Saja jer la letak kat sini..untuk kenangan.
Aku register vaksin 25 Mei 2021. Sebenarnya aku ni pun ragu-ragu jugak nak ambik vaksin sebab takut side effect. Lagi pun cepat sangat vaksin ni keluar. Tapi lepas kaji dan ada data bagitau peratusan orang yang kena side effect tu sangat kecil, aku pun tawakal. Register jer la. Kalau dah ditakdirkan jadi apa-apa, itu kehendak Allah. Yang penting aku dah berusaha dan bertawakal mencari kaedah pencegahan penyakit Covid19 ni.
Bila dah register tu, rasa macam lama pulak nak hospital nak panggil untuk vaksin. Bila dengar berita, baru tau rupanya Malaysia kekurangan bekalan vaksin. Jadi kena la tunggu sampai suppy vaksin ni dah ok. Aku pun dah tak berharap dapat kena panggil cepat. Sebab mesti lama lagi nak tunggu supply vaksin. Pastu mesti orang yang register dulu dari aku yang akan dapat appointment dulu. Tetiba dapat message yang aku dah dapat appointment vaksin 5 Julai 2021. Aik, tanya bini dia dapat message appointment vaksin tak? Dia kata tak dapat lagi.
Aku sembang dengan jiran aku. Dia cakap maybe dorang bagi appointment ikut umur dan kawasan. Sebab aku kena cucuk vaksin kat hospital swasta, bukan kat Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Jiran aku ni pun dapat appointment sehari selepas aku kat tempat sama.
5 Julai tu aku pun pegi la cucuk vaksin. Dapat la vaksin sinovac. Sinovac ni dari pembacaan aku, pakai kaedah lama untuk cipta vaksin. Kaedah lama tu macam ni, vaksin ni pakai virus yang dilemahkan. Kalau vaksin lain pakai kaedah baru, kalau tak silap extract protein virus. Sebenarnya sama saja. Tujuan vaksin ni untuk tingkatkan imunisasi bukan ubat melawan sakit. Ada beza antara ubat dengan vaksin. Ubat untuk perawatan, vaksin pulak untuk pencegahan.
Dah cucuk tu, first simptom aku dapat adalah letih dan mengantuk. Pastu pening kepala sampai rasa berat jer kepala. Tapi takde la muntah-muntah atau tak boleh bangun. Boleh kata mild jer la simptomnya. Dalam 3-4 hari juga la rasa tak sedap badan ni. Tapi tak demam pun. Aku ingatkan kena tunggu 1-2 bulan lepas first doss baru la cucuk second dose. Sekali 14 hari jer la. Second dose 26 Julai 2021. Lepas cucuk langsung takde simptom. Releks jer macam takde pape. Ramai orang kata effect second dose yang teruk sampai tak boleh bangun la effectnya. Sekarang ni dah full vaksin tapi mungkin akan ada booster shot tapi tak tau la bila. Kalau itu yang terbaik takpe la. Aku ok jer asalkan dapat mencegah.
No comments:
Post a Comment