dari untung. Sampai tahap aku rasa macam ada tak kena dengan teknik ni. Ini perasan aku la. Bila aku kaji balik kenapa ada perasaan begitu then aku buat kesimpulan. 

1. EMOSI. 

Ini paling susah nak kawal. Bila dah profit, aku fikir teknik jadi. Lepas ni kalau entry mesti profit sebab guna teknik sama. Padahal tak semestinya. Kena ingat market bukan kita punya. Lepas tu bila rugi. Mesti akan ada rasa nak revenge trade. Last-last rugi lagi. Sangat susah nak bertenang dan control emosi ni. Patutla nasihat otai-otai bila dah rugi atau profit kena stop trade sekejap. Tenangkan minda. Sebab kita ni akan teringat trading yang dah lepas jadi kita akan jadi either excited or moody. Jadi kononnya trade dengan teknik tapi sebenarnya dah langgar setup.

2. TRADE FATIGUE. 

Ini aku sendiri cuba dan tested. Selalunya kalau aku entry satu atau dua layer sahaja, aku lebih tenang dan fokus. Tapi kalau aku entry banyak layer, aku jadi kelam kabut. Tak tau kenapa, maybe aku belum cukup teror dengan entry layer-layer ni.

3. LUPA TEKNIK. 

Sebab pernah jadi la aku buat kesimpulan ni. Trading ni sabtu, ahad market tutup. Bila 2 hari berehat, boleh lupa trading teknik. Sampai aku tertanya hari tu camne aku boleh profit?? 

4. DONT LOSE MONEY.

 Kalau dah profit, asingkan profit tu. Kalau dah rugi, jangan sampai abis duit. Pastikan sentiasa ada duit untuk trade. Kalau duit abis, macamana nak trade? Pastu trade yang rugi tu boleh recover balik kalau ada duit untuk trade.

5. BALIK KE BASIC. 

Bila dah rasa sesat atau trade asik tak jadi, balik semula ke basic teknik. Trend, support dan resistant. Marked support resistant. Pecah support, tunggu retrace dan setup, sell. Pecah resistant, tunggu retrace dan setup, buy. Follow trend.

Ni hasil pemerhatian aku la. Maybe tak applied kat orang lain. Bila aku tengok balik trade history aku, semua yang aku list ni jadi penyebab aku rugi dalam trade. Lagi-lagi bila tertengok video kat youtube berkenaan teknik trading. Video tu mempengaruhi trading teknik yang asal. Sudahnya tak jadi apa.

Sekarang ni baru aku paham bila ada otai-otai kata trading ni bukan untuk semua orang. Umpama macam memancing. Tak semua orang boleh tahan. Trading ni macam memancing. Kita tau tempat tu lubuk tapi tak semestinya dapat ikan. Sama macam trade. Kadang-kadang terlepas setup, tak sabar nak tunggu setup dan kejar setup. Ni balik pada emosi. Kalau tak stabil memang payah la.

Orait. Len kali aku post lagi pasal trading. Ni cuma cebisan pengalaman aku. Untuk rujukan aku bila aku perlukan nasihat di masa depan. EH.

Thursday, 14 January 2021

Rancangan TV

Sejak Covid ni, aku perasan kat TV dah takde cerita. Semua channel sama. Tak kira la RTM ke, TV3 ke, Astro ke, sama jer semua ulang balik tayang cerita. Kalau ada cerita baru pun drama pukul 7 TV3 yang aku memang tak layan. Tak kuasa nak layan cerita berbelit-belit. Berbelit kira ok lagi tapi tak tahan bila cerita tu macam tonjolkan sisi kurang ajar lebih banyak dari sisi kebaikan. Kalau ada kebaikan pun tak jelas dan kena fikir. Kalau anak-anak tengok, mudah dorang ni ikut benda-benda yang tak elok tu.

Aku ni selalu layan movie kat tv. Hari Selasa kat TV2, movie english, kalau kat TV3 hari Jumaat. Kadang-kadang layan jugak la hindustan hari Rabu. Sejak PKP ni, rasanya rancangan TV pun tak ikut jadual. Kadang-kadang jer ada movie english. Pelik pulak aku. Bukan ke selalunya dorang ulang tayang jer cerita lama. Aku suka layan movie kat tv ni best sebab ada iklan. So boleh berenti jap minum air. Kalau anak meragam pun boleh layan jap anak. Kalau tengok movie kat laptop, nak pause sekejap tu jadi tak best. Potong stim orang kata. Kalau kat tv takpa sebab tak boleh nak control. Hahaha

Pastu sekarang ni semua channel asik buat rancangan pertandingan nyanyi. Macam la Malaysia ni tak cukup penyanyi. Suara biasa-biasa jer kot. Hahaha. Takde pulak dorang ni nak buat rancangan cipta lagu ke, cipta lirik ke. At least lain la dari yang lain.

Yang jual barang kat tv ni lagi la aku menyampah. Dah ada slot khas untuk dorang jual barang. Kalau dulu iklan jer. Skang ni full slot 1 jam jual barang. Dah macam pegi tengok orang jual barang kat pasar malam. Bayangkan on TV nak hiburan, tapi kena suap dengan rancangan jual barang. Macam kena paksa dengar orang direct selling promote borang. Nak lari kemana pun tak boleh.

No wonder la skrang ni orang layan streaming, youtube, tiktok. Sebab content kat tv pun dah macam hampeh. Aku pun skrang ni on tv sebab tak nak sunyi jer. Tak tengok pun tv tu. Ni pun anak asik tengok channel kartun. Aku pun nak tak nak terpaksa layan kartun. Janji ada hiburan