Esok adalah penanda hari yang aku dah seminggu balik Lugano. Setakat ni, jetleg dah hilang, makan pun masih ok, belum lagi sampai rindu makanan malaysia. Balik malaysia hari tu memang aku makan cukup-cukup. Segala benda aku makan tapi lain kali nak kena list kot makanan yang aku nak makan pasal kat malaysia hari tu aku sampai bole berfikir, "apa lagi aku nak makan ni ek?"
Sekarang ni, aku cuba untuk boost up kerja-kerja aku. Hari tu dah lama cuti sampai 3 minggu. Baik gak aku rancang nak buat kerja sebelum balik sini so takde la aku terkial-kial nak start balik sambung kerja aku. Cuma sekarang ni aku takde idea lagi nak tulis apa dalam prospectus sama paper untuk poster. InsyaAllah sekejap lagi aku start tulis apa yang aku rasa nak tulis.
Hari Jumaat petang lepas, aku pergi milan melawat kawan aku si Bus. Bini dia si Zakiah selamat melahirkan anak lelaki, nama Mikael pada 15 Jan, jam 11 pagi. Anak ngan ibunya sihat tapi si Bus je la nampak kurus sangat. Hari Sabtu tu dia bawa kami jalan-jalan sekitar milan, kali ni pergi pasar pagi san agustino. Secara keseluruhanya aku suka pasar pagi ni, barang dia jual banyak pastu murah pulak. Kalau nasib baik dapat la kasut kulit 10 euro. Pastu pulak aku dah tau restoran Bangla ngan India yang jual nasi bryani 4 euro. So lepas ni kalau aku mengidam makanan malaysia, aku makan je la kat milan. Dulu paling dekat pun boleh dapat makanan macam ni kena pergi Florence. Harap-harap lepas ni selalu boleh explore milan.
Yang terakhirnya, rambut aku dah pendek..hehe. New hair style for a new year. Semua kawan2 kat sini tegur apsal potong rambut. Alasan aku cuma kat malaysia tu panas, tak tahan nak simpan rambut panjang2. Hehe. Ok la lain kali aku update lagi. Hari tu aku tak ambik gambar kat milan sebab rasanya macam dah jadi negeri sendiri. Tak nampak menarik dah tempat-tempat ni. Pas ni nak kena niat dalam hati, kalau keluar rumah pegi mana-mana kena ambik gambar, kalau tak nanti menyesal bila balik malaysia.
Ok, ciao ciao. Arridiverci
4 comments:
welcome back.
upload la gmbr pesyen rambut terkini.
betul la tu psl amek gmbr tu. aku mana2 gi amik gmbr je, even on HP. sbb nya nanti2 dah balik baru la rasa nyesal, pastu ingat2 lupa dah...
fesyen rambut aku macam dulu-dulu jugak noris..takde la aku buat macam artis..hehe
yep sekarang ni memang nak ambik gambar jer..tetiba rasa macam nak beli nikon gedabak tu tapi ongkosnya ngak ada
gilos... ngidam makanan mesia makan kat milan
kekekeke
anywayz... selamat sambung kerja en azri :D
salam..en.azri, nak tanya berkaitan study phd kat swiss...kalau free reply email ni boleh tak?
skygur85@gmail.com
thanks
Post a Comment