Monday, 7 February 2022

Balik Kampung + CNY

Sebenarnya bini aku yang mengajak balik kampung ni. Katanya nanti cuti Tahun Baru Cina panjang (1-2 Feb). Bertembung pulak dengan cuti Hari Wilayah (1 Feb). Sebabkan cuti Hari Wilayah tu dah bertembung dengan CNY pada hari Selasa, dapat la cuti ganti pada hari Khamis. Bini aku dah siap-siap bagitau ambil cuti 2 hari (31 Jan dan 4 Feb)  dapat cuti seminggu. Aku mula-mula tu tak nak balik KK sebab Covid. Yer la, kat airport kena berjarak tapi dalam flight duduk rapat-rapat gak. Aku fikirkan anak-anak aku tapi bila fikir balik, dah lama aku tak balik KK jumpa mak bapa aku, takpa la aku tawakal. Sekurang-kurangnya dah ada langkah-langkah pencegahan dari terkena Covid. Kalau bimbang lebih-lebih ni satu apa pun tak jadi nanti.


Nak ke KLIA2 kami rancang naik ERL. Anak-anak aku pun dah lama tak naik train. Lagipun aku terpikir senang sikit parking kat Salak Tinggi lepas tu naik ERL. Ingat nak naik dari Putrajaya Sentral tapi kat Putrajaya Sentral ni parking selalunya penuh.

Alhamdulillah perjalanan kami ke KK naik flight AirAsia takde problem. Kakak menangis sebab terbawa gunting so kat security gunting tu kena ambik. Kakak beriya nak bawa beg sekolah. Kami dah pesan kosongkan beg tapi terlupa nak cek. Adik sebelum naik flight mengamuk sebab mengantuk tapi tak dapat isap jari. Aku bawa basuh tangan tak nak last-last isap juga jari. Heh.

Esoknya kami pegi Gaya Street. Gaya Street ni kalau hujung minggu macam pasar tani la. Macam-macam barang orang jual. Bini aku suka pegi sini sebab dapat cari kuih-kuih dari Sabah. Aku ni pulak tak berapa makan kuih. Bini aku cakap kawin dengan orang Sabah tapi jarang dapat makan makanan Sabah. Nak buat macamana memang tak berapa kena dengan selera aku. Dah aku pun membesar kat Johor pastu study dengan kerja kat Selangor.


Balik kali ni family aku ajak pegi Kuala Penyu bermalam satu malam. Sewa homestay tepi pantai. Yang bestnya duduk homestay ni, siang pakai solar, malam pakai generator. Elektrik tak masuk lagi kampung tu. Puas anak-anak aku main pasir dengan mandi laut. Bestnya pantai kat tempat aku tinggal ni ada macam teluk kecil. Jadi ombak besar tak masuk ke teluk ni. Air pun tak dalam sangat. Senang anak-anak aku nak mandi. Kakak bukan main seronok kutip-kutip cengkerang tepi pantai. Sampai minta nak bawa balik Putrajaya. Sebelum balik ke Putrajaya, sempat juga kami berkumpul dengan saudara-mara. Buat makan-makan potluck, panggang ikan, udang, ayam. Janji dapat berkumpul, bersembang tanya khabar sambil-sambil makan. 




Sebelum balik tu singgah la juga Pasar Filipin. Aku tak beli apa-apa, bini aku ni banyak pulak kiriman dari kawan-kawan dia. Bila nak packing, aku rasa macam dah terlebih berat. Aku tanya bini aku masa terima kiriman kawan-kawan tu tak limit ke berat berapa. Last-last mana yang boleh hand carry, kami hand carry je. Yang masuk kargo cukup-cukup berat. Tak kena bayar pape.


Flight kami ke KLIA reschedule pulak. Patut flight jam 7 malam reschedule ke 9 malam. Bila kira-kira balik jam 12 pagi baru sampai KLIA. Aku terpikir masa tu confirm ERL dah tak jalan. Bincang dengan bini nak naik Grab gi Salak Tinggi ke terus balik rumah? Bini aku tak berani nak tunggu kat Salak Tinggi sementara aku ambik kereta. Dia kata balik rumah jer esok baru ambik kereta. Nak jadi cerita, Grab pun tak dapat time tu. Bila tanya kaunter teksi dia charge kalau tak silap 120 pegi Putrajaya. Gila betul. Ntah macamana aku buka app airasia ternampak boleh book teksi. Aku saja jer la try. Dapat pulak. Murah pulak tu dalam 45 ringgit kalau tak silap. Bila sembang dengan driver teksi tu, dia bagitau kalau aku ambik yang teksi kaunter tu, nanti naik teksi dia juga. Kebetulan dia pun buka app airasia tu, pastu dapat order nak ke Putrajaya. Dah dekat dengan rumah dia katanya. Ada order lain tapi pergi KL dia rejek sebab nak ambik last trip yang dekat-dekat dengan rumah dia. Rezeki aku la malam tu. Alhamdulillah, sampai rumah dengan selamat. Esok paginya aku sorang-sorang gi ambik kereta kat Salak Tinggi naik ERL dari Putrajaya.

Friday, 28 January 2022

Trading 3M's

Sembang pasal trading la pula.

Sebelum tu boleh la tengok-tengok balik posting lepas-lepas kat sini dengan sini. Ada lagi posting aku berkenaan trading ni tapi posts yang dua ni lebih berilmiah pada aku. Post kali ni pun aku nak tulis supaya aku boleh rujuk balik pada masa hadapan.

Rasanya siapa-siapa yang dah involved atau terjun dalam bidang trading ni mesti pernah dengar berkenaan trading 3M's ni. Apa benda 3M tu? 3M tu merujuk kepada Methods, Money Management, dan Mindset. Sebagai seorang trader, kita kena kuasai 3M ni untuk konsisten untung dalam trading. Trading ni adalah kebarangkalian, jadi adalah mustahil untuk 100% untung setiap kali masuk market. Jadi 3M ni macam satu guideline macamana nak berjaya dalam trading.

1. METHODS -10%

Methods ni senang cerita trading stail dan teknik entry dan exit dalam trading. Contoh, ada orang, trading stail dia adalah scalpper atau intraday, ada yang jenis swings, ada yang jenis position. Trading styles ni cara kajian dia tak sama untuk masuk market. Nak entry dan exit pun berbeza. Kebanyakkan trader-trader termasuk aku terlalu banyak fokus kat sini. Tu yang sampai tiap saat nak tengok chart jer. Lepas aku kaji dan reflect balik, methods ni bukan tak penting tapi cuma perlu tumpukan 10% sahaja. Sebab ada faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi kita sebagai trader untuk berjaya.

2. MONEY MANAGEMENT - 20%

Ada setengah orang letak 30%, ada yang letak 20%. Aku lebih selesa letak 20% tapi sebenarnya money management ni kira lebih berat lah dari methods. Money management ni adalah pengurusan duit, atau untuk lebih senang faham pengurusan risiko. Siapa yang pernah trade tak pernah kira risk and reward? Aku pernah. Siapa yang trade tapi tak pernah buat trading journal? Aku pernah. Siapa yang pernah trade tapi tak pernah buat trading plan? Aku pernah. Ini antara sebab kenapa trading aku tak konsisten untung. Lepas tu, money management ni pun sentuh berkenaan trading capital atau modal permulaan trading. Setiap orang tak sama trading capital, jadi risiko yang ditanggung tak sama. Rasanya semua trader pernah dengar ungkapan "rugi itu pasti, untung belum tentu" dalam trading. So bila dapat kuasai money management ni la yang akan membantu meminimumkan risiko agar modal tak hilang. Tak guna kuasai methods kalau capital takde. Contoh mudah sniper yang hebat pun kalau takda peluru tak boleh nak menembak. Gittew.

3. MINDSETS - 70%

Mindsets atau lebih mudah nak faham adalah emosi. Siapa yang baru trade selalunya fail dalam mindsets ni sebab susah nak kawal. Sebab tu la 70% penentu kejayaan traders adalah mindsets. Berapa ramai traders yang hold kaunter rugi dengan harapan kaunter tu akan untung balik? Aku pernah buat benda ni. Ada juga yang kaunter dah untung, dah sampai target profit tapi tak keluar sebab nak untung lebih. Aku salah seorang yang buat benda ni. Belum lagi kaji kaunter lain pastu entry kaunter lain sebab ada kawan-kawan dalam group asik sebut kaunter tu. Ni semuanya berkait dengan mindset atau emosi. Emosi tak nak rugi, nak untung lebih, tak nak ketinggalan, tak dapat buat judgement yang tepat. Emosi ni susah nak kawal sebab kita ni manusia suka menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan tapi semua tu ada permainan fikiran kita jer. Bila aku refect balik, emosi ni juga terjadi sebab overthinking. Senang cerita terlalu banyak mainan perasaan "kalau". Kalau naik lagi, sikit la untung aku, rugi la. Kalau jual sekarang, banyak sangat dah rugi aku ni. Kalau aku tak masuk, rugi la orang lain dah profit ni. Semua ni dalam keadaan tak sedar akan effect trading kita. Jadi penyebab trading tak kosisten untung. Teringat aku video DDNK, dia bagitau nak jadi trader yang konsisten untung kena jadi macam robot sebab robot takde emosi. Keypointnya adalah follow the rules, follow the trading plan. Kalau perlu cut lost kena buat, bila dah capai target profit kena jual. Keep it sweet and simple. Tak payah pening kepala. Kata guru aku, trust the process.

Bila aku tengok dan kaji balik siapa-siapa yang dah berjaya dalam trading ni, mereka ni tak pakai pun teknik hebat-hebat. Yer lah teknik ni cuma 10% jer. Yang aku nampak, mereka ni hati dah kental, emosi pun dah kebal. Mereka ni memang trading plan dah mantap, risk management pun dah padu. Mereka ni dah faham trading ni adalah permainan kebarangkalian. Ada kebarangkalian untuk rugi dan kebarangkalian untuk untung. Dan traders yang konsisten profit ni, mindset mereka adalah minimumkan risiko, maximumkan untung secara konsisten. Aku ni pun baru la nak faham sikit-sikit pasal ni.

InsyaAllah, aku akan update lagi pasal trading. Pada aku setiap hari ada sahaja ilmu baru yang aku boleh belajar samada dari webminar, youtube atau pun pengalaman sendiri

Wednesday, 19 January 2022

5 KM pertama

18/1/2022

Berjaya untuk lari 5 KM tapi bukan non stop, berlari + berjalan. Satu achievement untuk aku sebab rasanya macam dah lama tak lari 5 KM. Kalau ada pun time sekolah dulu. Bila dah kerja ni, aku rasa ni first time kot.

So record untuk 5 KM pertama ni aku ambik masa 47 ++ minit which is slow la. Aku lari 2 minit, lepas tu jalan 2 minit. Maybe lepas ni boleh la start lari 3 minit, jalan 2 minit. Nanti kita tengok la macamana resultnya. Buat masa sekarang ni, pace memang berterabur, stride (langkah) pun tak tentu arah. Yang ni akan getting better bila dah boleh kawal breathing kalau ikut youtube.

Fokus sekarang ni, nak tingkatkan stamina untuk bertahan lari 5 KM non-stop. Lepas tu baru la nak improve lari 5 KM bawah 35 minit. Sikit-sikit, lama-lama boleh la tu kan. Problem skrang ni nak cari masa untuk berlari. Sekarang ni, free time hujung minggu. Takpa la nanti adjust mana patut.


Saturday, 1 January 2022

Happy New Year 2022

Selamat tahun baru 2022!!

Tahun baru 2022, kehidupan dan normal la kot sebab semua orang dah biasa dengan Covid. Aku dengan family tahun baru ni tak buat apa-apa duduk rumah jer la. Lagi-lagi bulan 12 tahun lepas, Malaysia di landa banjir besar. Banyak tempat juga kena banjir besar, air naik sampai ke bumbung rumah setingkat. Kalau kat Selangor ni, paling teruk kena kat Shah Alam.

By the ways, aku ada banyak benda nak buat post. Tapi kekejutan aku kena hadap 2 bulan lepas mengganggu sedikit rhythm kehidupan aku. Sebab tu aku tak berblog. Takpa la nanti aku story la sikit-sikit sebagai kenangan. Mungkin boleh jadi panduan kepada anak-anak aku nanti.

Alhamdulillah, syukur juga kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun dan peroleh rezeki yang baik juga. Semoga tahun hadapan ni, kami masih dikurniakan kesihatan, rezeki, dan peluang untuk berbakti pada orang tua dan peluang beribadah dengan lebih baik. Amin.

Tahun baru ni, biasalah dengan azam baru. Selain dari mengawal berat badan, azam aku adalah nak konsisten baca buku, konsisten profit saham dan konsisten beribadah. Umur dah 40-an ni, dah kena start la luangkan masa dah ke surau. Godaan nafsu ni memang hebat, nak ke mall laju jer. Nak ke surau, ada jer alasan. Haha

Sempat bercuti ke Bukit Tinggi bulan Dec lepas




Monday, 8 November 2021

Pindah Rumah

Bulan lepas bulan paling sibuk buat kami sekeluarga.

Bini dapat info dah start kena masuk ofis bergilir-gilir. Lepas tu, rumah kami pun dah siap renovate. Aku bincang dengan bini dah alang-alang dia nak masuk ofis, baik pindah terus masuk rumah baru. Dekat dengan ofis dia pastu tak penat aku nak ulang-alik hantar ambik dia (bini aku tak pandai drive).

Nak pindah rumah ni nampak macam senang tapi nak mengemas tu, dia punya leceh lain macam. Lagi-lagi bila aku dah duduk lama kat rumah sewa dulu. Dekat 8 tahun juga duduk rumah sewa yang sama. Bila dah duduk lama ni, memang banyak la barang. Ntah dari mana barang ni, bila kemas baru la perasan banyak betul barang. Siap ada barang yang beli pakai sekejap pastu simpan. Then lupa ada barang tu. Hahaha  

Mengemas rumah sewa satu hal pastu nak mengemas masuk rumah baru pulak. Lagi-lagi dulu sewa rumah landed, dua tingkat, sekarang ni duduk apartment. Dari rumah besar ke rumah kecik. Lagi la leceh nak mengemas. Ni pun kalau ikutkan tak abis lagi mengemas kat rumah baru tapi buat sikit-sikit la. Masalah nanti bila salah sorang mengemas, nanti nak cari balik tak jumpa pula barang tu.

Setakat ni lebih kurang sebulan la juga dah duduk rumah baru. Alhamdulillah semuanya ok. Masa duduk rumah sewa dulu, dekat 30 minit juga nak menghantar mengambil bini aku, sekarang ni dekat jer dalam 10 minit kalau tak banyak kereta. Cuma nak ke kedai runcit payah. Pastu nak cari makan pun tak senang macam duduk rumah sewa dulu. Makanan yang senang nak cari pun fast food tapi mana tahan makan hari-hari. 

Tapi tak tau la kan sebab sekarang ni aku kerja dari rumah. Kalau dah masuk ofis nanti lain la pulak ceritanya. Kena pulak ofis aku kat tengah-tengah KL. Nak drive, jem pastu parking mahal. Nak naik LRT tak check lagi timingnya. Aku berdoa semoga dipermudahkan.