Saturday 15 October 2022

Tersesat ke Melaka

Singgah sekejap ke Melaka on the way ke balik ke Putrajaya.

Sebenarnya takda tujuan pun pergi Melaka ni. Saja pusing-pusing Bandar Hilir. Duduk makan cendol sambil tengok orang lalu lalang. Tapi rasanya macam dah lama tak jejak kaki kat bangunan-bangunan cat merah kat Melaka ni. Selalu lalu dengan kereta jer sebab ramai sangat orang dan susah nak cari parking.












Monday 3 October 2022

Klinik Berhenti Merokok

Kisahnya masa nak buat cek gigi hari tu, nurse tanya

Nurse, "encik merokok ke?"

Aku, " ya, saya merokok."

Nurse, "encik nak ke cuba berhenti merokok?"

Aku, "saya ada niat nak berhenti merokok, tapi selalu tak jadi berhenti."

Nurse, " encik nak ke saya refer encik ke klinik berhenti merokok?"

Aku, "boleh la."

Klinik berhenti merokok ni aku pernah pergi sebelum ni. Tapi masa tu mungkin masih awal, doktor yang kendalikan klinik berhenti merokok ni lebih pada konsultasi, bagi nasihat tentang bahaya merokok. Aku time tu ingat doktor tu boleh la bagi ubat ke apa untuk kurangkan ketagihan. Dia tak nak bagi. Sebab tu aku berhenti pergi klinik berhenti merokok ni.

Kali ni, aku saja nak try test. Kalau macam dulu jugak memang aku tak pegi la. Bila aku pegi hari tu, lepas doktor tanya macam-macam history aku merokok, dia terangkan sikit cara-cara nak kurangkan ketagihan. Lepas tu dia bagi ubat kawal rasa ketagih nikotin. Ubat tu chewing gum jer. Kunyah-kunyah dan biar kat mulut dalam 30 minit baru buang. Since ketagihan aku tak tinggi dia bagi chewing gum jer.

Ada satu lagi ubat untuk tahan ketagihan adalah pakai patch, tampal kat lengan atau tempat yang tak berbulu macam kat peha, dada, atau kat leher. Janji tempat tu takde bulu atau kurang bulu. Patch ni aku tak pakai sebab ada side effect kalau ketagihan nikotin tak tinggi. Patch ni lebih kepada heavy smoker, yang tak boleh putus rokok. Macam aku bila lepas makan jer rasa nak merokok kuat. Sebab patch ni cater untuk heavy smoker, dos nikotin dia tinggi. Kalau tak biasa nanti boleh jadi mual, pening-pening.

So aku dari 1/10 hari tu dah start berhenti merokok. Selain kunyah chewing gum doktor bagi, aku makan gula-gula mentos dengan hacks. Setakat ni berkesan la untuk hilangkan rasa nak merokok tu. Lepas ni akan ada review setiap bulan selama 6 bulan. Lepas 6 bulan kalau aku dah boleh tak merokok langsung, bermakna aku dah berjaya berhenti merokok.