Monday, 8 November 2021

Pindah Rumah

Bulan lepas bulan paling sibuk buat kami sekeluarga.

Bini dapat info dah start kena masuk ofis bergilir-gilir. Lepas tu, rumah kami pun dah siap renovate. Aku bincang dengan bini dah alang-alang dia nak masuk ofis, baik pindah terus masuk rumah baru. Dekat dengan ofis dia pastu tak penat aku nak ulang-alik hantar ambik dia (bini aku tak pandai drive).

Nak pindah rumah ni nampak macam senang tapi nak mengemas tu, dia punya leceh lain macam. Lagi-lagi bila aku dah duduk lama kat rumah sewa dulu. Dekat 8 tahun juga duduk rumah sewa yang sama. Bila dah duduk lama ni, memang banyak la barang. Ntah dari mana barang ni, bila kemas baru la perasan banyak betul barang. Siap ada barang yang beli pakai sekejap pastu simpan. Then lupa ada barang tu. Hahaha  

Mengemas rumah sewa satu hal pastu nak mengemas masuk rumah baru pulak. Lagi-lagi dulu sewa rumah landed, dua tingkat, sekarang ni duduk apartment. Dari rumah besar ke rumah kecik. Lagi la leceh nak mengemas. Ni pun kalau ikutkan tak abis lagi mengemas kat rumah baru tapi buat sikit-sikit la. Masalah nanti bila salah sorang mengemas, nanti nak cari balik tak jumpa pula barang tu.

Setakat ni lebih kurang sebulan la juga dah duduk rumah baru. Alhamdulillah semuanya ok. Masa duduk rumah sewa dulu, dekat 30 minit juga nak menghantar mengambil bini aku, sekarang ni dekat jer dalam 10 minit kalau tak banyak kereta. Cuma nak ke kedai runcit payah. Pastu nak cari makan pun tak senang macam duduk rumah sewa dulu. Makanan yang senang nak cari pun fast food tapi mana tahan makan hari-hari. 

Tapi tak tau la kan sebab sekarang ni aku kerja dari rumah. Kalau dah masuk ofis nanti lain la pulak ceritanya. Kena pulak ofis aku kat tengah-tengah KL. Nak drive, jem pastu parking mahal. Nak naik LRT tak check lagi timingnya. Aku berdoa semoga dipermudahkan.

No comments: