Cuti Chinese New Year hari tu aku bawa family ke Terengganu. Cuti 4 hari tu. Lama tu kalau ke mana-mana. Kalau duduk rumah jer time cuti tu mau la brain dead. Nak buat apa pun tak jadi. So aku plan siap-siap bawa family plus mentua aku gi Terengganu.
Why Terengganu? First, aku saja nak berjalan. Second, kakak ipar aku duduk sana. Alang-alang berjalan better ziarah kakak ipar aku ni sekali. Pasal tu la aku bawa mentua aku. Third, aku saja pilih Terengganu pasal nak jalan kat situ tak ramai orang. Kira boleh la releks-releks. Tak tempuh trafik jem.
Malangnya, hari pertama gerak dah kena jem dekat tol Gombak. Aku gerak gi Terengganu hari Sabtu, jam 10 pagi. Kena jem kat Gombak sampai la ke Bentong. Hampar 2 jam setengah kena jem. Bini aku cakap kalau bukan nak jalan-jalan, putus asa dah ni nak pegi Terengganu. Hahaha
Lepas Bentong jalan clear. Sampai Terengganu selepas Maghrib sebelum Isyak. Sampai2 jer Terengganu, hujan dan angin kuat. Aku jadi risau pulak tengok angin kuat macam tu. Rasanya kalau kat KL ni banyak pokok tumbang kalau angin kuat macam tu.
Esoknya kami pun jalan-jalan ke bandar Terengganu. Destinasi pertama, Kampung Cina. Bini nak tengok-tengok kain. Sampai-sampai jer Kampung Cina, banyak kedai tutup. Memang la tutup dah Tahun Baru Cina. Gi pulak Kampung Cina. Nasib la ada gak kedai bukak. Tak tau la kedai cina ke tidak. Yang jaganya orang Melayu.
Kat Kampung Cina ni jalan jem pasal dekat dengan Pasar Payang. Ramai orang parking jauh gila dari Pasar Payang sebab penuh parking. Jem kat area situ macam jem kat Melaka. Kami plan lepas gi Kampung Cina nak singgah Pasar Payang tapi bila dah jem dengan ramai orang tu cancel la. Gi la tempat lain.
Lepas solat semua nak singgah la ke Pantai Batu Burok. Saja nak lepak-lepak tengok laut. Tapi angin kat sini, Masya Allah kuatnya. Kena pulak sampai sana hujan renyai-renyai. Hujan tu tak kisah la tapi angin tu. Dah rasa macam duduk UK pulak. Hujan kejap-kejap. Angin kuat. Huuu memang macam winter.
Besoknya, kami pun balik. Aku saja nak balik awal tak nak kena jem kat Bentong, Karak, ngan Gombak. Kalau kena jem kat situ, sengsara wei. Nasib baik balik hari tu jalan clear. Ada la jem sikit kat Gombak.
Next cuti macam nak pegi ke Selatan pulak. Kena note jugak keadaan cuaca. Kena cuaca macam kat Terengganu jadi tak best berjalan bila hujan ni.
No comments:
Post a Comment