Wednesday 28 September 2016

Farm in The City

Jalan-jalan di Farm in The City hujung minggu masa Raya Qurban hari tu. Dah ngam cuti 3 hari, lagipun tak pernah bawa anak pegi tengok binatang. Dah la anak tu takut kucing. Niat nak bawa sini supaya anak tu kurang sikit takut binatang.


Kena pakai tag ni lepas beli tiket. Boleh keluar pastu masuk balik dalam hari yang sama selagi tag ni ada kat tangan.


Bagi makan hamster. Kesian orang bandar ni.


Dah penat, mengantuk dan meragam.


Burung hantu yang tidur waktu siang, berjaga waktu malam. Sebab tu siapa suka berjaga malam, dia macam burung hantu.


Banyak-banyak ayam, ayam apa yang paling eksen sekali? Jawabnya ayam ni la. Ayam Serama. Dah la kecik tak padan dengan badan.


Bagi makan ikan pulak. Kat bandar mana nak jumpa kecuali di sini. 


Ambik gambar sebelum nak balik. Kasi gaya ambik gambar hensem.

Overall, best bagi yang tak pernah pegi. Yang bestnya sebab boleh bagi makan dan pegang binatang tu. Cuma jumlah dan species binatang tak banyak la. Tapi sangat sesuai dengan tempat yang tak berapa besar dan juga redup. Kalau ada kesempatan, nak bawa anak tu gi zoo pulak.

Tuesday 6 September 2016

Memulakan Perniagaan Bah. 3

Semasa kita berfikir nak berniaga, jangan fikir produk apa nak jual. Daripada fikir produk apa nak jual tapi akhirnya tak terjual, lebih baik kenalpasti masalah pengguna. Ingat, berniaga adalah aktiviti pertukaran wang dengan produk / servis / khidmat nasihat yang dapat menyelesaikan masalah.

Macamana nak kenalpasti masalah pengguna?

Ada dua langkah iaitu Locate dan Communicate.

Locate adalah aktiviti kita yang nak memulakan perniagaan untuk mengenalpasti bakal pelanggan yang kita boleh capai, kita mempunyai akses kepada mereka dan kita boleh berjumpa dengan mereka. Bila dah kenalpasti bakal pelanggan ni, maka mereka ni lah yang kita panggil target market. Dengan mempunyai target market, kita akan lebih fokus.

Contoh locate: Family kawasan kejiranan, kerja pagi balik malam, tiada masa kecuali hujung minggu.

Communicate ni bila kita dah tau target market. Fasa communicate ni kita cuba untuk kenalpasti masalah yang dihadapi oleh bakal pelanggan dalam target market kita. Dengan mengenalpasti masalah pelanggan, kita cuba untuk menawarkan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Contoh: masalah target market tiada masa, baju tak lipat, boleh diselesaikan dengan menawarkan penyelesaian service lipat baju. Penyelesaian adalah tidak rigid, jadi ada banyak penyelesaian bagi masalah yang sama dan setiap penyelesaian adalah sumber bisnes yang boleh dilakukan.




Poin nya adalah:
+ Locate: kenalpasti target market
+ Communicate: kenalpasti masalah dan menawarkan penyelesaian