Monday 26 April 2021

Happy Birthday To Me

Aku tak sempat nak buat posting ngam-ngam time birthday aku. Biasalah sekarang ni malas len macam. Aku kena ubah habit, kena buka laptop time malam untuk update blog, takpun baca ebook.

Well, tahun ni birthday aku yang ke 41. Tua dah ni dah masuk 4 series. Kalau tak ingat umur sendiri terasa macam masih 30-an jer. Bila pikir-pikir balik, dah tua ni. Lagi-lagi bila teringat ada saudara-mara yang seumur dengan aku ada yang dah meninggal. Huuu len macam rasa tu. 

Tapi syukur alhamdulillah, kesihatan aku baik, kerja ok, duit cukup tak la kaya tapi tak la miskin. Boleh lagi makan minum kat luar bawa family. Cukup dengan seadanya.

Aku cuma bermohon pada Allah agar rezekiku dan keluargaku dipermudahkan dan diberkati, punya kesihatan yang baik, punya keluarga yang harmoni, amalan-amalan yang diterima dan keampunan dosa sempena harijadi aku ni.

Rambut dah panjang, lagi ketara uban

Simpan untuk kenangan rambut panjang sebab covid