Monday 12 January 2009

Milan, Italy

Huhu..dah lama tak update blog nih..bukannyer aku takder cerita nak cerita tapi tahap malas aku dah malas tahap peringkat tertinggi. Tambahan pulak start 2 hari sebelum krismas ari tu sampai la 7 Januari, kat sini cuti, bertambah2 la malas tu..dengan weather yg sejuk dah hari2 mendung jer..so boleh agak la camner tahap malas nih.

Tapi dalam malas2 tu, sempat la jugak aku berjalan2 g Milan, Italy bersama Osman and family. Kitaorang pegi tu time cuti la klu tak silap 5 Januari. Pegi sana pun pasal isteri si Osman ada kawan tengah study kat Milan, nama dia Zakiah. Hehehe..bila aku tau nama dia Zakiah teringat aku lagu Zakiah Zakiah yang si Hattan nyanyi tu :D

Zakiah dan suami dia, Bus.

So aper yang best kat Milan. Rata2 barang kat situ murah..baju, makanan, barang dapur sume pun murah. Tapi tak tau la kan mmg betul2 murah ker pasal time kami sampai tu time tgh sale tapi si Bus bgtau mmg murah pun. Kalau dah fries 3 kilo baru 2 euro klu tak silap, murah la tu kan. Lagi satu yg best tu dia punya public transport fare. Tersangat2 la efficient. Bayar 3 euro untuk 24 jam bole naik aper saje. Train, tram, bus, sume bole naik kat dalam bandar Milan tu.

Tapi bila dah nama pun bandar kan, kat Milan nih yang tak best nyer ramai pengemis. Then ramai plak mamat2 afrika mengepau orang ramai. Yes orang ramai, bukan tourist jer orang italy pun kena gak. Osman kena gak hari tu. Mula2 kat dalam station train nak beli tiket. Mamat tu, Osman pikir keje kat situ, so ingatkan dia nak tolong la tunjukkan camner nak beli tiket, alih2 kena pau 2 euro. Yg mamat afrika nih pula dorg paksa pakai gelang dorg buat kononnya free. Bila dah pakai minta duit la pulak. Nasib baik aku tak pakai, si Osman hampir2 kena, bini dia dah ngelak awal2 dah. Kesian jugak tgk Osman time tu..ngan si Husna menangis nak belon..kesian..kesian.

Bila pikir2 balik, kesian gak tgk mamat afrika ngan gipsi tu. Terpaksa wat mcm tu utk cari duit pasal kat Milan nih bukan senang nak cari keje. Si Bus ader bgtau susah nak dapat keje kat Milan nih pasal dorg nak yg bole ckp italy and orang italy. Bila dah takder orang italy baru la hira orang lain. Tapi kat sana dia ader sembang2 ngan mamat2 bangladesh nih..dorang jual2 glove, payung, snow cap kat train station. Masyuk gak la kalau sehari bole dapat 120 euro. Tapi ikut nasib la kan.

So kat Milan tu kitaorg gi la tgk2 castle or kubu. Castle ni klu ikut sejarah dia adalah tempat bermulanya bandar Milan. Nnt aku minta gambar kat Osman..aku tak ambik gambar kat situ. And gambar kat Duomo..pusat bandar Milan. Then bila dah sampai Milan nih takkan la taknak tgk stadium San Siro kan..hehe sapa2 tau pasal bola, team Inter Milan dan AC Milan main kat stadium nih untuk home match. Sampai2 kat sana, ntah dari mana datang kabus tu..terus tak brapa nak nampak stadium tu. Tadi elok jer cerah, pastu temperature pun mcm terus drop..terus sejuk sampai bini Osman mengigil2.

Besar ooo stadium San Siro nih..tgk betapa keciknye kitaorang

Gambar depan tram..kat atas tu tulis San Siro

So balik dari San Siro tu singgah la sekejap kat rumah si Bus and Zakiah. Sembang2 dan makan2. Bila nak balik tu, kami singgah jap beli sos cili (Lugano takder sos cili klu korang nak tau..aku terpaksa import dari mesia), bini Osman ngan Husna gi shopping baju. Pasal murah dah bukan slalu nak datang kitaorang decide balik lewat sikit pasal klu ikut jadual yg Osman tgk, ader train lagi dalam jam 9 tapi bukan train direct. Tiket train sini dia punya rule mcm ni, klu train sepatutnya jalan time 8 mlm, tiket bole guna 6 jam sebelum dan 24 jam selepas. Pasal tu la kitaorang decide balik jam 9 tapi tiket jam 8 mlm.

Tapi bila dah nak balik tu baru tau dah takder train dah pasal klu hari minggu train tak singgah Lugano. Next train jam 12.10 tgh malam. Pikir punya pikir, kitaorang decide tinggal semalam kat Milan pasal risau dah takder teksi kat station Lugano and keselamatan kitaorang. Iyer la klu naik train 12.10 tu sampai kat Lugano jam 1.40 or 2 pagi. maunyer takder teksi kitaorang kena menapak dalam sejuk wei. Sejuk jam 2 pagi, ader yang kejang pulak nnt.

So duduk la Milan semalam. Esk pagi makan kat rumah Bus sambil sembang2. Time tu la baru tau si Bus nih dah masuk final 8 candidates utk jadi angkasawan. Bini dia si Zakiah bole plak buat lawak, pasal laki dia takder commercial value pasal tu la kena reject jadi angkasawan. Haha..tapi Bus ader bgtau si Sheikh Muzaffar tu sebenarnya collapsed time first test 5G and mmg betul pun pasal duit2 tu cume dia tak pernah letak harga tapi dia mmg ada minta.

Gambar kat depan Station Milan

So pastu kitaorang pun balik Lugano ngan takder masalah2 yang besar. Lagi best tiket tu takder sapa pun check. Slalunya ader jer orang check tiket. Bila pikir2 balik baik tak payah beli tiket kalau mcm ni..hehe tapi tak tau la kalau kantoi kan. Osman ckp ko sembunyi la dalam tandas train sampai ko sampai Lugano. Hehe so sapa brani bole la cube..kalau kena tangkap bgtau la ek korang kena apa...hehehe