Monday, 29 February 2016

29 Februari 2016

29 Februari..Tarikh yang cuma muncul 4 tahun sekali.

Paling best sapa-sapa yang lahir 29 Februari. Sekali sambut birthday, sambut untuk 4 tahun. Yang tak bestnya bila time kecik la. Kalau orang tanya bila birthday, kena tunggu 4 tahun baru boleh sambut. 

Aku pernah tanya kawan kenapa ada 29 Februari. Kawan aku ni orang Australia. Masa tu dia buat post doc. Aku buat PhD. Dia cakap basically untuk genapkan putaran setahun, bumi berputar 365 dan 1/4 hari. Since tak dapat nak letak 1/4 hari tu, pencipta calendar kumpulkan jadi satu hari untuk 4 tahun. Pasal tu la wujud 29 Februari.

Bila aku tanya balik apsal kena bulan februari. Bukan bulan lain. Iye la bulan Mac ke, April ke. Ape yang best sangat kat februari sampai dorg tambah sehari kat februari. Yang ni dia tak dapat jawab. Aku masih mencari-cari jawapan untuk ini.

Sapa yang tau sila la komen yer.

No comments: