Monday, 20 September 2021

Cubaan berlari 5KM

Aku ada terjumpa satu youtube video pasal berlari. Video tu buat challenge untuk orang yang tak exercise untuk berlari 5 KM. Ni berlari non stop untuk 5 KM tau. Bukan completekan 5 KM jer.



Ntah macamana aku pun terinspire nak start lari 5 KM non stop. Kat description video tu ada bagi jadual training untuk capai 5 KM. Kalau tak jumpa boleh jer tengok kat gambar bawah ni tapi quality low la eh. 


Sekarang ni aku dah masuk Week 2. Week 1 mula-mula tu rasa lama lari 1 minit, skrang ni rasa sekejap jer. Tapi lepas lari 1 minit aku tak walk 90 seconds, aku try walk 60 seconds. Kadang-kadang rasa tak cukup 60 seconds walk tu untuk ambik nafas. Tapi aku paksa juga lepas 60 seconds walk, kena lari 60 seconds. Pernah juga aku try, lari 90 seconds (1 minit 30 saat) pastu walk 60 seconds. Rasa mcm boleh buat.

Sekarang ni aku nak fokus cubaan berlari 5 KM non stop ni. Pastu nanti baru pikirkan nak naikkan KM dan juga pace. Aku cuba untuk bagi update perkembangan larian aku ni.

Monday, 13 September 2021

73

73 ni berat aku dalam beberapa minggu lepas. Sekarang ni dah turun jadi 71.55

Aku tengah berusaha untuk turunkan berat aku ke ideally 65. Bukan nak kurus sangat pun tapi nak sihat dan cergas. Takde la rasa lemau memanjang.

Petang-petang sementara work from home ni aku selalu jogging tapi lutut tak boleh nak bertahan. Kalau aku jogging 2 hari berturut-turut, lutut ni memang rasa sengal dan sakit. Pastu rehat la sehari. Kalau sakit sangat sampai 3 hari rehat baru jogging balik.

Aku ada baca dengan tengok youtube, runner suggest untuk alternate hari jogging tu. Kalau hari ni jogging, esoknya rest atau pun buat training lain. Aku tak jumpa lagi nak buat training apa selain jogging. Ada yang suggest buat recovery pakai foam roller. Untuk hilangkan sengal-sengal kat otot. Tapi cuma untuk otot. Untuk lutut tak boleh buat apa kecuali buat training untuk kuatkan lutut tu.

InsyaAllah aku akan selalu update journey kurangkan berat badan ni.

Vaksin Sinovac

Saja jer la letak kat sini..untuk kenangan.

Aku register vaksin 25 Mei 2021. Sebenarnya aku ni pun ragu-ragu jugak nak ambik vaksin sebab takut side effect. Lagi pun cepat sangat vaksin ni keluar. Tapi lepas kaji dan ada data bagitau peratusan orang yang kena side effect tu sangat kecil, aku pun tawakal. Register jer la. Kalau dah ditakdirkan jadi apa-apa, itu kehendak Allah. Yang penting aku dah berusaha dan bertawakal mencari kaedah pencegahan penyakit Covid19 ni.

Bila dah register tu, rasa macam lama pulak nak hospital nak panggil untuk vaksin. Bila dengar berita, baru tau rupanya Malaysia kekurangan bekalan vaksin. Jadi kena la tunggu sampai suppy vaksin ni dah ok. Aku pun dah tak berharap dapat kena panggil cepat. Sebab mesti lama lagi nak tunggu supply vaksin. Pastu mesti orang yang register dulu dari aku yang akan dapat appointment dulu. Tetiba dapat message yang aku dah dapat appointment vaksin 5 Julai 2021. Aik, tanya bini dia dapat message appointment vaksin tak? Dia kata tak dapat lagi.

Aku sembang dengan jiran aku. Dia cakap maybe dorang bagi appointment ikut umur dan kawasan. Sebab aku kena cucuk vaksin kat hospital swasta, bukan kat Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Jiran aku ni pun dapat appointment sehari selepas aku kat tempat sama. 

5 Julai tu aku pun pegi la cucuk vaksin. Dapat la vaksin sinovac. Sinovac ni dari pembacaan aku, pakai kaedah lama untuk cipta vaksin. Kaedah lama tu macam ni, vaksin ni pakai virus yang dilemahkan. Kalau vaksin lain pakai kaedah baru, kalau tak silap extract protein virus. Sebenarnya sama saja. Tujuan vaksin ni untuk tingkatkan imunisasi bukan ubat melawan sakit. Ada beza antara ubat dengan vaksin. Ubat untuk perawatan, vaksin pulak untuk pencegahan. 


Dah cucuk tu, first simptom aku dapat adalah letih dan mengantuk. Pastu pening kepala sampai rasa berat jer kepala. Tapi takde la muntah-muntah atau tak boleh bangun. Boleh kata mild jer la simptomnya. Dalam 3-4 hari juga la rasa tak sedap badan ni. Tapi tak demam pun. Aku ingatkan kena tunggu 1-2 bulan lepas first doss baru la cucuk second dose. Sekali 14 hari jer la. Second dose 26 Julai 2021. Lepas cucuk langsung takde simptom. Releks jer macam takde pape. Ramai orang kata effect second dose yang teruk sampai tak boleh bangun la effectnya. Sekarang ni dah full vaksin tapi mungkin akan ada booster shot tapi tak tau la bila. Kalau itu yang terbaik takpe la. Aku ok jer asalkan dapat mencegah.