Friday 19 February 2010

Hari yang Cerah di Lugano

Salam..

Hari tu hari yang cerah kat sini jadi terasa nak ambik gambar dari perjalanan pulang appointment dengan doktor. Cuaca jer cerah tapi masih sejuk lagi cuma seronok la jalan kaki balik university pasal pemandangan Lugano ni memang sejuk mata memandang.

trademark lake kat switzerland, mesti ada air pancut




Museum Art. Ada exhibition pasal robot tapi tak sampai hajat lagi nak tengok


kalau dapat bawa balik Malaysia keta ni..perghhhhh

bendera LVGA tu bendera Lugano. sini bendera dorang simple-simple

via Nassa, famous shopping street kat Lugano ni, tapi untuk aku window shopping jer la pasal mahal sangat
Jalan balik ke rumah lalu sungai yang damai

mikael bin ahmad bostami, unmese, bambini che e nato a milano

ciao ciao

arridiverci

Monday 8 February 2010

Sick and Snow

Salam..

Minggu lepas adalah minggu yang paling menyeksakan bila aku jatuh sakit. Aku rasa ini sakit kedua selepas aku datang ke bumi Switzerland ni. Dulu sakit masa mula-mula datang, terkejut dengan cuaca sejuk, terus demam. Tapi kali ni aku tak demam cuma kulit aku gatal-gatal dari tangan terus naik ke badan, turun ke kaki. Bila dia dah start naik ke leher dan telinga aku dah start cuak. Mula-mula tu aku ingatkan aku just gatal-gatal pasal cuaca kering tapi bila dah jadi macam ni aku pun terus pegi jumpa doktor. Tapi paham-paham jer la kalau kat oversea ni nak jumpa doktor bukan macam di Malaysia, kena buat segala appointment dulu baru la dapat pegi jumpa doktor.

Aku dapat appointment doktor hari jumaat jam 11 pagi. So time ni dah pegi farmasi la disuruh beli ubat bagi kurang sikit gatal-gatal tu. Hari jumaat tu pulak boleh turun snow selebat-lebatnya macam baru turun first time winter ni. But, lucky to me pasal hari tu balik Malaysia tak sempat jumpa snow sebelum balik. Aku dah ingat mmg tahun ni takda snow la untuk aku tapi akhirnya dapat juga aku tengok snow untuk tahun ni. Gambar-gambar di bawah aku ambik masa aku nak pegi jumpa doktor dengan beli ubat kat farmasi selepas jumpa doktor. (sini punya system memang macam ni, doktor bagi prescreption kita pegi beli sendiri ubatnya.)


Tebal snow hari tu sampai aku teringat nak main slide..heh tapi tak sihat nak wat camne kan
snow depan apartment aku. baru nak start tebal ni
Lalu jambatan nak pegi farmasi. Agak-agaknya bole ke sungai ni beku?

Alhamdulillah, kulit aku dah semakin baik. Dah kurang gatal-gatalnya dan dah hampir hilang bekas-bekas yang digaru tu. Yang tak bestnya, ubat dia bagi sangatlah berminyak. So boleh tahan la dia punya melekat dan melekit tu. Tapi kalau nak sihat kena la pakai juga. Aku berharap selepas ni aku tak lagi kena sakit-sakit yang teruk sebab minggu lepas aku tak dapat buat apa-apa sampai sekarang ni aku terpaksa extend tarikh review prospectus dengan aku terpaksa berhempas pulas buat paper deadlines ujung minggu ni. Harap-harap aku dapat buat.

Okay, ciao ciao

Arridiverci