Friday 6 October 2023

Larian Ikut Detak Jantung

Eh heart rate tu kalau translate ke Melayu detak jantung kan?

Aku main tulis je tu detak jantung, tapi tak tau betul ke tidak. Disebabkan dah lama tak update berkenaan larian aku ni, aku terpikir nak tulis posting ni. Aku sendiri pun dah tak ingat secara tepat bila aku start berlari tapi kalau tak silap aku start berlari dari masa PKP. Tu pun sebab badan rasa lemau sangat duduk rumah, menghadap laptop buat kerja, turun naik dari tingkat atas ke bawah. Tu jer pergerakan yang aku buat. Kadang-kadang main badminton dalam rumah dengan anak. Bila kira-kira balik, rasanya dah lebih 2 tahun aku lari, tapi takde la lari untuk masuk marathon. Lari untuk kesihatan diri je.

Awal-awal lari dulu aku main lari jer. Janji lari. Pakai kasut dan lari. Lepas lari tengok jam, nak tau berapa jauh aku lari, berapa lama aku lari. Tak pernah nak tengok pace, cadence, stride atau pun heart rate. Bila dah lama-lama tu, baru terpikir takkan nak lari penat-penat, karang nanti injure pulak. Sebab tak nak injure la aku start la cari ilmu pasal lari-lari ni.

Pastu terjumpa la larian guna kaedah MAF. Basically kaedah MAF ni adalah larian ikut heart rate, tak boleh lebih dari aras siling heart rate. Nak tau lebih lanjut boleh la kot google for info berkenaan MAF ni. Aku pulak start lari guna kaedah MAF ni, mula-mula memang seksa. Kalau tak silap aku, pace aku time tu dalam 13/12. Memang tak enjoy pun lari MAF ni awalnya. Jadi stress sebab baru je langkah besar sikit dah naik dah heart rate tu.

Tapi aku fikir tak nak injure dan badan nak pakai lama. Follow jer la. Janji konsisten lari. Baru-baru ni aku lari, aku happy pace aku dah makin laju dengan heart rate yang sama. Dulu 13/12, sekarang ni dah 10/9. Masih lagi slow sebab aku target nak dapat pace 8/7 bila lari santai-santai ni. Cuma dalam beberapa bulan ni memang aku baru tau dalam lari santai-santai ikut heart rate ni, kena juga buat speed work sekali sekala dengan strength training. Ni untuk nak bagi heart rate kita tau perbezaan intensity dan otot-otot kaki activated dan ada memory bila lari laju. 

Yang paling penting sekarang ni ada improvement dari segi kawalan heart rate, pace pun makin laju, cadence rasanya biasa je dalam 153 ke 160 average, stride dalam 58-63 average. Kalau nak lagi laju kena naikkan cadence dengan stride ni. Sekarang ni yang penting kena konsisten lari. Tapi disebabkan aku tak kawal makan, aku makan apa saja, berat aku macam tu jer la. Tak turun, maintain macam tu jer. Cuma badan tak rasa lemau. Malam senang nak tidur. 

Jadi pesanan aku, majulah sukan untuk negara. Sebab rakyat sihat, produktiviti meningkat, kerajaan boleh dapat cukai lebih banyak. Heh merepek dah aku ni.

Tuesday 19 September 2023

Lalai


Assalamualaikum


Aku jadi lalai. Niat sebenarnya nak take a break dari tulis blog dalam 3-4 minggu je. Tapi bila dah berhenti tu dalam tak sedar dah masuk 24 minggu. Heh. Ntah apa yg aku buat sampai jadi lalai.

Macam yg aku bgtau dulu, tujuan aku blog adalah untuk somehow rekod memori aku untuk aku baca balik di masa hadapan. Tapi mungkin disebabkan oleh socmed yg lain jadi macam malas nak update blog. Cuba bestnya blog ni pada aku, blog ni macam buku. Lebih fokus dan teratur.

Hari tu decided nak take a break sebab banyak benda tak jadi dalam trading aku. Asyik lost jer wei. Jadi aku decide untuk study balik, praktis balik paper trade, cari balik trading edge dengan setup, dan apply strict risk management. Hari tu dh start real trading tapi masih lagi lost kat fcpo. Aku decide kena berhenti sekejap, praktis dulu betul2, dapatkan dulu trading edge dgn setup yg aku selesa sampai aku konfiden boleh buat profit consistently. Kat saham, alhamdulillah dah nampak account grow tapi kena consistent kaji kaunter, dan dah tau kat mana nak entry dan exit.

Trading ni sebenarnya sangat la lonely. Mana taknya, kadang2 ko profit sorang, orang lain rugi. Kadang ko rugi, orang lain untung. Lepas tu, tak semua ada masalah trading yg sama. Ada yg masalah nak follow trend sebab dia jenis suka counter trend. Ada yang dah follow trend tapi timing entry tak betul. Ada yang dah rugi tapi tak cut loss. Ada yang dah untung tapi tak take profit end up jadi rugi. Jadi susah nak cerita pasal trading kat orang, lagi-lagi yang tak pernah trade.

Maybe aku akan cuba buat blogposting backdated benda2 yang berlaku sepanjang 24 minggu ni. Paling tidak pun aku letak gambar2 untuk kenangan aku. Cuma sekarang ni macam takde momentum nak buat posting. Nak kena built up disiplin tu yg susah mula2 ni. InsyaAllah lepas ni akan terus consistent buat posting even merapu pun sebab aku bukan target untuk orang lain baca tapi lebih pada journal kehidupan aku.

Tuesday 28 March 2023

Kembali ke Sekolah


Kakak dilantik jadi pembimbing rakan sebaya (PRS). Aku pun tak tau apa tugas-tugas PRS ni. Kalau ikut cerita kakak, PRS ni lebih kepada nak tolong kawan kalau nampak kawan tu ada masalah. Pengawas pulak nak kawal semua murid ikut peraturan sekolah. Kiranya PRS ni lebih dekat la kot dengan murid. Mungkin pengawas lebih ditakuti dan PRS senang didekati. Aku pun tak tau. Haha

Adik pulak gi tadika depan rumah jer. Cuma adik ni masih pelat. Tak betul lagi sebutannya. Kat tadika ni banyak la dia belajar. Yang susahnya adik ni nak bangun pagi. Asik mengantuk. Kalau time ok, senang la, bangun terus mandi. Kalau time tak ok, jenuh la nak suruh mandi. Boleh kata tiap pagi minta bawa bekal padahal kat tadika dah sediakan makanan. Kakak tak nak bawa bekal mungkin sebab malu kot. 

Coretan sebagai kenangan akan datang. Nanti dah besar, masing-masing dah lupa dulu macamana susahnya nak bangun pagi pegi sekolah. Aku pun dah tak ingat dulu kakak macamana pegi tadika. Buat perangai ke tidak. Yang aku ingat kakak antara yang terakhir kat sekolah waktu balik sebab aku pickup bini dulu baru pickup kakak. Dari Cyberjaya, Putrajaya ke Bangi.

 

Monday 27 March 2023

Ramadhan Kareem 2022

Aku tengok balik posting lama, rupanya aku ni tak konsisten nak post pasal bulan puasa ni. Hahaha

Hari ni dah masuk hari ke 5 bulan puasa. Semalam tak sempat sahur sebab sampai rumah dah jam 1 pagi balik dari Klang. Berkumpul satu family besar ipar duai berbuka di rumah adik ipar aku. Senang buat awal buka puasa nanti dah hujung-hujung masing-masing dah ada banyak perkara nak dibuat. Kebetulan semua boleh berkumpul kecuali kakak ipar kat Terengganu.


Lelaki duduk kat luar rumah

Perempuan duduk di dalam rumah

Solat pun kat luar rumah

Acara selepas tarawikh, makan dan bersembang

Rasanya kisah ramadhan tahun ni berkenaan bazar ramadhan. Rata-rata harga makanan kat bazar dah naik harga. Air seplastik dah RM5, tahun lepas tak ingat tapi rasanya baru RM3. Harga kuih pun dah mencanak naik, 4 kuih RM4. Sebutir kuih seringgit. Saiz standard, kalau kuih yang potong sama jer potongannya tak besar mana harga seringgit. 

Rata-rata kawan aku pun post bazar ramadhan dah mahal kat tempat masing-masing. Tapi yang pelik tu mahal pun ramai juga yang pergi bazar. Kalau tak pergi bazar tak rasa macam puasa mungkin perasaan dorang. Aku pegi bazar hari pertama jer sebab tak prepare apa-apa kat rumah. Beli la kuih sikit dengan air. Tu yang terkejut dengan harga bazar. Ada orang yang siap posting kat facebook bagitahu dari beli air kat bazar baik beli air kat supermarket, sebotol besar baru RM2-3.

Aku, Alhamdulillah janji ada benda boleh makan buka puasa ok la. Amirah je la yang senang terliur time puasa ni. Bila dah berumur ni, perkara paling penting dapat beribadah dan beramal time ramadhan. Makan apa saja yang sedap. Lagi-lagi gigi dah tak kuat ni, makan jer la mana yang boleh makan. Hahaha

Wednesday 22 February 2023

Berselirat

 


Kena bertenang dulu, kalau banyak sangat yang difikirkan nanti satu benda pun tak jadi. Kena duduk, fikir, tulis, buat. Lepas tu tengok balik macamana kejadiannya. Kalau elok teruskan. Kalau tak elok, cuba perbaiki jadi elok. 

Thursday 2 February 2023

Banyaknya Cuti Am

Dulu masa aku kerja ofis, cuti ni hari yang dinanti-nantikan. Hahaha sampai selalu ternanti-nanti cuti hujung minggu. Sekarang ni bila dah kerja fulltime trader FCPO dengan saham, then baru aku sedar, Malaysia ni banyak sangat cuti am.

Untuk tahun ni jer, baru awal tahun dah ada 3-4 cuti am. Cuti tahun baru, cuti tahun baru cina, cuti hari wilayah (semalam), nanti minggu depan cuti hari thaipusam pulak. Dah berapa banyak dah cuti tu. Hahaha. Patut la dulu Tun M pernah komplen berkenaan cuti ni, menjejaskan produktivi katanya. Bila dah kerja sendiri ni memang betul pun. Sebenarnya untuk aku lebih kepada ganggu rythm trading. Tapi tak boleh juga tak cuti. Sebab trading ni stress sebenarnya. Kalau takde force cuti atau market tutup boleh jadi unmanageable life tu.

Cuti-cuti am kali ni aku decided tak nak pegi mana-mana. Penat rasa kejap-kejap travel tapi macam tak dapat "somethings". Macam hari tu jalan-jalan Johor dengan Kedah sebab nak jalan-jalan cari makan. Sebab dah pernah jalan-jalan cari makan, rasa kalau nak jalan-jalan pun tak nak la semata-mata cari makan. Nak la buat benda lain pulak kan. Tapi kalau dah cuti umum, jalan memang jem la. Semua rakyat Malaysia pakat berjalan. Hahaha

End up, kami satu family tak pergi mana-mana pun. Duduk la rumah layan youtube, tengok tv. Jalan pun sekitar KL, Putrajaya. Duduk tepi tasik, supaya dapat mengelakkan diri dari rasa asyik lalu rutin yang sama jer.



Wednesday 11 January 2023

Gigi Dah Goyang

Baru jer tahun baru, gigi aku dah goyang-goyang.

Satu kat depan, dua lagi gigi geraham. Setakat ni dah empat batang gigi aku kena cabut.

Petanda diri aku dah tua. Masalahnya bila cabut gigi ni, nak makan jadi tak selesa sebab makan rasa tak puas. Gigit-gigit makanan penat kunyah, makanan tak hancur. Nak telan tak hancur lagi. Nak kunyah lagi rasa dah hilang. Hahaha

Tapi kalau tak cabut pun masalah. Gigi ni dah tak rasa sakit, cuma masa makan mengganggu. Tak dapat nak kunyah juga sebab gigi tu goyang. Jadi tak selesa nak kunyah.

Kalau cabut ni nak kena pikir buat gigi palsu la kot. Dah rongak dah gigi aku kat depan. Bila kenang-kenang balik tu la dulu masa muda aku tak jaga gigi dan gusi. Gusi yang susah nak jaga sebab bila gusi menyusut gigi jadi tak kuat nak pegang pada gusi. Last-last goyang.

Yang aku perasan gusi aku mula menyusut ni selepas aku vape. Jadi macam cepat susut gusi tu. Masalahnya gusi kalau dah menyusut takde cara nak bagi naik balik. Memang kena hadap prepare pakai gigi palsu la jawabnya.

Monday 2 January 2023

Happy New Year 2023

Happy New Year 2023, new year tahun ni tak pergi mana-mana pun sebab tak rasa nak keluar tengok bunga api. Malas nak bersesak-sesak. Duduk rumah releks, layan temubual kat youtube, layan movie oldies.

Pagi tadi jogging sejam, pastu bawa anak-anak gi swimming pool kat sini. Ok juga dengan cuma bayar RM2 sekepala dapat mandi 2 jam. Dekat pulak dengan rumah. Lepas ni boleh pegi lagi.

Untuk tahun baru ni, aku tak sempat nak review azam aku tahun lepas. Dan aku pun dah banyak ketinggalan dalam buat posting blog ni. Ni pun salah satu azam yang tak kesampaian la. Kena rajin, disiplin dan konsisten buat posting blog.

Cuma untuk tahun lepas, Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik Allah izinkan terjadi pada aku. Dapat pergi umrah, kesihatan yang overall masih dalam tahap terbaik, family pun sihat, kewangan pun baik walaupun boleh diperbaiki lagi. Ibadah pun ok cuma kena konsisten ke surau dan ngaji Quran. Overall takde la teruk sangat, boleh kata sederhana la.

Azam aku untuk tahun baru ni, aku nak berazam simple je. Aku nak konsisten profit dalam trading FCPO, sehari aku target 30-50 tick. Dapat konsisten yang ni, aku boleh plan next step untuk trading dan kewangan aku dan family.

Untuk kesihatan, aku dah almost konsisten la jogging 3-4 kali seminggu, 50 minit per sesi. Kena maintain dan ikut kesesuaian. Aku tak nak push sangat, yang penting aku ada buat exercise dan mungkin bila dah cukup bersedia aku boleh try long run sendiri.

Untuk peningkatan diri sendiri, hopefully aku boleh konsisten baca buku, mengaji Quran dan spend masa ke surau. Kena buang alasan-alasan dan perasan malas tu. Kalau boleh tahun ni nak kumpul duit untuk melancong ke Indonesia atau Singapore pada tahun depan. Kalau ada lebihan duit, nak simpan untuk pergi Haji.

insyaAllah, semoga Allah permudahkan aku mencapai azam aku. Dan semoga azam aku ni dapat juga membantu keluarga aku mencapai cita-cita masing-masing. Maybe aku kena review azam aku ni every quarter kot supaya on track. Hahahaha