Wednesday 30 March 2016

Peraturan 3 sen

Aku tengah nak try peraturan 3 sen ni dalam saham. Sekarang ni aku main paper trade jer. Nak kata untung tak jugak nak kata rugi macam tak rugi. Problem main saham ini emosi memang kena stabil. Masalahnya bila aku entry, jarang la nak kena TP, kena SL macam senang jer. Sekarang ni aku perasan, kebanyakan yang main day trader semua aim naik 2-3 sen jer. Tapi dorang main volume besar. Maksudnya modal besar la. Dari pemerhatian aku rasanya macam efficient juga aim naik 2-3 sen. Bak kata orang dulu-dulu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Katakan la aku cuma aim 3 sen untuk satu-satu entry. Kalau sehari aku dapat masuk 2 entry. Kalau seminggu? Kalau sebulan? Dah berapa banyak tu. Kira banyak jugak tu profit kalau entry tu menjadi la. So far aku belum try lain peraturan 3 sen ni. Nak paper trade aku jadi malas nak monitor. Paper trade tak pakai duit so emosi dia lain. Problem sekarang ni aku takde bursa station. Susah nak monitor pergerakan harga dan juga volume. Takpa banyak cara lain kita boleh terjah.

Wish me luck!!!

Thursday 17 March 2016

Decision Has To Be Made

Update: aku ambik decision untuk tidak tukar kerana aku rasa famili aku belum bersedia

Aku kena buat keputusan. Memilih untuk kekal atau bertukar ke tempat baru. Kalau kekal aku kena hadapi masalah yang bukan dicipta oleh aku. Kalau bertukar seperti tidak berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Masa dan tenaga pastinya bukan kepada family. Tapi aku buat semua ni kerana family. Memang susah nak buat keputusan. Tambahan pulak aku tidak punya masa yang panjang untuk berfikir. 

Kalau boleh, biarlah semuanya dalam keadaan yang baik. Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Aku risau kalau bertukar, orang yang kekal tidak memahami. Kalau kekal, terasa macam tidak dihargai. Memang pening. Nampaknya aku kena istikarah dan bertawakal dengan keputusan yang diambil. Kerana perancangan Tuhan itu lebih baik dari perancangan aku.


Tuesday 15 March 2016

Beberapa Perkara Penting Untuk Pelabur Saham


  1. 90% pelabur saham menghadapi kerugian.
  2. Saham lebih kepada psikologi bukan ekonami.
  3. Persediaan emosi dan mental sangat penting.
  4. Kebanyakkan pedagang saham terlebih berdagang atau over trade.
  5. Berharap mendapat pulangan pelaburan yang tidak realistik.
  6. Mengambil risiko yang berlebihan.
  7. Perlu disiplin dalam menetapkan risiko kerugian dan target keuntungan.
  8. Perlu memahami proses dalam berdagang saham.
  9. Jangan memaksa diri untuk berdagang.
  10. Tidak memahami proses pelabur dan pedagang saham.
  11. Tidak mempunyai perancangan, tidak mengikut perancangan, tidak bertindak mengikut rancangan.
  12. Perlu tunggu masa sesuai, perlukan catalyst.
  13. Lakukan post mortem, buat perancangan berkenaan saham yang nak dibeli.

Wednesday 9 March 2016

Gerhana Matahari Separa

Hari ni berlaku gerhana matahari separuh. Maksudnya gerhana ni tak tutup matahari sepenuhnya, separuh jer tutup. Yang aku perasan semasa hantar bini dan anak aku, sinar matahari tak kuat sangat. Tak rasa bahang matahari pagi. Silau tetap ada.

Lepas hantar anak aku ke rumah pengasuh, aku singgah solat sunat gerhana di masjid. Kat masjid tu dia paparkan kat screen kejadian gerhana matahari tu. Aku sampai kat masjid tak ingat nak ambik gambar. Dah abis solat baru ambik gambar kat screen tu. 

Kejadian gerhana matahari ni mungkin la berlaku sekali seumur hidup seorang manusia sebab kita tak tau bila lagi akan terjadi dan kita tak tau bila kita akan pergi. So aku ambik kesempatan ni solat sunat berjemaah.