Untuk memulakan majlis, Saya menjemput tuan punya laptop untuk memberi sepatah dua kata...
(ini standard kat Mesia, nak mulakan upacara kena ada ucapan)
"Terima kasih kepada yang sudi datang..meluangkan masa...bla..bla..bla. Dengan ekonomi yang tidak baik ini...bla..bla..bla. Mohon kiranya tuan-tuan dan puan-puan, mengundi..bla..bla..bla. Saya tidak mahu berucap panjang..bla..bla..bla. Terima Kasih"
(ini ucapan imaginasi aku jer)
Kita jemput pawang laptop untuk memulakan upacara pembersihan laptop.
Pawang laptop pun mengambil air putih yang telah dijampi, mulut pawang laptop kumat-kamit.
"...puuuuiiiihhhhhhh..."
Disemburnya air jampi tadi ke udara. Abis semua tetamu kena air liur pawang laptop.
"..wahai mambang yang merasuk laptop, keluarla kau dan berlawan dengan aku.." kata pawang laptop.
Tapi laptop tu tak jadi apa-apa pun. Tetap diam macam tu gak.
"..aish berani kau melawan cakap aku, hah!!"
....
Ok mengarut dah ni..hahaha
Pasal laptop aku dah lama aku tak buat house keeping atau pembersihan. So aku pun cadang-cadang nak buat hari ni. Nak susun dan sort segala fail-fail yang ada. Nak buang fail yang dah tak guna (movie banyak nak buang ni). Backup fail yang berguna tapi buat masa sekarang tak guna lagi.
Ingat yer, kalau kereta pun korang servis ikut time, laptop pun kena servis gak. Servis paling koman pun susun la fail dalam C dengan D drive tu. Yang hardware, bersihkan la habuk-habuk yang ada.
Lets get started.
No comments:
Post a Comment