Saturday, 9 February 2019

Singapore: Unplanned Travel

Ini semua bini aku punya kerja

Sempena cuti panjang Chinese New Year minggu lepas (2-6 Feb), bini aku cadang kat aku nak pegi Johor, rumah kakak dia kat Kluang. Niat asal tu sebenarnya dia nak pergi Batam. Aku pun tak tau la sapa punya idea nak pergi Batam ni. Aku dulu pernah pergi Batam tapi ikut bot dari Singapore, bukan dari Johor. Kalau dari Johor tak tau la pulak berapa jam nak ke Batam.

Lepas tu tak jadi pulak sebab ayah mentua aku tak nak pergi. Ayah mentua aku tak nak pergi tu sebab dia sedih dapat khabar kawan dia di Masjid Kampung Batu Belah meninggal. So dia macam tak berapa nak berjalan jauh-jauh ni. Jadi bila rancangan nak ke Batam cancel, bini aku pun suggest kita duduk jer la kat Kluang. Jalan-jalan sekitar Kluang.

Aku pun on jer la. Dah cuti panjang tak tau nak buat apa. Sekali dah sampai rumah kakak ipar aku, bini aku cakap,

"Jom bang, kita pergi Singapore!"

Aku pun terkejut, ni apahal nak gi Singapore pulak.

"Apsal tetiba nak pegi Singapore? Passport pun tak bawa, macamana nak pergi?"

"Ada bawa ni..."

"Kalau ada bawa passport, jomlah." balas aku. Hahaha

Aku pun dah lama tak pergi Singapore. Rasanya last pergi sebelum fly sambung study di Swiss. 

Jadi bermulalah kisah kami anak beranak plus ayah mentua aku dengan kakak ipar aku ber"adventure" ke Singapore.


















Thursday, 7 February 2019

Beijing, China: Preparation

Trip to Beijing, China from 13-20 Jan 2019.

Basically, trip to China ni more or less agak tiba-tiba because aku tak expect kena pegi China awal tahun. Aku expect mungkin dalam pertengahan tahun bila cuaca kat China dah kurang sejuk dan ada preparation before pegi sana. Dari tahun lepas lagi CEO dah bagitahu cuma pada aku mestilah ada discussion before pergi, ada planning, apa nak buat, purpose nak ke sana etc. 

Then, rasanya dalam 2 minggu sebelum pergi kot, bos bagitahu kena pegi China, CEO baru jer bagi tahu dia. Aku pun terkejut then tanya,

"eh apsal awal sangat bos, tiba-tiba jer." 

Bos aku cakap, 

"CEO baru tahu kat China cuti panjang sebab tahun baru Cina. So dia tak nak tunggu sampai dorang abis cuti dan kita tak dapat buat apa-apa." 

Reaksi aku pulak time tu jadi, 

"adeh, banyak benda nak kena urus ni bos. Berapa lama kena pegi ni bos?"

Bos,

"seminggu, takkan pegi hari kot."

Aku pulak masa tu terfikir camna la anak bini aku nak kena tinggal seminggu ni. Anak pun baby lagi. Bini pulak tak pandai drive. Jadi stress la pulak tiba-tiba. Wahaha.

Dan Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Bini kata takpa dia boleh handle. Aku plan nak bookingkan teksi untuk sewa seminggu. Bini aku taknak, dia nak pakai Grab takpun MyCar. Aku ok kan jer. Aku asik pikir time nak pergi kerja tu nak siapkan anak-anak, risau Amirah buat perangai liat bangun pagi. Tapi bini aku cerita ok la pulak time aku pegi China tu. Bangun pun awal, suruh mandi pun ok. Senang cerita tak buat perangai lah.

Preparation aku pulak nak pegi China ni kelam kabut. Cuma aku pikir nasib baik la aku pergi tak bawa family kalau tak lagi la pening macam pegi New Zealand hari tu. Dah la pegi tengah bulan time duit gaji dah banyak guna. Hahaha

Kena pulak bila CEO bagitau sekarang ni winter kat China. Aku pulak masa tu terlepas pandang sebab pernah duduk Swiss so apa sangat la winter kan. Sekali aku cek weather kat Beijing consistently dalam -1, jadi gelabah aku. Gila sejuk wei. Suhu paling tinggi pun 6C, paling rendah cecah la -9C. Aku pulak tak la heran sangat dengan sejuk tu cuma aku risau kulit jadi gatal-gatal sebab gatal-gatal kat belakang aku ni pun baru jer nak sembuh.

Memang macam-macam dugaan la nak pegi outstation ni. Tapi bila pikir-pikir balik bukan dugaan sebenarnya tapi lebih pada kerisauan yang tak patut-patut. Aku pun last-last tu malas nak pikir, langgar jer la. Janji selamat pegi dan balik. Bagitau doktor yang treat kulit aku, aku kena pegi China, dia prescibed ubat. Tukar duit RM ke Yuan RMB. Sib baik duit RM tinggi sikit banding Yuan RMB lebih kurang 1 Yuan RMB dalam 0.6 RM. Aku tukar pun asal ada duit nak guna untuk makan. Makan pun aku risau sebab aku takut susah nak cari makanan halal. Aku ni kalau makan bukan lah memilih sangat sebab dulu kat Swiss pun aku makan apa yang ada. Janji halal. Tapi tak larat la wei kalau nak mengadap makanan vegetarian jer. Kalau ada ikan ok dah pada aku.

Forbidden City
Alright aku sambung dalam posting lain. 



Monday, 28 January 2019

Bengkel Free: Business Checkup

Aku pegi bengkel business checkup ni pada 5 Jan lepas. Sebabkan aku pegi awal bulan January, aku tak nak terlupa sebab pengisian bengkel ni pada aku agak baik. Dan aku boleh refresh balik apa yang aku belajar.



Overall aku dapat refresh balik benda-benda lama yang aku belajar. Dapat networking dengan orang-orang business. Belajar juga benda baru macam MOFAS tool, Strategi 5 Naga dan sebagainya.

Tapi yang paling terkesan dihati aku bila Coach tu cerita berkenaan nak tolong orang. Katanya, ada kisah Nabi berkenaan nak tolong orang ni. Orang ni sangat susah, yang ada dirumahnya cuma tikar untuk dia tidur dan mangkuk/besen kecik untuk orang sedekah bubur kat orang susah ni. Dia datang ke Nabi mengadu masalah kesusahan dia. Nabi tanya dalam rumah kamu apa dia barang yang boleh dijual. Dia bagitau cuma ada tikar dan mangkuk. Nabi suruh pilih yang mana kamu nak jual. Dia pun pilih mangkuk. Dan ada sahabat Nabi beli mangkuk tu. Orang tu disuruh untuk gunakan duit yang dia dapat hasil jual mangkuk tu untuk start modal berniaga.

Pengajaran dalam cerita tu:
+ kenapa dia tak pilih tikar untuk dijual? Manusia ni sanggup lapar dari kurang tidur
+ kenapa Nabi nak dia pilih barang untuk dijual sedangkan boleh jer sahabat lain bantu bagi duit? Sebab Nabi bila nak tolong orang pun Nabi nak orang tu korbankan sesuatu untuk ubah nasib dia.

Kalau aku ada salah tulis berkenaan kisah di atas, aku mohon maaf sebab aku cuma dapat tangkap pengisian dia. Kisah dia tu tak dapat tangkap dengan details. Tapi lebih sesuai bila ada orang cerita daripada dibaca sebab penekanan kepada pengajaran tu.

Diubah suai dari BMC, untuk pencapaian personal

Untuk business checkup ni banyak cara atau method yang diberikan untuk periksa balik macamana business kita. Yang paling penting kena pastikan cashflow positif dengan kenalpasti hasil lebih banyak dari belanja. Ini basic la cuma nak kenalpasti dengan lebih dalam tu banyak kerja. Aku kena study satu persatu method yang diberi masa bengkel dan sesuaikan dengan business aku. Lagi aku tertarik bila Coach cakap business ni kena lahirkan 5 naga bukan naga berkepala 5.

Aku sangat berharap dapat kongsikan pengisian bengkel ni dengan lebih details. Hopefully aku ada masa untuk tulis dan kongsikan dalam blog ni.

Thursday, 24 January 2019

Sebelum Balik Malaysia

Last ambik gambar rumah tumpangan..heeee

Bini nak gambar pemandangan

Bini nak gambar pemandangan + rumah

Selfie with Aqilah

Selfie with my kids

Cantik pulak bunga ni..jadi aku snap ambik gambar

Dalam kapal nak balik Malaysia
Siri akhir jalan-jalan New Zealand. Hahaha

BTW, aku baru balik dari China. Nanti aku buat posting on my trip to China. Ni trip kerja. Arahan bos yang dibuat secara tiba-tiba. Without any preparation terus kena outstation gi China. 

InsyaAllah kalau ada rezeki nak pegi lagi New Zealand tapi nak pegi stail roadtrip. Nak tengok kampung2 kat sana dan pemandangan. Kena tunggu anak besar sikit sebab so mudah nak bawa berjalan dan kurang buat perangai. Trip kali ni pun agak kelam kabut. Sebab baru nak settle down dengan baby baru. But overall syukur dengan rezeki dan keizinan Allah, sampai juga kami ke sana.

Tuesday, 8 January 2019

Airbnb di Auckland

Laaawa kan rumah ni

Lawn kat depan pintu

Cantik rumahnya. Selesa dan berbaloi

Nak pegi Queenstreet naik bas aje. Dalam 40 minit dah sampai

Besar kapal tu


Lepak-lepak sambil tengok orang lepak

Amirah nak ambik gambar dengan pokok. Pokok tu lampu tukar-tukar warna

Penat tolak stroller. Anak-anak tido, best la boleh tido.
First time sebenarnya booking tempat tinggal guna Airbnb. Rancangan asalnya nak book hotel kat area city centre. Tapi mahal nak mampus. Pastu rasa macam tak best la pulak asik duduk hotel jer. Jadi kami pun decide nak cuba Airbnb. Airbnb ni kalau kat Malaysia macam homestay la. Cuma tempat yang aku tinggal ni, owner duduk tingkat atas, kami kat bawah. Owner sangat baik, barang-barang asas disediakan macam tuala, pinggan mangkuk, microwave, garam dan gula. Tempat tu pun tak jauh dari city. Dalam 30 minit naik bus. Berhampiran tempat tu ada park boleh jalan kaki ker. Yang kurangnya takde kedai yang berdekatan. Yang ada pun macam kedai tu macam tak cukup barang. But overall rasa selesa duduk situ. Rasa releks macam nak lepak jer kat rumah.